Oh Lawa By: Yanie Baharom December 19, 2019 @ 9:17am

Bosan dengan pakaian dalam gerobok? Jom intai fesyen yang ‘in’ untuk 2020

Kebanyakan wanita kurang gemar menyarungkan pakaian yang sama berulang kali dan jika berkemampuan, setiap hari ingin mengenakan pakaian baru serta berbeza kala berpenampilan.

Apalagi pada zaman sekarang ini, segalanya mahu dipertontonkan di media sosial khususnya Instagram. Mungkin juga ada antara individu yang berasakan jika satu hari sahaja tidak memuat naik foto #OOTD (Outfit Of The Day), bagaikan tidak lengkap hari yang dijalani itu.

Alang-alang berangan mahu menjadi pempengaruh atau fesyenista, pastikan pakaian dalam gerobok juga berganti, ada koleksi baharu agar posting #OOTD  sentiasa kelihatan terkini.

Bagaimana hendak memilih gaya yang mengikut peredaran semasa, lampiran fesyen terkini yang dikongsikan Hijab & Heels ini mungkin bermanfaat kepada anda.

Untuk pengetahuan ramai, aliran fesyen yang dipaparkan ini menjadi pilihan kebanyakan jenama terulung sewaktu berlangsungnya minggu fesyen musim bunga dan panas, yang membabitkan empat kota utama iaitu New York, London, Milan dan Paris.

Justeru, mungkin inilah aliran yang bakal popular pada tahun 2020 yang akan muncul  beberapa hari sahaja lagi.

1. Marigold Mania

Kuning mustard juga bukan, rona emas pun bukan. Apa yang pasti rona marigold yang berada di antara kuning mustard dan emas adalah warna yang akan sering dipertontonkan pada tahun 2020 nanti.

2. Suit Up

Daripada Ralph Lauren hinggalah ke Louis Vuitton mahupun Le Smoking di Saint Laurent, helaian sut masih tetap menjadi perhatian dan berada dalam aliran utama daripada gaya maskulin hinggalah feminin, gaya sut ini menjadi lambang wanita yang perkasa.

3. Polka Dots

Dikatakan antara corak  yang paling banyak dilihat di pentas peragaan, daripada seluar panjang seperti pentas Marc Jacobs atau bergaya lebih ekstrem seperti di Balenciaga.

4. Bermuda

Bermuda adalah skirt baru buat wanita, dipadankan bersama sut ibarat memberi satu nafas baru untuk gaya yang lebih segar seperti di pentas Max Mara dan Givenchy.

5. Colour Clash

Warna-warna terang seperti hijau neon bukan lagi aliran terbaharu, tetapi nada daring ini akan terus mempelopori arena fesyen pada masa akan datang. Pier Paolo misalnya tahu bagaimana membuat ramuan istimewa agar wanita di Valentino berani bergaya dengan warna-warna girang.

Foto: AEWorld

6.  Denim Retro 

Aliran denim mungkin tidak akan pernah berakhir tetapi jeans retro ternyata akan hidup semula di tahun 2020 nanti. Louis Vuitton, Stella Mccartney, Gucci dan Versace antara pentas peragaan yang menyajikan retro jeans buat pelanggan wanitanya.

Foro: WWD

7. Aristokrat

Imej sarat wanita Aristokrat kini sudah mula dimodenkan, pereka semakin tahu bagaimana mengubah siluet yang avant garde buat wanita hari ini agar gaya mewah ini seiring peredaran zaman serta praktikal untuk dipakai seharian.

Ilham ini sebenarnya pernah dikeluarkan Rizalman dan Fizi Woo pada koleksi raya Zalora 2019, tetapi gaya ini boleh dilihat di pentas seperti Zimmermann, Etro mahupun Dries Van Noten.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 25 May 2018

Tahukah Anda Kecantikan Bidadari Syurga Itu Abadi? Jom Baca Artikel Ini

Bidadari Syurga, pipi mereka seindah mawar dan buah epal. Tubuh mereka padat bagaikan buah delima. Tutur kata yang keluar dari mulut mereka bagaikan batu-batu permata yang teruntai.

Oh Lawa Thu, 5 Apr 2018

Penangan Gelekan Memukau Izara Aishah, Buat Penonton Terlupa 60 Koleksi Lebaran Rizalman For Zalora 2018

Seperkara yang tetamu sukar untuk ‘move on’, adalah segmen finale menyaksikan gelekan mempersona daripada oleh Izara Aishah mempersembahkan tarian Bollywood.

Oh Lawa Mon, 22 Apr 2019

Jom belajar cara mendandan berinspirasikan rambut ‘Khaleesi’ Daenerys Targaryen

‘Mahkota’ watak utama siri Game Of Thrones ini sentiasa mempersonakan!

Oh Lawa Tue, 22 May 2018

Ibarat Menjinjit Banglo Di Tangan, Ketahui Sebab Mengapa Hermes Birkin Mahal Gila!

Birkin Sac Bijou dibuat sepenuhnya daripada kepingan rose gold  yang disemat dengan 2,712 berlian, di mana nilai bagi sebuah tas tangan ini bernilai RM7.56 juta. Mahal gila!

Acara Thu, 21 Feb 2019

E1, Jual fesyen dalam lagu

Semalam Sahaja bawa penggemar muzik kembali ke zaman retro!

Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

Katakan Tidak Pada Muka Pinggan! Ini Cara Pecahkan Lemak Di Muka Anda

Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul.

Oh Lawa Fri, 26 Apr 2019
Oh Lawa Fri, 28 Dec 2018

If You Need Some Luck For 2019, See What Colour Underwear You Have On

… when the clock strikes midnight on New Year’s.

Featured Mon, 6 Apr 2020
Oh Lawa Fri, 13 Jul 2018