Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 14, 2020 @ 5:57pm

4 cincin misteri paling terkenal di dunia

Antara cincin termahal di dunia yang digelar The Pink Star diperbuat daripada berlian merah jambu 59.60 karat dan dijual pada harga RM307.8 juta (USD71.2 juta) dalam satu lelongan Sotheby’s di Hong Kong pada April 2017.

Cincin yang dikatakan bertatahkan berlian paling sempurna itu dibeli jutawan terkenal Hong Kong, Chow Tai Fook dan kini dijenamakan semula dengan nama CTF Pink mengambil sempena nama syarikat jutawan berkenaan.

Cincin berlian biru Oppenheimer menjadi buruan hartawan dunia berikutan kesempurnaan potongan berliannya.

Satu lagi cincin yang turut menjadi buruan hartawan dunia ialah cincin Oppenheimer Blue Diamond yang dijual pada harga RM249.44 juta (USD57.7 juta) di pusat lelongan Christie’s Geneva pada Mei 2016 kepada seorang pembeli misteri.

Bagaimanapun, selain kesempurnaan potongan sesuatu berlian itu, harga sebentuk cincin juga ditentukan berdasarkan nilai sejarahnya termasuk empat cincin ini yang diselubungi pelbagai misteri.

1. Cincin berlian Wittelsbach-Graff

Keunikan cincin bertatahkan berlian Wittelsbach-Graff ini menjadikannya buruan jutawan dunia. (Gambar Wikipedia)

Cincin bertatahkan berlian biru tua 31.6 karat itu dikatakan dilombong di Kollur, Andhra Pradesh, India dan sehingga kini tiada siapa tahu pemilik asalnya meskipun ada cerita mengatakan cincin misteri itu kepunyaan Raja Philip IV dari Sepanyol yang diberikan kepada puterinya, Margaret Teresa pada 1664.

Cincin itu muncul dalam sejarah 50 tahun kemudian apabila menjadi milik keluarga bangsawan di Vienna, Habsburg sebelum dibawa ke Munich pada 1722 dan menjadi milik keluarga Wittelsbach.

Apabila Maximilian IV Joseph von Wittelsbach dilantik raja pertama Bavaria pada 1806, berlian biru tua itu dijadikan hiasan mahkota diraja. Bagaimanapun, pada 1931, ketika zaman malap di Eropah, keluarga diraja itu cuba menjual berlian berkenaan dan sejak itu berlian itu berpindah dari seorang pemilik ke pemilik yang lain.

Berlian Wittelsbach yang dijadikan cincin mencatat rekod berlian termahal apabila dijual pada harga kira-kira RM101 juta (USD23.4 juta) kepada pengusaha barang kemas di London, Laurenve Graff pada 10 Disember 2008, sebelum dijual kepada bekas Emir Qatar, Hamad bin Khalifa pada Jun 2011 pada harga RM345.80 juta (USD80 juta).

2. Cincin berlian Notorious Hope

Cincin mata Brahma yang dipotong kepada tiga bentuk. (Gambar kredit Avax News)

Menurut legenda, berlian berwarna indigo itu yang turut digelar Mata Brahma menjadi hiasan mata dewa Hindu, Brahma sebelum dicuri seorang sami yang mencetuskan sumpahan sehingga berkurun lamanya.

Berlian 112  karat yang asalnya berbentuk buah berangan itu dijual kepada Raja Louis XIV dari Perancis dan dipotong kecil menjadi berlian 67 1/8 karat pada 1673. Selepas Revolusi Perancis, berlian berkenaan dikatakan hilang sebelum berlian sama seberat 45.52 karat muncul di London dan menjadi milik Raja George IV pada 1812.

Setiap pemilik berlian itu dikatakan terkena sumpahan termasuk ditemui mati dalam keadaan misteri. Antaranya pengusaha barang kemas Amerika Syarikat, JW Paris yang membeli berlian itu pada 1932 membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi di Manhattan selepas menjual berlian berkenaan pada 1947.

Pemilik baharunya, Charles F Winston memotong berlian itu kepada tiga permata dan menamakannya Black Orlov yang akhirnya dikatakan merungkai sumpahan berkenaan.

3. Cincin cinta Napoleon Bonaparte kepada isterinya

Cincin Maharani Josephine atau The Empress Josephine yang dikatakan membawa nasib malang. (Gambar kredit The Loupe)

Cincin istimewa yang dihadiahkan oleh Napoleon Bonaparte kepada isterinya, Maharani Josephine de Beauharnais pada 1796 itu diperbuat daripada emas kuning dan dihiasi berlian serta batu nilam berbentuk air mata.

Bentuk misteri itu dikatakan menyebabkan nasib malang kepada Napoleon apabila Josephine berlaku curang dengan seorang leftenan yang tinggal di Paris. Kini, cincin itu dilelong pada harga RM4.1 juta (USD950,000), hampir 50 kali ganda daripada harga asalnya.

 4. Cincin Silvianus

Cincin dari kurun ke-4 ini dikatakan mempunyai sumpahan misteri. (Gambar kredit Mysterious Universe)

Cincin emas ini ditemui pada 1785 oleh seorang petani di Silchester, Hampshire, England yang mempunyai 10 segi dan berukir huruf VE dan NVS terbalik pada satu permukaan. Pada bahagian tepinya terukir perkataan SENICIANE VIVAS IIN DE yang bermaksud Senicianus hidup dalam tuhan.

Tiada siapa yang memahami maksud perkataan berkenaan, sehinggakan penemuan satu batu bersurat di kawasan penempatan masyarakat Rom satu ketika dulu yang terletak kira-kira 130 km dari tempat cincin itu ditemui.

Batu bersurat itu menyatakan mengenai kisah seorang lelaki bernama Senicianus yang mencuri cincin daripada Silvianus. Misteri cincin itu akhirnya dirungkai seorang arkeologi Sir Mortimer Wheeler pada 1929 yang memandankan tulisan pada batu bersurat berkenaan dengan cincin unik itu.

Cincin Silvianus yang bertarikh dari  kurun ke-4 itu menjadi inspirasi kepada buku bertajuk One Ring of Middle Earth oleh Prof Dr JRR Tolken, pensyarah Anglo-Saxon di Universiti Oxford dan kini dipamerkan di muzium di London.

Gambar utama: Kredit The Jewellery Editor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 1 Jan 2019

Tidur Cukup 8 Jam Tapi Masih Rasa Mengantuk, Apa Yang Tak Kena?

Rasa mengantuk yang tak berkesudahan bererti ada sesuatu yang mengganggu fikiran anda!

Featured Thu, 25 Jul 2019

6 tip kecantikan artis Korea yang pelik-pelik

Kalau berkesan, apa salahnya, kan?

Featured Wed, 8 Sep 2021

PPV Walk In Di Lembah Klang Diberhentikan Mulai 15 September

Susulan jumlah penerima vaksin yang semakin meningkat di Lembah Klang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba sebentar tadi memberitahu yang vaksinasi secara walk- in di Lembah Klang tidak lagi akan diberikan selepas […]

Featured Tue, 27 Sep 2022
Featured Fri, 16 Jan 2026

Siti Nurhaliza Nasihat Wanita 40-an Buat ‘Weight Training’, Sambil Bersukan Ajak Peminat Nyanyi Lagu Kesuma

Menurut Siti, senaman beban penting bagi membantu menguatkan tulang dan memastikan tubuh kekal sihat seiring peningkatan usia.

Featured Thu, 8 Nov 2018

Bercuti Tanpa Giant Over-Sized Sun Hat Ini, Bermakna Anda Belum Cukup Fashionista!

Stail topi besar ini dicetuskan oleh pereka fesyen Perancis, Simon Porte Jacquemus pada 2017.

Featured Tue, 26 Oct 2021
Featured Tue, 23 Aug 2022
Featured Tue, 20 Mar 2018

Bila Masa Yang Paling Sesuai Untuk Buang Air Di Atas Kapal Terbang? Ini Jawapannya

Memang tak syok bila anda berada 30,000 kaki di udara dan tiba-tiba terasa macam nak buang air. Kalau flight anda sejam je, bolehlah tahan lagi.

Featured Thu, 22 Aug 2019

Manfaat teh hijau untuk kulit

Senangnya nak cantik!

error: Content is protected !!