Gaya Hidup By: Ad Ops February 4, 2020 @ 3:48pm

Kilafairy tinggalkan imej seksi, berkat doa ibu bapa

Pelakon serta penyanyi yang popular dengan jolokan ‘Angelina Jolie Malaysia,’ Kilafairy yang cukup terkenal dengan imej berpakaian seksi kini tampil dengan imej baharu.

Memiliki bentuk badan yang menggiurkan selain bibir yang cantik, anak kepada penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil itu kini dilihat tampil dengan imej yang lebih sopan sejak beberapa bulan lepas.

Diusik sama ada perubahannya itu disebabkan bakal menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya, Sa’aid Umar Aiman, ini jawapan yang diberi oleh pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

He was my high school crush ???? Still crushing on you Bubuji ♥️

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

“Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa juga. Step by step…insya-Allah. Sempena tahun baharu, 2020 ini saya mahu mulakan sesuatu yang segar dan bersih.

“Pastinya perubahan itu seiring dengan kematangan diri. Ia seperti isyarat atau panggilan kepada diri sendiri. Dalam hidup ini kita sentiasa berusaha mahu jadi lebih baik dan memperbaiki diri,” tutur pelantun lagu Put The Word In itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dinner makan apa tu semua? Kila dah minum @kilafit pagi tadi, so makan Kari Salmon pun takpe! Hehehe ????

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Kilafairy yang semakin ampuh dengan empayar perniagaan makanan tambahan miliknya, KILAFIT juga mengakui lebih selesa jika mereka di luar sana melihatnya daripada sudut bakat dimiliki selain daripada terjemahan mengenai tubuh badannya yang seksi mahupun cantik.

“Sebenarnya sudah tujuh bulan saya cuba menjaga penampilan dan sebagainya. Lagipun saya bukan makin muda. Saya cuba elak atau tak mahu lagi orang di luar sana nampak diri ini dengan terjemahan seperti badan saya cantik mahupun seksi.

“Saya mahu jadi insan yang lebih baik. Saya mahu memberi contoh yang baik kepada penyokong dan mereka yang menggunakan KILAFIT,” ujarnya optimis.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Jelas Kilafairy lagi, perubahan imejnya itu juga seiring dan selaras dengan apa yang mahu diperjuangkan KILAFIT yang diusahakan sejak setahun lebih yang lalu.

“Mama (Rohana Jalil) pernah berdepan kesan sampingan yang teruk daripada produk yang digunakan, saya yakin hal sama juga terjadi kepada orang lain hingga menjadi mangsa.

“Maka sebab itu juga saya bangkit memulakan perniagaan KILAFIT kerana mahu berikan solusi penurunan berat badan terbaik tanpa kesan sampingan. Alhamdulillah, misi itu berjaya dicapai menerusi testimoni yang menggunakan produk saya secara konsisten.

Pelanggan dan pengguna produk saya boleh turun berat badan dengan selamat secara purata lapan kilogram dan lebih dalam tempoh sebulan,” katanya.

Tambahnya lagi, soal menjaga penampilan, bentuk badan mahupun kecantikan bukan semata-mata dilihat daripada luaran kerana apa yang lebih penting faktor kesihatan seseorang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Kilafairy berkata, menerusi pengamatan dan pembacaan, kes kematian kerana berat badan berlebihan juga antara yang cukup membimbangkan. Tiada jaminan dan kompromi dalam bab ini. Hal sebegini menyebabkan dia dan pasukan kerjanya menetapkan misi baru KILAFIT untuk membantu orang di luar sana mencegah masalah kesihatan akibat berat badan berlebihan.

“Bagi saya, kita menjaga kesihatan atau mahu menurunkan berat badan sekalipun bukan kerana aspek luaran semata-mata. Bab dalaman juga harus dititikberatkan. Kami bukan mahu menjual ‘seksi’ atau perlu kurus semata-mata, sebaliknya mahu membantu mereka di luar sana yang ada masalah kesihatan dan mengharapkan masa depan yang lebih baik. Insya-Allah,” katanya lagi.

“Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kurus atau seksi itu cukup subjektif dan mungkin dilihat penting untuk meningkatkan keyakinan diri bagi sesetengah daripada kita. Namun di KILAFIT, tiada gunanya semua itu jika kesihatan dalaman tidak dijaga. Keseimbangan dalaman dan luaran itu paling penting. Itulah juga misi dan azam KILAFIT pada tahun ini serta mendatang. Ia juga seiring dengan imej saya kini. Tagline KILAFIT juga menekankan peri penting Versi Terbaikmu,” ujarnya mengakhiri bicara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

6 Jenis Kombinasi Makanan Yang Boleh Memudaratkan Kesihatan Yang Anda Perlu Elak!

Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa kombinasi makanan yang boleh menjejaskan sistem pencernaan dan juga boleh membuatkan anda sakit.

Gaya Hidup Tue, 11 Jun 2019
Gaya Hidup Thu, 28 Jun 2018

Ini Rahsia Puteri Aishah Untuk Kekal Cantik & Sihat Yang Perlu Anda Tahu

Kalau anda nak sentiasa cantik dan sihat macam Puteri Aishah, sila amalkan tip yang dikongsikan ini.

Featured Mon, 3 Dec 2018
Gaya Hidup Tue, 28 Aug 2018
Gaya Hidup Tue, 1 May 2018

Perhatian Kepada Wanita Bekerjaya! Ini 5 Tanda Yang Akan Anda Alami Jika Terlalu Penat Bekerja

Sebenarnya, kalau terlalu penat bekerja, ia akan memudaratkan diri kita! Ketahui 5 tanda ini.

Acara Wed, 25 Sep 2019

Pameran Harumanis ketengah keunikan budaya Perlis

Pelbagai karya abstrak curi tumpuan

Gaya Hidup Fri, 26 Jan 2018

Menstruasi : Apa Yang Perlu Dimakan?

Tapi tahukah anda bahawa dalam setiap fasa kitaran menstruasi, corak pemakanan yang patut anda amalkan juga berbeza?

Featured Wed, 1 Apr 2020

Manfaatkan fasa ke-2 PKP sebaik mungkin

Set minda agar hargai masa duduk di rumah

Featured Fri, 17 Feb 2023