Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Fadzlena Jafar January 2, 2020 @ 4:16pm

Agnesia lindungi kulit daripada kerengsaan akibat peluh

Kanak-kanak kecil sememangnya gemar meneroka pelbagai perkara baharu, sekali gus mendedahkan mereka pada risiko dijangkiti kuman terutama jika si kecil sering bermain di luar.

Selain itu, cuaca panas yang dialami Malaysia akan menyebabkan sesiapa sahaja terutama kanak-kanak yang aktif mudah berpeluh dan mungkin mengalami kerengsaan kulit khususnya ruam.

Aktiviti di luar baik untuk kesihatan si kecil, namun pastikan mereka mendapat perlindungan sewajarnya daripada bakteria. Gambar hiasan/NSTP

Penolong Pengurus Besar Apex Pharma, syarikat induk rangkaian bedak Agnesia, Ang Girl Bee, berkata kerengsaan kulit bukan sahaja membuatkan si kecil berasa tidak selesa, bahkan menyakitkan terutama jika tidak dirawat segera.

Dalam hubungan ini, katanya, penggunaan bedak Agnesia Hygiene Care mampu memberikan keselesaan dan perlindungan yang diperlukan si kecil kerana produk berkenaan menyerap lembapan pada kulit.

“Sejak 80 tahun lalu, bedak Agnesia memainkan peranan penting dalam melindungi kulit seisi rumah khususnya kanak-kanak daripada kerengsaan kulit akibat cuaca panas.

“Produk ini yang diformulasikan bagi setiap peringkat umur, diyakini turun temurun dalam membantu memberikan keselesaan dan perlindungan pada kulit,” katanya.

Bedak agensia dipercayai turun temurun bagi membantu meredakan kegatalan pada kulit. Gambar hiasan

Bedak Agnesia Hygiene Care yang terbukti mampu membunuh 99.9 peratus bakteria, terkenal kerana formulanya yang nyaman dan menenangkan, malah menjadi pilihan setiap keluarga sejak lapan dekad lalu.

Produk ini mengandungi rumusan khusus untuk pelindungan dan antibakteria dengan 25 peratus zik oksida serta 0.5 peratus klorheksidina, selain bebas asbestos, iaitu bahan yang digunakan untuk menyekat haba atau kepanasan.

Penggunaan bedak Agnesia Hygiene Care setiap hari mampu menyerap lembapan berlebihan seperti peluh dan berkesan untuk meredakan kegatalan pada kulit.

Baru-baru ini, jenama terkenal itu memperkenalkan wajah baharunya yang lebih segar dan moden dengan melancarkan dua haruman baharu dalam rangkaian Beau Care.

Wajah baharu Agnesia menampil dua variasi baharu haruman lavender dan ros. Gambar hiasan.

Variasi baharu itu, lavender dan ros didatangkan dalam botol 100g dan sesuai untuk kegunaan harian dengan bau yang lebih menyegarkan. 

Apa yang penting, jenama Agnesia disahkan halal dan sesuai digunakan selepas setiap mandian bagi memberikan kesegaran sepanjang hari. Bedak Agnesia boleh didapati di semua farmasi utama, Aeon Wellness dan pasar raya seperti Mydin serta 99 Speedmart.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 28 Jan 2019

Hendak cantik seperti Miranda Kerr, amalkan jus saderi setiap pagi! 

Jom amalkan budaya kecantikan secara organik! 

Featured Sun, 10 May 2020
Featured Wed, 14 Mar 2018

12 Tips Makeup Untuk Wanita Yang Bercermin Mata

Kebanyakan orang yang rabun mesti memilih untuk memakai contact lens daripada pakai cermin mata.

Oh Lawa Mon, 23 Jul 2018

Tak Semestinya Si Natural Beauty, Sesiapapun Boleh Tampak Cantik Berseri Sebaik Bangun Tidur

Amalkan beberapa petua ini untuk kelihatan lebih menarik apabila bangun dari tidur.

Featured Tue, 2 Oct 2018

Inilah Satu Jenis Beg Tangan Yang Semua Wanita Bekerjaya Patut Miliki

Ia taklah sepopular mana tapi ia memang sangat berguna.

Oh Lawa Thu, 9 Aug 2018
Oh Lawa Mon, 17 Feb 2020
Featured Tue, 6 Nov 2018

Menurut Kajian, Makan Buah Pir Berkulit Merah Boleh Cantikkan Kulit

Lagi banyak makan, lagi cantik kulit anda!

Featured Fri, 26 Apr 2019
error: Content is protected !!