Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops December 20, 2019 @ 11:18am

9 cara mudah untuk buat majikan dan rakan sekerja sukakan anda

Di tempat kerja, seseorang itu tidak boleh bergantung kepada kebolehan dan pengalamannya sahaja untuk menjadi pekerja yang bagus. Sikap peribadinya juga penting, terutamanya apabila dia berhadapan dengan majikan atau pekerja lain.

Walaupun dia mempunyai kelakayan yang tinggi, tiada gunanya jika dia tidak disukai ramai. Lainlah jika dia bekerja sendiri dan tidak perlu berinteraksi dengan orang lain.

Di bawah ini ialah beberapa perbuatan dan sikap yang majikan inginkan ada pada pekerjanya, menurut Forbes. Jangan risau, apa yang dikehendaki itu bukannya susah untuk anda wujudkan dalam diri.

1. Masuk kerja dengan sikap yang baik. Anda tidak semestinya perlu gembira atau tersenyum sentiasa. Cuma kalau boleh, cuba jadi seorang pekerja yang positif, rajin membantu, tidak terlalu kritikal dan boleh bekerja secara berkumpulan.

2. Apabila tiba di pejabat, cuba pastikan yang anda menepati waktu bekerja. Lebih baik, datang lebih awal daripada yang sepatutnya.

Elak daripada datang lambat dan mengeruhkan lagi keadaan dengan pulang lebih awal. Jangan datang lambat dan kemudian terus ke kafe untuk sarapan diikuti bersembang dengan rakan walaupun dia perlu memulakan kerja. Apa yang perlu dilakukan ialah mulakan kerja terus!

Berikan usaha yang lebih daripada yang diminta. Sumber: Saba Software

3. Tunjukkan etika kerja yang kuat. Jangan mengelak daripada melaksanakan tanggungjawab atau kerja. Buat sahaja kerja yang anda sepatutnya kendalikan.

Jika anda ingin menyerlahkan diri, cuba berikan 120 peratus usaha. Buat lebih daripada apa yang disuruh. Tanya pengurus sendiri jika ada apa-apa yang anda boleh bantu.

4. Jangan ingat orang lain tidak akan perasan ekspresi muka atau bahasa badan anda setelah anda ditegur atau dimarahi. Walaupun anda rasa geram, senyum sahaja dengan sopan. Daripada melawan balik dengan marah, lebih baik anda berbicara dengan tenang.

Majikan anda akan lebih menghormati anda jika anda menyatakan masalah dan cadangan dengan jelas. Jika anda bertindak seperti seorang budak kecil, anda akan dilayan seperti seorang budak kecil.

5. Curahkan tenaga, minat dan semangat pada kerja anda. Jangan merungut atau menunjukkan rasa geram ketika anda berada di khalayak ramai. Tiada siapa yang suka berdamping dengan seseorang yang kurang cerdik atau tidak ada motivasi untuk teruskan kerja.

6. Terima nasihat, kritikan dan maklum balas dengan tenang dan sopan. Ia sepatutnya membantu anda untuk belajar. Jangan anggap ia sebagai serangan terhadap diri anda. Hadam maklum balas yang diberi dan lakukan  mana-mana perubahan yang patut.

Terima kritikan dengan tenang dan sopan. Sumber: Getty

7. Ambil tahu mengenai mana-mana mesyuarat yang anda perlu hadiri, atau projek yang anda perlu habiskan. Lakukan kajian jika perlu supaya anda sentiasa bersedia.

Datang awal dan tunjukkan minat dengan bertanya soalan atau sertai perbincangan. Pastikan tugasan anda siap sebelum deadline. Jangan segan untuk minta pertolongan.

8. Jangan hanya lakukan apa yang perlu. Cuba berikan inisiatif. Anda tidak akan ke mana dalam hidup jika anda tidak tawarkan usaha yang lebih.

9. Jaga adab, senyum dan bertegur sapa dengan orang lain. Pandang mata mereka dan dengar apabila mereka bercakap. Puji sesiapa yang telah menunjukkan prestasi yang baik. Bantu orang lain apabila perlu.

Kekalkan hubungan yang baik dengan rakan sekerja. Sumber: Viewpoint – Hays

Semoga anda menjadi pekerja yang disukai ramai!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 11 Mar 2025
Featured Wed, 7 Dec 2022

Doa Dikurniakan Jodoh Di Jabal Rahmah, Liya Maisarah Idamkan Lelaki Soleh

Pempengaruh terkenal, Liya Maisarah tular di media sosial setelah memuat naik hantaran di TikTok dirinya sedang menunaikan ibadah Umrah. @liyamysarah.dsiJabal Rahmah, Bukit kasih sayang 🤍 Tempat Nabi Adam & isterinya Hawa bertemu kembali selepas ratusan […]

Featured Wed, 14 Dec 2022

Peruntukan RM29,000 Beli Van Jenazah, Penampilan Sopan Hannah Yeoh Dipuji Ramai

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjadi topik hangat dalam kalangan netizen setelah menyumbang van jenazah berjumlah RM 29,000 di Masjid Al-Imam Al-Ghazali. @bernamatvofficial Hannah Yeoh Dipuji Kerana Peruntukan Dibuat Untuk Van Jenazah #bernamatv #beritaditiktok #malaysiatiktok […]

Featured Wed, 2 May 2018

PRU14: Item Yang Perlu Ada Dalam Beg Tangan Sebelum Keluar Mengundi

Hijab & Heels ingin membongkar barangan yang perlu ada di dalam beg tangan wanita sebelum keluar mengundi.

Featured Wed, 3 Jul 2019

10 pemain paling berharga dalam Piala Dunia FIFA Wanita

Bukan saja hebat di padang, tetapi penampilan juga menawan

Featured Tue, 1 Oct 2019

Inilah fungsi sebenar warna pada tiub ubat gigi anda

Ia tidak merujuk kepada bahan toksik di dalam ubat gigi itu ya!

Gaya Hidup Mon, 8 Oct 2018

Lebih 200 Ekor Siput Beraksi Dalam Kejohanan Lumba Siput Sedunia. Comel Sungguh!

Pemenang berpeluang untuk memenangi hadiah semangkuk salad.

Gaya Hidup Thu, 17 Oct 2019

Jurufoto ini guna benda biasa sebagai aksesori, hasilnya menakjubkan!

Anda tidak perlu beli peralatan mahal-mahal!

error: Content is protected !!