Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom February 28, 2018 @ 4:37pm

Awas Si Kuat Sentap, Jangan Sampai Rakan Anda Meluat!

Tidak kiralah sebaik dan setulus mana pun hati anda tetapi kalau kuat sentap,  memanglah kawan-kawan sekeliling akan lari. Orang cuma nak bergembira je, tak ada masa nak dengar masalah atau melayan si gerangan kuat sentap! 

Justeru itu, anda harus pandai mengawal emosi supaya orang di sekeliling anda tidak kira rakan kerja, kawan lepak mahupun keluarga berasa selesa tiap kali bersama anda. Jangan biarkan tabiat kuat sentap anda menutup segala kebaikan anda.

Nak tahu bagaimana cara untuk mengatasinya, barangkali tips di bawah ini dapat membantu anda.

1. “Move On” Dari Mengenang Pengalaman Pahit

Melatih minda melupakan kenangan pahit perlu dilakukan secara berterusan. Anda akan sering merasa sedih dan suram apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam.

Anda seharusnya lupakan apa yang telah berlaku di masa lalu dan fokus terhadap hari esok! 

www.pinterest.com

2.  Kurangkan Kerisauan

Belajar bertenang dan melatih diri mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang melampau kerana kerisauan akan meninggalkan dua kesan. Pertama ia menarik masalah dan musibah.

Yang kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Perasaan risau yang melampau boleh membuat anda selalu sedih, kecewa dan takut.

gymlion.com

3. Bersyukur

Perasaan syukur adalah satu nikmat yang akan membuatkan anda sentiasa berlapang hati dalam apa juga keadaan sekalipun.  Sebagai contoh, ucapkan syukur kerana anda masih boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur selain mempunyai keluarga dan orang disekeliling yang menyayangi anda.


4. Belajar Memaafkan

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan dendam). Ia juga dapat meneutralkan gelombang fikiran negatif yang terdapat di minda anda.

Antara salah satu punca yang membuatkan anda selalu berasa sedih dan kecewa ialah apabila anda tidak memaafkan kesalahan diri sendiri dan kesalahan orang lain. Belajarlah menjadi seorang pemaaf kerana ia dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif dan membuatkan diri lebih tenang. 

shanaschutte.com

5. Positifkan Fikiran

Sentiasa berfikiran positif antara kualiti insani dan kriteria unggul yang perlu diterapkan dalam diri seseorang kerana anda akan membuatkan orang di sekeliling berasa selesa sekaligus menyerap kembali energi positif dari mereka.

Positifkan diri juga dapat membantu kita mengatasi emosi yang membuatkan kita kecewa, sedih dan murung. Caranya, terus memandang kehidupan dengan melihat sisi indah atau sesuatu yang lebih membahagiakan.

www.youtube.com

5. Sentiasa Ketawa

Ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan. Tonton video yang lucu, dekatkan diri dengan rakan-rakan yang lucu serta cari funny side dalam setiap situasi. Ini bertujuan agar anda boleh ketawa secara semula jadi.

crazygiggles.us

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 28 Oct 2018
Gaya Hidup Wed, 21 Mar 2018

Tips Penting Untuk Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Sindrom Down. You Can Do It!

Anda dikurniakan dengan anak yang ada Down Syndrome? Jangan bersedih! It’s not the end of the world!

Gaya Hidup Tue, 23 Oct 2018
Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

Pernah Makan Bakso Beranak? Wah Banyaknya Bebola Daging!

Bakso beranak? Korang pernah dengar tak? Bunyi macam pelik macam mana boleh beranak! Korang yang suka makanan Indonesia mesti dah tahu bakso ini jenis makanan yang macam mana kan? Kalau dapat makan bakso panas-panas ditambah pula dengan kepedasan sambal fuhhh memang sedap! 

Gaya Hidup Mon, 15 Jan 2018

Suplemen Kolagen. Selamat Atau Tidak?

Suplemen berkolagen kini semakin mendapat tempat di hati golongan wanita lebih-lebih lagi ia dikatakan mampu mencantikkan, mencerahkan serta mengembalikan keanjalan kulit. Namun, tahukah anda pengambilan produk kolagen dalam kuantiti yang banyak boleh memberi kesan terhadap […]

Featured Thu, 1 Sep 2022
Gaya Hidup Mon, 5 Mar 2018

6 Jenis Makanan Ini Membantu Hindari Kanser, Korang Boleh Amalkan Dari Sekarang!

Kanser merupakan penyakit yang paling ditakuti oleh semua orang. Ramai yang masih lagi tidak tahu bahawa pemakanan merupakan aspek utama yang perlu dijaga agar kita terhindar daripada penyakit-penyakit yang merbahaya ni!

Gaya Hidup Fri, 14 Dec 2018

Aejeong! 8 Simbolik Cinta Orang Korea Yang Menjadi Ikutan Dunia

Luahkan perasaan sayang anda dengan lapan isyarat cinta artis K-Pop ini!

error: Content is protected !!