Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom June 4, 2018 @ 5:00pm

Nak Meletop Seperti Idola Anda? Ikuti Stail Raya Selebriti Yang Bakal Menjadi Trend Tahun Ini

Meskipun Syawal belum tiba, senario arena hiburan sepertinya sudah meraikan hari Lebaran. Pelbagai anjuran majlis amal dan berbuka puasa yang diadakan di hotel-hotel terkemuka menyaksikan kehadiran selebriti tempatan berbusana tradisional nan indah di mana sebahagian daripada stail mereka itu dijangka akan menjadi ikutan ramai.

Sebahagian besar wajah-wajah bintang popular juga dipilih sebagai pelaris bersempena kempen koleksi Hari Raya rekaan pereka fesyen tempatan termasuk stor fesyen atas talian seperti Zalora dan Fashion Valet serta gedung tekstil terkemuka.

Minimalist berbanding tahun lalu, dominasi fesyen dalam kalangan selebriti tahun ini memperlihatkan penguasaan stail back to basic atau less is more.

Selain tujuh gaya selebriti wanita yang bakal menjadi ikutan di luar sana, tiga daripadanya adalah lelaki di mana produk seperti jubah, kurta serta baju melayu di bawah jenama mereka laris dijual.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapakah 10 selebriti yang menjadi pilihan Hijab & Heels kerana stail mereka akan menjadi ikutan ramai.

1. Neelofa

Foto: Instagram Neelofa

Bercakap mengenai figura yang seorang ini siapa lagi kalau bukan Neelofa? Dia memang handal bergaya meskipun sebahagian besar daripada stailnya sering saja mendapat kritikan netizen. Namun percayalah tiga persalinan yang digayakan Neelofa ini, bermula dari kiri rekaan Afiq M, Zara by NH dan Khoon Hooi akan menjadi ikutan ramai.

2. Anzalna

Foto: Instagram Anzalna

Ingatkan anak patung Barbie taadi, rupa-rupanya Anzalna. Bertepatan dengan ramalan fesyen Hari Raya tahun ini yang menyaksikan penguasaan kebaya pendek dan kurung moden bercirikan back to basic, persalinan yang digayakan Anzalna ini adalah pilihan ideal pada Lebaran nanti.

3. Scha Alyahya

Foto: Instagram Scha Alyahya

Pelakon, model dan pengacara Scha Alyahya cukup terkenal dengan gaya simple tapi classy. Tahun ini Scha bersama suaminya, Awal Ashaari dan anak perempuannya yang cukup famous, Lara Alana sekali lagi dipilih sebagai duta Jakel. Tentu saja Scha berupaya meningkatkan jualan Jakel apatah lagi stailnya sering menjadi ikutan ramai. Ini dua gaya berbeza Scha, iaitu kurung moden hijau dari Jakel dan kurung wrap dress kimono rekaan Alia Bastamam.

4. Vanidah Imran

Foto: Instagram Rizman Ruzaini

Apabila pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini memilih aktres Vanidah Imran sebagai muse untuk koleksi Hari Raya mereka tahun ini, ia membuktikan kecantikan wanita di ambang usia 40-an masih menarik minat. Vanidah Imran tersangat cantik dalam setiap persalinan beresensikan kurung klasik yang menjadi tunjang rekaan pereka duo itu. Melalui kempen ini tentunya ia berjaya meningkatkan keyakinan wanita matang di luar sana untuk kekal cantik dan menyerlah di Aidilfitri.

5. Rozita Che Wan

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana dia melaram sakan dengan kurung moden berbulu serta sarat dengan perincian manik serta labuci, penampilan pelakon dan pengacara Rozita Che Wan kebelakangan ini nampaknya cukup minimalist namun ia tidak pun mengurangkan kecantikannya. Jubah dress rona ceria berwarna kuning seperti digayakan dalam gambar ini adalah hasil rekaan dari rumah fesyen miliknya sendiri iaitu Padusi Couture.

6. Uqasha Senrose

Foto: Instagram Uqasha Senrose

Pemilihan pelakon sensasi, Uqasha Senrose sebagai muse koleksi Hari Raya jenama Losravelda ini, pastinya memberi pilihan kepada ramai wanita di luar sana untuk tampil sedondon dan glamour dengan anak dara mereka. Lebih-lebih lagi selepas melihat foto Uqasha dan model cilik yang sungguh cantik ini. 

7. Farah Nabilah

Foto: Instagram Farah Nabilah

Memang tidak dapat dinafikan, gadis manis berusia 26 tahun ini sedang digilai ramai bukan saja kerana bakat bahkan penangan drama-drama lakonannya yang meletop! Apabila anda menjadi idola ramai orang, maka pasti ada peminat yang terikut-ikut untuk bergaya seperti anda. Begitu juga Farah Nabilah, pastinya ramai peminat memperhatikan perkembangan fesyen Hari Raya tahun ini!

8. Syafiq Kyle

Foto: Instagram Kylez RTW

Pelakon lelaki berbakat yang sedang hangat dengan drama bersiri Nur, siapa lagi kalau bukan Syafiq Kyle, adalah antara selebriti lelaki yang mempunyai taste dalam penggayaan. Lihat saja koleksi Hari Raya keluaran jenamanya sendiri Kylez RTW, yang menyerlahkan ciri maskulin seorang lelaki sama ada dalam persalinan tradisional mahupun moden.

9. Fauzy Al-Qadry

Foto: Instagram Alqadry Exclusive

Meskipun bintang ini agak sepi dari kehangatan industri seni namun setiap kali menjelang perayaan Aidilfitiri, koleksi Hari Raya keluaran jenamanya Alqadry Exclusive, laris bagaikan goreng pisang panas! Percaya atau tidak kesemua lapan warna Kurta Abu Dhabi yang menyediakan saiz bermula S hingga XL habis dijual dalam tempoh dua minggu.

10. Amy Search

Foto: Instagram Amy Search

Rocker lagenda Amy Search memang hebat bergaya. Sejak memulakan perniagaan clothing beberapa tahu lalu, Amy mendapat keuntungan besar melaluinya. So, tunggu apa lagi let’s grab it!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 28 Feb 2018

Walaupun Dikecam, Koleksi Tudung Neelofa Sold Out Dalam Masa 2 Minit!

Wah! Kuat juga kan pengaruh Neelofa ni? Semalam, kecoh di media sosial apabila dia dikecam Netizen kerana melancarkan koleksi tudungnya Be Lofa di sebuah kelab malam terkenal di ibu negara iaitu Zouk.

Oh Lawa Thu, 1 Feb 2018

Hijab vs. Turban

Tidak keterlaluan jika dikatakan, penyanyi Crush, Yuna, telah membawa evolusi stail turban dalam kalangan Muslimah Malaysia. Hijabster kini lebih terbuka untuk menggayakan turban sebagai alternatif tampil berbeza berbanding gaya yang telah dicuba sebelum ini.

Oh Lawa Mon, 8 Jan 2018

Rahsia Kulit Cantik Dan Berseri-Seri Ala Pelakon Bollywood. Guna Kunyit Je Tau!

Setiap kali tengok filem Bollywood, mesti akan ada adegan dimana wanita akan meletakkan mask kunyit yang dibuat sendiri di muka kan? Tambah pula kalau sebelum majlis perkahwinan, bakal pengantin lelaki pun akan dipakaikan dengan mask […]

Eat Travel Tue, 29 May 2018

Hidangan Dulang Minang Di SukaSucre Bakal Beri Pengalaman Menyeronokkan Buat Pelanggan

Dulang Minang, hidangan berbuka puasa istimewa di SukaSucre Bistro yang bakal membawa pelanggan mendekati budaya masyarakat Minangkabau.

Featured Fri, 8 May 2020
Featured Mon, 20 Aug 2018

Kenali Jenis Kulit Anda Dengan Hanya Menggunakan Tisu

Kulit wajah terbahagi kepada 4 jenis iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminyak dan kulit kombinasi.

Oh Lawa Wed, 13 Jun 2018

Ikon Stail Fyza Kadir Kongsi Tip Tampil Stailish Di Hari Raya

Kehebatan wanita jelita persis patung Barbie dalam bergaya memang tidak dapat disangkal. Dia adalah Fyza Kadir.

Oh Lawa Tue, 22 May 2018

Ibarat Menjinjit Banglo Di Tangan, Ketahui Sebab Mengapa Hermes Birkin Mahal Gila!

Birkin Sac Bijou dibuat sepenuhnya daripada kepingan rose gold  yang disemat dengan 2,712 berlian, di mana nilai bagi sebuah tas tangan ini bernilai RM7.56 juta. Mahal gila!

Oh Lawa Tue, 11 Dec 2018

Tip Memilih Moisturizer Yang Betul Untuk Wajah

Moisturizer yang tidak sesuai dengan jenis kulit boleh menyebabkan wajah breakout.

Eat Travel Fri, 8 Jun 2018

Tak Perlu Cari Hingga Ke Terengganu. Jom Belajar Buat Keropok Lekor. Mudah Sangat!

Rahsia resipi keropok lekor sedap adalah campuran ikan yang banyak.

error: Content is protected !!