Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops March 4, 2020 @ 11:40am

Resipi paling mudah kari ikan sardin dengan santan dan tanpa santan

Ungkapan “harap muka saja lawa, tapi tak pandai masak, rugi dan kesian siapa bakal suami dia” sering dilontarkan kepada gadis atau wanita bujang yang tidak pandai memasak.

Bagi yang sudah berkahwin, sindiran seperti “isteri tak pandai masak, habislah nanti suami cari lain” juga memang boleh buat telinga pedih mendengarnya.

Apapun, memasak adalah satu ibadat dan satu nilai tambah untuk kebahagiaan rumah tangga. Tidak mengapa jika tidak pandai memasak, memadailah jika seorang perempuan itu rajin untuk ke dapur.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak mahu belajar memasak, sardin dalam tin merupakan hidangan yang paling mudah untuk disediakan. Daripada sekadar memanaskan sardin dalam tin, apa kata improvisasikan hidangan sardin dengan mencuba dua resipi mudah ini.

Resipi pertama tidak menggunakan santan perkongsian laman YouTube Buat Orang Lapo, manakala resipi kedua menggunakan santan yang dikongsi laman web, Azie Kitchen. Jom lihat resipi di bawah.

resipi kari sardin sedap dan mudah

Kredit gambar: Buat Orang Lapo

Resipi kari sardin tanpa santan

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 6 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 1/2 cawan air
  • 1-2 biji ubi kentang
  • Air asam jawa (1 sudu kecil asam jawa dicampur air)
  • Garam
  • Ikan sardin

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang putih, bawang besar, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Tambahkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan air, ubi kentang serta air asam jawa. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sehingga ubi kentang lembut dan empuk. Selain ubi kentang, boleh digantikan juga dengan sayur lain seperti kacang bendi, buah tomato atau terung mengikut kesesuian dan selera masing-masing.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan sardin dan hidangan kari sardin tanpa santan siap untuk dihidangkan.

Resipi kari sardin dengan santan

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 tin sardin
  • 3 ulas bawang merah dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 2 sudu besar serbuk kari dibancuh dengan sedikit air
  • 1 kotak santan pekat
  • 4 cili padi
  • 1 tangkai daun kari
  • Sedikit halia
  • Garam
  • Air asam jawa
resipi kari sardin

Kredit gambar: Azie Kitchen

Cara penyediaan:

  1. Langkah pertama, asingkan ikan sardin dan sosnya. Panaskan minyak dan goreng rata ikan sardin. Ketepikan seketika.
  2. Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan cili padi, bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Goreng sehingga rempah garing dan wangi.
  4. Masukkan santan dan air secukupnya. Akhir sekali, masukkan ikan sardin, asam jawa dan garam. Anda juga boleh masukkan sedikit sos sardin, jika suka. Serbuk kari pula boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan yang sesuai dan diingini.

Bagi yang gemarkan rasa yang lebih pedas, boleh letak sedikit cili kisar semasa menumis. Kari sardin siap dan sedap untuk dinikmati bersama-sama nasi panas.

resipi kari sardin sedap dan mudah

Kredit gambar: Azie Kitchen

Selain mudah untuk disediakan, memasak sendiri makanan bukan sahaja menjimatkan belanja, malah lebih terjamin kualiti dan keenakannya. Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 24 Oct 2018

Si Cengeng Anak Bongsu, Dalam Diam Otaknya Kreatif Dan Pandai Buat Kawan!

Tidak semua anak bongsu itu tidak boleh diharap. Perlu berbalik kepada didikan keluarga!

Eat Travel Tue, 23 Jun 2020

Nasi punten sesuai untuk kawal berat badan?

Saiz kecil comel, nak makan pun fikir banyak kali

Featured Sat, 22 Nov 2025

“Sesuai Lagi Tak Umur Saya Ni Ada Baby” – Isteri Aliff Syukri Rancang Tambah Zuriat?

Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida, kembali mencuri perhatian warganet apabila meluahkan persoalan mengenai perancangannya untuk menambah cahaya mata.

Featured Tue, 30 Aug 2022

Tarikh Nikah Makin Hampir, Netizen Minta Shahir Zawawi Bayar Hutang RM4,000 Sebelum Kahwin?

Alamak, ni apa kes? Betul ke Shahir berhutang sampai 4 ribu? 🤯😣

Featured Mon, 29 May 2023
Eat Travel Sun, 4 Aug 2019
Featured Mon, 24 Nov 2025

Tegur Drama Melayu Banyak Adegan ‘S*ft P*rn’ & Penyondol, Isa Khan Ditegur Netizen

Pelakon Isa Khan tampil memberi pendapat peribadinya berhubung drama yang disiarkan dikaca televisyen sejak kebelakangan ini. Kata Isa, kandungan yang sarat dengan adegan tidak senonoh dan jalan cerita ‘penyondol’ sering diangkat demi meraih ‘rating’ yang […]

error: Content is protected !!