Euforia Bola 2026
Acara By: Fadzlena Jafar December 4, 2019 @ 3:09pm

Columbia Asia sumbang RM10,000 bagi merealisasikan impian pesakit kanak-kanak

Penyertaan kira-kira 800 peserta membabitkan ibu bapa bersama-sama anak mereka dalam Larian untuk Kanak-kanak 2019 yang berlangsung di Putrajaya, baru-baru ini, bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, tetapi juga mengumpul dana bagi disumbangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menerusi bayaran penyertaan larian anjuran Hospital Columbia Asia itu, penganjur menyumbangkan sebanyak RM10,000 kepada Make-A-Wish Malaysia, NGO yang ditubuhkan dengan matlamat merealisasikan impian pesakit kanak-kanak yang kritikal.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Columbia Asia bagi Asia Tenggara, Kelvin Tan, berkata sumbangan berkenaan diharap dapat memberi manfaat kepada lebih ramai pesakit kanak-kanak untuk mencapai impian mereka.

Engku Marinan (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan RM10,00 kepada Irene (kanan). Yang turut hadir ialah Kelvin (dua dari kiri) dan Lim. Gambar sumber Hospital Columbia Asia

Katanya, pembabitan ahli keluarga dalam larian itu dapat menggalakkan ibu bapa untuk berlari sebagai penghargaan kepada anak mereka, selain memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap hak kanak-kanak seperti yang dinyatakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Kami melihat larian ini sebagai landasan terbaik untuk ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka, lebih-lebih lagi dengan pelbagai aktiviti yang diadakan.

“Selain itu, larian ini juga dapat mengeratkan hubungan kami dengan pesakit, rakan-rakan, pelanggan dan masyarakat termasuk mengumpul dana bagi membantu Make-A-Wish Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 8 Cara Untuk Elakkan Kekejangan Ketika Berlari Atau Berjogging

Larian Untuk Knak-kanak 2019 Hospital Columbia Asia menarik penyertaan seisi keluarga. Gambar sumber Hospital Columbia Asia

Yang turut hadir ialah Pengurus Besar Wilayah Columbia Asia, Engku Marina Engku Hatim, Tom Lim dan Lee Hui Chuen serta CEO Make-A-Wish Malaysia, Irene Tan.  Cehk replika sumbangan disampaikan oleh Engku Marina kepada Irene pada program berkenaan.

Larian untuk Kanak-kanak 2019 itu dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia yang diraikan setiap 20 November bagi menggalakkan kerajaan di setiap negara untuk memperkasakan kebajikan kanak-kanak sebagaimana yang dinyatakan oleh PBB.

Pelbagai acara menarik disediakan termasuk permainan buih yang mencuri tumpua si kecil. Gambar sumber Hospital Columbia Asia

Larian tahunan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu 1km Kids Dash membabitkan kanak-kanak berusia antara lima hingga Sembilan tahun dan 5km Fun Run bagi keluarga.

Pelbagai acara menarik disediakan seperti pertunjukan ajaib, permainan buih dan kehadiran watak kartun popular seperti Sponge Bob, Angry Bird, Minion, Dora the Explorer, Pikachu, Barney, Bumblebee, Superman dan Optimus Prime.

ARTIKEL BERKAITAN: Ejen Ali The Movie, Animasi Berkualiti Tinggi Dan Bertaraf Antarabangsa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Anak Masuk Hospital, Ajak Shiro Titip Pesan Hubungan Adik Beradik Tak Akan Terputus

Perkongsian yang dimuat naik oleh pelawak Ajak Shiro berkenaan anaknya yang terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital meraih perhatian netizen.   View this post on Instagram   A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) Menerusi […]

familuv Tue, 4 Sep 2018

Tanda-Tanda Awal Kehamilan Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

Tanda-tanda setiap kehamilan adalah berbeza, tidak kiralah kehamilan yang pertama mahupun yang seterusnya.

Acara Thu, 5 Sep 2019

Berbakat dan serba boleh, siapakah Artis Versatil Popular ABPBH 32?

Adakah Alif Satar bakal mengulangi sejarah?

Acara Wed, 25 Jul 2018

Jom Rasai Keterujaan Berganda Di Karnival Jom Heboh, KL Sports City Bukit Jalil Pada 28 & 29 Julai Ini!

Acara yang ditunggu-tunggu dan menjadi tarikan masyarakat tempatan ini bakal menyajikan keseronokan dan keterujaan berganda dengan pelbagai aktiviti serta tawaran istimewa!

familuv Mon, 6 Aug 2018
Acara Fri, 5 Dec 2025

Affiliate Jadi Pintu Rezeki Baharu Wanita Asnaf Jana Pendapatan

Semakin ramai wanita membuktikan mereka mampu menjana pendapatan sendiri.

familuv Wed, 3 Apr 2019

Bahagia bersama Nedim, Nora Danish dedah ‘bela’ sesuatu?

Pasangan romantis ini baru meraikan ulang tahun perkahwinan kedua mereka

error: Content is protected !!