Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom May 29, 2018 @ 9:00am

Hidangan Dulang Minang Di SukaSucre Bakal Beri Pengalaman Menyeronokkan Buat Pelanggan

Masyarakat Minangkabau kaya dengan tradisi dan adat istiadat. Sehinggakan makanan pun ada perayaan dan festival tertentu bagi meraikannya.

Salah satunya tradisi Bajamba yang diraikan sempena memperingati hari Maulid Nabi Muhammad SAW. Tradisi ini dilakukan oleh masyarakat Padang Pariaman.

Bajamba adalah timbunan makanan dan lauk pauk yang sudah dimasak dan disusun secara bertingkat di tempat khusus yang disebut dulang. Satu dulang dimakan secara berkumpulan bagi memupuk semangat kebersamaan dan mengeratkan tali persaudaraan.

Selain Bajamba, satu lagi hidangan yang cukup popular menjadi simbolik hubungan silaturahim adalah Dulang Minang. Sedikit berbeza dari Bajamba, hidangan Dulang Minang terdiri daripada lauk-pauk dimasak kering, sayur-sayuran, ulam-ulaman dan kuah masak lemak yang dihidang dengan cara mengeliling nasi putih.

Dulang Minang mempunyai sedikit persamaan dengan Nasi Ambeng yang cukup terkenal di kalangan masyarakat Johor sehingga hari ini.

Apa yang menariknya, anda berpeluang merasai Dulang Minang sekaligus pengalaman budaya masyarakat Minangkabau jika memilih SukaSucre Bistro sebagai destinasi berbuka puasa.

Foto: @theshahrulizzat for @ss_creatives

Selain keunikan Dulang Minang, pengunjung juga akan menikmati hidangan tambahan disajikan setiap hari seperti sup daging beserta kaunter pasta terdiri daripada daging salai lemak cili api, krim telur masin bersama cili api dan ratatoille.

Foto: @theshahrulizzat for @ss_creatives

Tidak ketinggalan, terdapat kaunter salai yang menghidangkan daging, ayam dan ikan keli salai enak dinikmati bersama sos lemak cili api.

Sementara itu, pelanggan bakal disajikan variasi menu pencuci mulut seperti pengat pisang bersagu, agar-agar lumut, puding coklat, kuih bingka bijan, kuih buah melaka, karipap kentang, kek coklat, kek keju vanila, kek pisang bersama aising keju, kek span blueberry dilapisi kastad, jeli serta krim, tat walnut dan coklat pancur bersama aneka kondimen.

Foto: @theshahrulizzat for @ss_creatives

Menariknya, harga bufet yang ditawarkan kepada pelanggan serendah hanya RM65 manakala kanak-kanak sebanyak RM35. Ia beroperasi bermula 19 Mei ini dan berakhir seminggu sebelum pengakhiran Ramadan.

Foto: @theshahrulizzat for @ss_creatives

Sedikit informasi, SukaSucre Bistro yang beroperasi di Wisma RYU, 81 Jalan 2/90, Taman Pertama, Cheras, 56100, Kuala Lumpur adalah sebuah restoran milik cef selebriti dan penyanyi popular, Datuk Fazley Yaakob.

Foto: @theshahrulizzat for @ss_creatives

Bagi pelanggan yang ingin mengelakkan diri daripada kesesakan lalulintas, mereka boleh menggunakan perkhidmatan tren Mass Rapid Transit (MRT) ke SukaSucre Bistro di stesen hentian, Taman Pertama.

Kemudahan surau turut disediakan kepada golongan lelaki dan wanita di premis ini. Untuk membuat sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, boleh menghubungi Pengurus SukaSucre Bistro, Didi di talian 03-92017750.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 2 Dec 2018

Manfaatkan Cuti Sekolah Bersama Anak-Anak Dengan Mencuba Resipi Pizza Gebu Ini

Anda boleh pilih topping pizza yang anak-anak suka!

Eat Travel Thu, 12 Jul 2018

Nak Makan Durian Sedap Sekitar Kuala Lumpur? Ini 5 Lokasi Yang Wajib Anda Pergi

Bagi pencinta durian, anda belum cukup handal kalau anda tidak pernah mengunjungi 5 lokasi makan durian yang best ini.

Eat Travel Sat, 21 Mar 2020
Eat Travel Wed, 13 Jun 2018

Pajeri Nanas Pelengkap Hidangan Anda

Hidangan pajeri nanas ini memang sedap!

Eat Travel Tue, 14 May 2019
Oh Lawa Thu, 7 Jun 2018

3 Kesilapan Lazim Apabila Memilih Baju Raya Yang Orang Selalu Buat

Check jika anda tergolong sekali dan ada buat silap begini.

Eat Travel Thu, 6 Dec 2018
Eat Travel Tue, 12 Jun 2018

Pasta Yang Anda Mesti Tahu Masak Adalah Spaghetti Bolognese, Ini Dia Resipinya

Anda patut tahu masak sekurang-kurangnya satu jenis pasta.

Eat Travel Mon, 22 Oct 2018

Impression, Tarikan Utama Encore Melaka Bukan Teater Biasa-Biasa, Tapi Mengancam!

Encore Melaka merupakan pentas teater terbesar di Asia.

Eat Travel Thu, 28 May 2020
error: Content is protected !!