Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops March 12, 2020 @ 3:00pm

Panduan gaya fesyen hijabista ke pejabat, barulah cantik bergaya

Buntu, pening dan kadang-kadang rasa tertekan apabila memikirkan baju apa yang hendak dipakai. Keadaan itu sering menghantui wanita walaupun sebenarnya almari mereka memang penuh dengan pakaian.

Masalah yang sering dihadapi wanita terutama pada waktu pagi itu memang tiada berkesudahan dan akhirnya, membeli pakaian baharu adalah jalan pintas bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Bagi wanita bekerjaya, penampilan yang kemas perlu dititikberatkan bagi menjaga etika pakaian di pejabat. Pakaian yang cantik dan menarik bukan sahaja menyerlahkan lagi personaliti, malah meningkatkan tahap keyakinan seseorang.

Kredit gambar: Pinterest

Seiring dengan aliran terkini fesyen, terdapat pelbagai busana yang boleh digayakan ke pejabat. Memakai tudung atau berhijab bukan alasan untuk seseorang tidak tampil ‘stailo’ dan menarik. Bagaimanapun, gaya pemakaian yang sesuai perlulah dititiberatkan kerana luaran melambangkan keperibadian seseorang.

Berikut adalah panduan gaya fesyen ke pejabat yang mungkin dapat memberi idea kepada wanita berhijab di luar sana untuk tampil cantik dan kemas.

1. Perkara utama yang perlu dititikberatkan dan harus diberi perhatian adalah mengenali bentuk tubuh anda sendiri. Pilih pakaian yang selesa untuk dipakai dan tidak terlalu menonjolkan bentuk badan. Pastikan pakaian yang dipilih sesuai dengan ketinggian dan bentuk tubuh.

Kredit gambar: Tesettur Island

2. Pemilihan jenis pakaian yang sesuai mengikut kerjaya masing-masing amat penting agar dapat memberi keselesaan ketika bekerja. Ikuti garis panduan yang disediakan oleh syarikat agar anda dapat membuat keputusan yang betul dalam memilih pakaian.

3. Pemilihan saiz baju yang betul juga penting kerana ia akan memberikan imej profesional dan juga memberi keselesaan kepada si pemakai.

Kredit gambar: Muslimah Clothing

4. Padanan rona serta aksesori juga perlu diambil kira kerana ia mampu memberi keseimbangan kepada si pemakai. Pilih dua atau maksimum tiga warna sahaja dan elakkan memilih kumpulan rona yang sama. Selain itu, elakkan juga memakai tudung bercorak sarat jika memakai busana yang mempunyai motif atau corak.

5. Jaket adalah pilihan yang tepat untuk kelihatan segak, kemas dan tampak rasmi. Pilihan warna jaket daripada warna-warna asas seperti hitam dan putih serta warna kulit sangat sesuai kerana ia juga memudahkan untuk disuai padan dengan baju bahagian dalam. 

Kredit gambar: Pinterest

6. Jika kod pemakaian syarikat tidak terlalu ketat, anda boleh tampil dengan gaya smart casual. Gaya ini lebih santai, tetapi masih mengekalkan gaya konservatif. Anda boleh memakai kemeja, seluar panjang atau blaus bercorak untuk gaya yang lebih elegan ke pejabat.

Kredit gambar: Proud Duck

Kredit gambar: Pinterest

Kredit gambar: Pinterest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Jun 2020

Janna Nick kongsi senaman mudah untuk kecilkan paha

Jika dia berjaya, anda juga boleh!

Featured Thu, 27 Jun 2024

“Saya Perlu Positif Demi Anak-Anak & Pekerja” – Azharina Sahkan Hidap Kanser 

Allahu, moga Azharina dikurniakan syifa dan kekuatan yang luar biasa💪❤️

Featured Thu, 21 Dec 2023

Kongsi Rutin Diet, Khairul Aming Hilang 20 Kilogram Sepanjang 2023

Siapa nak kurus tu bolehlah tanamkan azam mulai sekarang! Usaha tak pernah mengkhianati hasil❤️

Featured Fri, 21 Mar 2025

Kambing Perap Dapat Rating 1/10, Ini Respons Zara Zya – “Kalau Tak Sedap, Tak Apa… Jangan Beli Lagi”

Zara bagaimanapun mengucapkan terima kasih diatas pendapat yang diberikan.

Featured Tue, 4 Oct 2022

“Boleh Cop Jadi Menantu” – Netizen Usik Elfira Loy Supaya Berbesan Dengan Mira Filzah

Wahh kecil-kecil lagi dah dijodohkan 😅 Comel betullah Amir dengan Aria ni! 😍

Oh Lawa Mon, 31 Dec 2018
Oh Lawa Thu, 4 Oct 2018
error: Content is protected !!