Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 23, 2020 @ 11:07am

#ABPBHKITA2020: Jom TikTok! Rakam Video Terbaik Anda Guna Lagu Xiaomi & Rebut Peluang Menang Hadiah Gempak!

Gais, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) kembali lagi untuk edisi ke-33!

Mengangkat tema #ABPBHKITA2020, ABPBH33 bakal bersiaran secara langsung pada Jumaat, 13 November 2020, jam 9 malam di TV3.

Selain TV3, ABPBH33 boleh disaksikan secara live streaming di BHTV, Youtube TV3Malaysia dan yang paling menarik boleh ditonton secara langsung di aplikasi TikTok!

Kali ini, ABPBH33 mempertaruhkan 13 kategori utama serta lima kategori online dan untuk menghargai peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang majlis anugerah ini, ABPBH33 memperkenalkan anugerah baru, Anugerah FC #FANtastik Popular!

Memberikan penghargaan kepada kelab peminat, ABPBH33 mengadakan pertandingan TikTok dan peminat perlu merakamkan video aksi mereka untuk artis kesayangan menerusi platform terbabit dengan hashtag #ABPBHKITA2020.

Undi video menarik di aplikasi TikTok dan peminat serta kelab peminat yang kreatif menghasilkan video paling best dan meraih undian tertinggi akan menerima Anugerah FC #FANtastik Popular tau!

Dalam pada itu, kongsi video TikTok paling best dan kreatif menggunakan lagu Xiaomi, Xiaomi For Me yang dinyanyikan oleh Yonnyboii dan Shalma Eliana bersama gaya tarian yang ditetapkan.

Jangan lupa tau, sertakan sekali hashtag #ABPBHKITA2020 di video terbabit dan video paling gempak yang meraih tontonan paling tinggi akan berpeluang menang hadiah-hadiah best dari Xiaomi!

Tarikh penyertaan untuk pertandingan ini dibuka bermula 21 Oktober sehingga 8 November ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan majlis anugerah ini serta cara-cara pengundian, layari laman web rasmi ABPBH33 di SINI dan jangan lupa ikuti laman Facebook dan Instagram Berita Harian untuk informasi terkini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Feb 2023

KJ Sah Jadi DJ Hot FM Mulai Rabu Depan

Fuh! Tak sabarnya nak dengar KJ dekat Bekpes Hot nanti!

Trending Wed, 25 Mar 2020

Belum Selesai Pandemik Covid-19, Lelaki Di China Maut Akibat Hantavirus

Di saat pandemik Covid-19 semakin berkurang dan pulih di negara China, seorang lelaki telah meninggal dunia akibat virus lain iaitu Hantavirus.  Lelaki yang berasal daripada wilayah Yunnan itu dikhabarkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang […]

Hiburan Tue, 12 Sep 2023
Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Fri, 31 Jan 2025

Individu Ugut Bunuh Harith Iskander Dihukum Lima Bulan & Denda RM2,000 – “Saya Berniat Mainkan Perasaan Saja…”

Tertuduh hanya berniat nak permainkan Harith Iskander, beri ugutan bunuh dan rogol

error: Content is protected !!