Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Shaidah Shafie January 3, 2020 @ 12:02pm

69 % rakyat Malaysia mahu mengembara sendirian, anda bagaimana?

Mengembara secara solo dengan bajet paling murah atau terhad kini menjadi gaya hidup dalam kalangan anak muda di negara ini, namun tidak dinafikan ada juga yang memilih untuk mengembara secara berdua atau dalam satu kumpulan yang mengandungi beberapa individu.

Kenyataannya, tidak semua individu berminat atau mempunyai kekuatan untuk mengembara secara solo apabila memikirkan faktor keselamatan mahupun kesunyian yang akan dihadapi lantaran tiada teman berbual, sebaliknya hanya orang asing yang akan duduk di sebelah anda ketika di dalam kenderaan awam atau di mana-mana hentian.

Bagaimanapun itu bukan halangan atau alasan bagi pengembara tegar untuk meneroka peluang melihat keindahan tempat orang mahupun keunikan benua lain di dunia ini.

Kajian dilakukan pengendali pengembaraan terkemuka di dunia, Klook, mendedahkan kebanyakan anak mudah, sama ada lelaki mahupun wanita memilih untuk melakukan pengembaraan secara bersendirian berbanding berkumpulan.

Kembara secara berkumpulan juga tidak kurang seronok kerana ada teman-teman yang boleh diajak bergambar. Gambar hiasan. Foto: NSTP/SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Ketua Pemasaran Klook Malaysia, Emily Tan, berkata beliau agak terkejut mendapati hampir sebahagian besar responden dalam kajian dilakukan Klook memilih mereka sangat ingin melakukan pengembaraan secara bersendirian, namun sedikit terhalang apabila bercakap mengenai isu keselamatan dan kesunyian yang akan dihadapi.

“Saya teruja mengetahui 69 peratus responden Malaysia memiliki keinginan tinggi untuk mengembara secara solo. Akan tetapi, kami mendapati aspek keselamatan dan perasaan takut akan kesunyian sebagai penghalang terbesar, sekali gus mencetuskan hubungan ‘cinta benci’ dengan pengembaraan solo.”

“Namun begitu, apa yang baiknya dengan Klook, warga Malaysia dapat mencipta masa bersendirian berkualiti dengan Klook, keana pihak kami menawarkan lebih 100,000 aktiviti dan perkhidmatan yang menakjubkan di seluruh dunia,” katanya.

Berdasarkan kajian dilakukan Klook, lebih 69 peratus rakyat Malaysia bersedia melakukan pengembaraan solo. Sumber: Klook Malaysia.

Tambahnya lagi, Klook berharap dapat menjadi pembakar semangat kepada rakyat Malaysia yang mempunyai keinginan untuk melakukan pengembaraan solo tanpa teragak-agak dan berupaya melakukan kegiatan seperti selam skuba  mahupun membuat kerja seni seperi melukis yang menyeronokkan.

“Kami berharap untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai warga Malaysia untuk keluar daripada zon keselesaan mereka dan merancang kembara solo sendiri yang menyeronokkan, baik meluangkan masa pada waktu malam seorang diri untuk melukis mahupun menyertai aktiviti selam snorkel berkumpulan di Pulau Mengalum, Sabah.

“Klook menawarkan lebih 100,000 akvititi, perkhidmatan serta pengalaman menerusi operator-operator yang boleh dipercayai di platformnya yang tumbuh pesat dan mampu memenuhi citarasa semua jenis pengembara solo,” katanya.

Klook adalah platform untuk menempah aktiviti dan perkhidmatan perjalanan terkemuka di dunia dengan menawarkan lebih 350 destinasi yang boleh dilawati di seluruh dunia, dikendalikan oleh 1,800 kakitangan di 26 pejabat di seluruh dunia, serta menawarkan perkhidmatan dalam 14 bahasa dan menyokong 41 mata wang.

Faktor keselamatan dan kesunyian antara elemen yang sering dibangkitkan pengembara solo. Sumber: Klook Malaysia.

Bagi mereka yang memasang impian untuk mengembara bersendirian, pasti ada sebab tersendiri kenapa anda memilih melakukannya tanpa teman meskipun ramai yang mempersoalkan mengenai elemen keselamatan dan kesunyian.

Namun begitu, bayangkan keseronokan sebaliknya yang mana anda boleh menikmati keunikan atau keindahan sesuatu lokasi tanpa perlu gusar teman yang menunggu mahupun menikmati secawan kopi sambil membaca tanpa perlu termangu-mangu memikirkan apakah yang boleh dilakukan untuk mengisi masa sendirian.

Lebih mengujakan, Klook menyediakan pelbagai kemudahan dan lokasi yang boleh dikunjungi sekiranya anda tiada idea ke mana hendak dituju dan ingin mengembara seorang diri keluar ke  zon yang lebih mencabar berbanding zon biasa yang anda diami selama ini. Sebarang maklumat lanjut mengenai pengembaraan solo, layari https://bit.ly/2C3vvma.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Aug 2019

Melukis dengan kopi pekat, hasilnya mengagumkan

Aroma kopi buat diri rasa tenang, cubalah!

Featured Sun, 4 Aug 2019

Siapa yang belum mulakan ‘tabung warna,’ jom lakukan segera!

Selepas beberapa bulan, anda boleh jatuh pengsan melihat banyaknya duit anda!

FESYEN Sun, 19 Jan 2025
Featured Wed, 31 Oct 2018

12 Benda Yang Sentiasa Perlu Ada Di Rumah Anda Untuk Saat-Saat Kecemasan

Jika anda dah bersedia, anda boleh hadapi segala cabaran dengan mudah.

Gaya Hidup Wed, 30 May 2018

Enggan Diperdaya? Fahami 8 Tips Berguna Membeli-belah Secara Online Yang Selamat

Pengalaman membeli-belah atas talian yang menyeronokkan adalah apabila anda peka dan memastikan laman web yang anda beli mempunyai reputasi yang baik dan maklumat peribadi anda adalah selamat.

Featured Tue, 16 Apr 2019

Larangan bawa bunga segar ketika melawat pesakit kanser di wad hospital. Peringatan buat semua!

Pesakit yang menjalani kemoterapi mempunyai kurang daya tahan badan.

Gaya Hidup Sat, 29 Dec 2018
Gaya Hidup Mon, 10 May 2021

Rekaan Anggun Busana Muslimah Dapat Sambutan

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sambutan yang diterima daripada pelanggan FaraAlya. Walaupun jenama ini baru sahaja dilancarkan pada April yang lalu, kesemua rekaan habis dibeli. Ini sebenarnya membakar semangat saya untuk terus berbisnes,” kata Datin Hamizan […]

error: Content is protected !!