Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
familuv By: tex_admin December 3, 2019 @ 5:27pm

Bawa anak-anak mengembara bersama empat buku ini!

Secara semula jadinya, seorang kanak-kanak sememangnya mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Namun begitu, keadaan ini hanya akan berterusan sekiranya ibu bapa peka untuk mengekekalkan serta merangsang sifat berkenaan melalui pembinaan persekitaran membesar yang baik demi perkembangan intelektual anak mereka.

Antara cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam merangsang perkembangan sifat ingin tahu anak mereka adalah dengan cara menyediakan buku yang sesuai dengan usia anak.

Memilih buku yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak adalah langkah yang sangat penting kerana pemilihan buku yang tidak sesuai boleh membantutkan minat mereka terhadap buku dan selanjutnya sedikit demi sedikit memadamkan perasaan ingin tahu mereka.

Di samping itu, buku kanak-kanak yang baik bukan sahaja mampu menambahkan pengetahuan kumpulan yang disasarkan, malahan turut menghidupkan imaginasi mereka melalui bahasa, informasi dan grafik yang menarik.

Untuk itu, penerbit buku pengembaraan kanak-kanak terkenal, Lonely Planet Kids mengeluarkan empat buku pengembaraan baharu berbahasa Inggeris khusus untuk kanak-kanak yang berusia sembilan ke 12 tahun.

Antara subjek yang diketengahkan dalam buku terbaharu Lonely Planet Kids itu adalah pelbagai fakta menarik daripada seluruh dunia, kisah mitos dan legenda terkenal, serta haiwan-haiwan yang hidup di serata muka bumi.

The Big World of Fun Facts

Perasaan ingin tahu seorang kanak-kanak pastinya akan lebih membuak dengan pendedahahan terhadap fakta-fakta menarik dan pelik yang terdapat di dalam buku The Big World of Fun Facts. Bermula dengan pengenalan terhadap negara yang diperintah oleh seorang doktor gigi yang menjadi pemimpin diktator, buku ini terus menghiburkan kanak-kanak dengan fakta pelik di sebalik amalan membaling pinggan oleh masyarakat Denmark ketika menyambut tahun baharu.

Tidak terkecuali, kegemaran masyarakat Kemboja untuk memasak tarantula. Apa yang lebih mengujakan, banyak fakta menarik yang terdapat dalam buku ini turut merangkumi negara-negara terpencil seperti Korea Utara, Afrika dan sehinggalah kepada kawasan pergunungan di mana terletaknya negara Amerika Selatan.

Myths & Legends of the World

Foto: Lonely Planet

Buku Myth & Legends of the World akan membawa kanak-kanak mengembara merentasi 21 cerita yang mempesonakan. Pembaca akan dibawa ke dunia di mana binatang seperti ikan dan labah-labah mempunyai kebolehan untuk bercakap. Dengan tulisan dan ilustrasi yang menarik, buku ini menampilkan cerita mitos dan legenda yang kaya dengan nilai sejarah dari seluruh dunia, dari benua Afrika, Oseania, Asia, Eropah dan kawasan artik. 

Animal Atlas

Foto: Lonely Planet

Bukan semua di antara kita berkesempatan untuk pergi melihat haiwan liar yang hidup di habitat asal mereka. Sehubungan itu, kehadiran buku Animal Atlas yang dihadirkan dengan peta, gambar dengan saiz sebenar dan fakta-fakta yang luar daripada kebiasaan akan membawa pembaca untuk mengenali haiwan liar yang berada di seluruh dunia.

Antara haiwan liar yang dipaparkan melalui ilustrasi dan gambar menarik serta fakta yang memperlihatkan habitat dan juga ragam mereka ialah paus biru, kupu-kupu, panda, penguin, kala jengking dan ikan yu.

Wild in the City

Foto: Lonely Planet

Haiwan dan bandar adalah dua entiti yang dilihat janggal apabila digandingkan bersama, namun Wild in The City akan membawa peneroka untuk mengenali lebih 30 haiwan yang dalam diam-diam berkongsi tempat tinggal bersama-sama dengan manusia yang tinggal di bandar.  

Daripada musang merah yang mencuri-curi tumpang pada bas di kota London sehinggalah kepada harimau bintang yang merayau di jalan-jalan terpencil di bandar raya Mumbai, buku ini akan meneroka bagaimanakah haiwan-haiwan berkenaan beradapatasi bersama dengan persekitaran bandar.

Apa yang lebih menarik, buku ini turut memberi panduan bagaimana untuk manusia mampu berperanan dalam melindungi haiwan liar yang tinggal bersama-sama mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Hantar Anak Check Up Dentist, Alih-Alih Gigi Fizo Omar Yang Kena Cabut!

Pelakon Fizo Omar terkejut apabila mengetahui dia masih memiliki gigi bongsu biarpun sudah menginjak usia 40 tahun.   View this post on Instagram   A post shared by Fizo Omar (@fizoomar) Perkara tersebut diketahui Fizo […]

familuv Mon, 23 Sep 2019

6 sikap ibu bapa punca anak tidak berjaya

Kekerasan bukan cara mendisiplin si kecil

familuv Wed, 4 Jul 2018

Sehari Tukar 10 Kali, Wah Banyaknya Baju Maryam!

Jauh sekali niat untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya sekadar mahu memanfaatkan baju bayi yang dibeli pasanggan suami isteri sepadan itu sejak lima tahun lalu.

Cahaya Mata Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Lucu! Gelagat Ameena Kenakan Fizi Ali Undang Tawa – “Macam Itu Je Dia Gulakan Kita”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Fizi Ali yang memaparkan anak sulungnya, Ameena Sofia sedang merakam gambar penyampai radio itu, baru-baru ini. Menerusi hantaran yang berdurasi 23 saat itu, Fizi menyangka Ameena sedang merakam […]

familuv Mon, 8 Oct 2018
familuv Fri, 8 Feb 2019

Kaedah pecahan harta dibuat jika suami berpoligami. 

Setiap isteri mempunyai hak yang sama ke atas harta pusaka suami

familuv Wed, 1 Jun 2022

Aril Pilus Tersentuh Tahu Maksud Surat Tulisan Mandarin Daripada Anak

Anak Aril Pilus beri surat sehingga membuatkan dirinya terharu.

familuv Tue, 3 Mar 2020
error: Content is protected !!