Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie March 12, 2020 @ 2:57pm

Rose Myrtle dan Acerola bahan ajaib dalam dunia kecantikan!

Udara nyaman yang kita nikmati setiap hari jangan disangka bersih dan menyihatkan kerana ada pelbagai radikal bebas berterbangan sekali gus memberi kesan buruk pada kulit wajah.

Apabila radikal bebas mendap pada kulit wajah, ia menutup permukaan kulit dan menjadikan kulit kusam, gelap serta tidak bermaya.

Pada masa sama, melanin akan mula bertindak menjadikan kulit lebih gelap dan mengalami kekurangan oksigen.

Jika manusia memerlukan oksigen untuk kekal sihat, kulit wajah lebih lagi memerlukannya bagi memastikan ia kekal cerah dan mulus serta lambat dimamah usia.

Makmal Sains Clarins, jenama kecantikan terkenal, berusaha mencari penyelesaian untuk menjadikan kulit wanita lebih cerah dan tidak terus diancam oleh radikal bebas dalam udara.

Daniel bersama  Serum Pencerah dan Kusyen Pencerah dengan SPF50+++ yang baru dilancarkan Clarins di Petaling Jaya, baru-baru ini.  Foto: Arkib Hijab & Heels.

Pengurus Pemasaran Kanan Kumpulan Clarins, Daniel Lim, berkata apabila kulit kekurangan oksigen pelbagai masalah akan timbul dan sesuatu perlu dilakukan bagi memulihkan kesempurnaan kulit.

“Bahan penting untuk kesejahateraan kulit ialah oksigen, sehubungan itu Clarin memilih untuk memanfaatkan kebaikan dua bahan semula jadi untuk membekalkan oksigen pada kulit.

“Kedua-dua bahan ini adalah daripada alam semula jadi dan didapati mempunyai kandungan oksigen yang sangat tinggi, iaitu Rose Myrtle dan Acerola,” katanya pada sesi memperkenalkan Serum Bright Plus dan Kusyen Pencerah dengan SPF50 di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Serum pencerah dan bedak asas berserta kusyen pencerah dengan SPF50+++  penuh dengan kebaikan untuk kulit wajah dilancarkan Clarins, baru-baru ini. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Ekstrak Rose-Myrtle dan ekstrak biji Acerola yang menjadi bahan utama dua produk berkenaan dikatakan mampu membekalkan kulit dengan dua kali pengoksigenan, sekali gus menjadikan kulit sihat.

Acerola yang juga dikenali sebagai ‘ceri liar’ mengandungi vitamin C yang sangat tinggi menjadikannya pencerah semula jadi, manakala Rose-Myrtle pula kaya oksigen yang sangat diperlukan oleh kulit.

Rose-Myrtle adalah antara bahan utama dalam serum Bright Plus. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Daniel berkata, oksigen yang mencukupi akan menjadikan kulit tampak cerah, sihat dan terhindar daripada ancaman seperti kusam mahupun gelap.

“Rose-Myrtle juga dikenali sebagai ‘tumbuhan makhluk syurgawi’ mempunyai kandungan oksigen yang tinggi dalam buahnya dan dipetik menggunakan tangan. Ekstraknya digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan Serum Bright Plus.

“Clarins dengan terbukti dapat membantu sel-sel kulit menyerap oksigen, menjadikannya bersih dan sempurna dari dalam,” katanya.

Kedua-duanya boleh diperoleh pada harga RM158 (Kusyen Pencerah dengan SPF50) dan RM360 (Serum Bright Plus) di kaunter Clarins seluruh negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 Dec 2024

“Aku Bukan Penyondol Biasa-Biasa”- Compare Diri Dengan Sophia Albarakbah, Sharifah Sakinah Geram Dikutuk Nampak Tua

Sebagai pelakon Sakinah tidak keberatan ubah penampilan sesuai kaakter yang diberikan.

Featured Wed, 20 Nov 2019

Gaya individu mengikut zodiak. Agak-agak betul tak?

Gaya dikatakan bersesuaian dengan personaliti

Featured Wed, 21 Mar 2018

Video Lip-Sync 50 Ibu Bersama Anak Sindrom Down Buat Air Mata Satu Dunia Berjurai

Sebuah video bertajuk ’50 Mums, 50 Kids, 1 Extra Chromosome’ kini bukan sahaja menjadi viral, malah ia turut menyentuh hati seluruh masyarakat dunia.

Featured Wed, 14 Jul 2021

Cara Mohon Bantuan One Off Sehingga RM 1,400 Buat Individu Terjejas Pendapatan

Bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19, kerajaan Malaysia menyalurkan bantuan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Bantuan ini dilancarkan melalui Tabung COVID-19 dengan bayaran sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh khas untuk rakyat […]

Featured Wed, 11 May 2022

“360 Dia Ubah Saya…” – Rosnah Mat Aris Bahagia Kahwin Lelaki Muda

Semoga rumahtangga Kak Ros terus bahagia selamanya…

error: Content is protected !!