Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops January 6, 2020 @ 10:51am

Warna gincu yang mana akan buatkan gigi tampak lebih putih?

Dambakan gigi yang putih bersih? Mudah sahaja. Dapatkan perkhidmatan pemutihan gigi yang sangat popular di pasaran sekarang.

Malangnya, walaupun hasilnya menawan, perkhidmatan ini tidaklah begitu bagus untuk kesihatan gigi kita. Jadi, terpaksalah kita bergantung kepada pengamalan tabiat menggosok gigi yang konsisten.

Selain itu, teknik solekan yang melibatkan gincu juga boleh membantu. Terdapat satu ‘beauty hack’ yang anda boleh cuba agar gigi anda tampak lebih putih di mata orang. Anda cuma perlu pilih warna gincu yang betul.

Menurut Elle, sesetengah warna akan membuatkan gigi anda tampak lebih kuning. Jom kita semak warna yang mana yang elok dipakai dan yang mana patut dielakkan.

1. Kumpulan warna: Merah

Panduan: Pilih formula berasaskan warna biru daripada merah jingga

Warna biru dan kuning/jingga duduk bertentangan di antara satu sama lain pada roda warna. Jadi tona biru selalunya akan ‘malapkan’ tona jingga atau kuning apabila dilihat bersama.

Ini bermakna, gincu yang diformulasikan dengan asas berwarna biru akan buatkan warna kuning pada gigi pemakai kurang ketara.

Ingat ya, walaupun gincu berwarna merah/jingga dianggap cantik dalam dunia fesyen, warna jingga dan kuning akan menyerlahkan tona yang sama.

2. Kumpulan warna: Merah jambu cerah

Panduan: Pilih warna lembut dan sejuk daripada jingga atau coral

Tidak seperti warna merah, merah jambu susah sedikit untuk kita tentukan memandangkan ia tidak mempunyai warna terang yang boleh membuatkan gigi kita terserlah.

Bagaimanapun, peraturannya tetap sama: Elakkan warna jingga; pilih tona merah jambu seperti warna beri yang lembut.

3. Kumpulan warna: Merah jambu gelap

Panduan: Jika keliru, pilih sahaja warna beri

Ada banyak pilihan kerana beri terdiri daripada warna merah jambu dan ungu kemerahan. Ini bermakna warna asas birunya sangat kuat. Antara pilihan baik adalah tona raspberi cerah dan deep plum.

Satu lagi perkara yang anda perlu ingat: Formula gincu yang sedikit berkilat dan lutsinar mampu meningkatkan keputihan gigi, tidak seperti gincu dengan tekstur matte.

4. Kumpulan warna: Gelap

Panduan: Pilih warna beri gelap dan ungu daripada warna coklat

Walaupun tona coklat membuatkan si pemakai tampak ranggi, ia hanya akan menyerlahkan lagi mana-mana tona coklat dalam senyumannya.

Kontras di antara warna gigi dan warna coklat itu memang wujud, tetapi lebih baik anda pakai tona beri gelap. Dengan adanya asas biru, kuasa tona ini dua kali lebih kuat dalam memastikan gigi anda tampak cerah.

5. Kumpulan warna: Nude

Panduan: Pilih formula lutsinar dengan sedikit gloss

Ada kemungkinan bawah gincu berwarna kulit akan menenggelamkan keputihan gigi. Tetapi menurut Tim Quinn daripada Giorgio Armani, jika gincu berkenaan bersifat glossy, ia mampu mengilatkan gigi pemakai.

Pada masa yang sama, jangan pilih gincu bertekstur matte, kerana ia boleh memberi ilusi bibir kering.

Kesimpulan: Elak warna-warna ini!

Secara kesimpulannya, pilihlah apa jua warna gincu yang anda suka. Tetapi jika anda ingin tonjolkan “serlahkan” gigi anda, elakkan daripada memakai tona gincu berikut:

Kilat seperti ais – sedikit efek kilat memang bagus, tetapi jika keterlaluan, terdapat risiko yang mana bibiir anda akan tampak terlebih putih. Sebaliknya, gigi anda pula akan tampak seolah-olah keputihannya luntur.

Jingga – seperti yang sudah diterangkan, tona ini menyerlahkan kekuningan pada gigi.

Neon – Sesetengah tona fuchsia memang berkesan jika asas birunya ketara. Tetapi warna neon jingga kemerahan akan buatkan kulit anda tampak lebih gelap. Sama juga efeknya terhadap gigi.

Jadi pastikan anda pilih warna yang tepat.

Sumber foto: Katie Friedman

Artikel berkaitan: Nak gigi kekal putih bersih dan bersinar? Jangan makan atau minum 7 bahan ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Sun, 20 May 2018

Gaya Wow Topi Wanita Di Majlis Perkahwinan Putera Harry Dan Meghan Markle

Jom kita lihat gaya topi yang dipakai oleh tetamu dalam majlis perkahwinan Prince Harry dan Meghan Markle.

Oh Lawa Mon, 24 Jun 2019
Featured Mon, 11 Mar 2019
Featured Tue, 22 May 2018

Jom Lihat Gaya Raya Ala Tun Dr Siti Hasmah

Selain melihat penampilannya yang sentiasa setia di samping suami tercinta, gaya fesyen doktor wanita pertama Malaya ini juga turut mendapat perhatian umum.

Oh Lawa Mon, 13 Aug 2018

Amalan Pupur Kopi Boleh Buat Kulit Anda Nampak Muda, Suka Ke Tidak?

Selepas siap mandi, amalkan pupur kopi ini setiap pagi selama dua minggu.

Featured Mon, 26 Nov 2018

Betulkah Perbuatan Menanggalkan Makeup Mata Boleh Menyebabkan Kedutan? Ini Jawapannya

Selama ini kita gosok-gosok bahagian mata kita tanpa terfikir tentang akibatnya.

Featured Thu, 31 Jan 2019

Himpunan Busana Perkahwinan Memikat di The Wedding KL

Hatta Dolmat menampilkan kolekis paling menawan! 

Oh Lawa Tue, 17 Jul 2018

Buat Kamu Si Mata Kecil, Cuba 5 Teknik Ini Untuk Miliki Mata Galak Persis Aishwarya Rai

Mata galak pesonanya cukup memukau namun standard mata bagi kebanyakan wanita Asia lazimnya bersaiz kecil.

Oh Lawa Sun, 1 Jul 2018

Penyanyi Kacak Harry Styles Dipilih Sebagai Wajah Kempen Gucci Pra-Luruh 2018

Nampaknya dia memang peminat setia jenama high end ini.

Oh Lawa Mon, 4 Jun 2018

Nak Meletop Seperti Idola Anda? Ikuti Stail Raya Selebriti Yang Bakal Menjadi Trend Tahun Ini

Minimalist berbanding tahun lalu, dominasi fesyen di kalangan selebriti tahun ini memperlihatkan penguasaan stail back to basic atau less is more.

error: Content is protected !!