Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar March 16, 2020 @ 9:00am

Himpunan Aidilfitri Siti Khadijah kekal konsep tradisional klasik

Meskipun Aidilfitri hanya disambut pada penghujung Mei ini, beberapa jenama sudah mula melancarkan himpunan Aidilfitri bagi memudahkan umat Islam membuat persiapan awal.

Antaranya, Siti Khadijah, jenama yang lebih sinonim dengan rekaan telekung berinovasi dan berkualiti, turut melancarkan himpunan #nostalgiaraya Siti Khadijah 2020 yang menampilkan pelbagai baju kurung dan baju Melayu.

Pengasas Siti Khadijah, Padzillah Enda Sulaiman, berkata rekaan bagi himpunan #nostalgiaraya Siti Khadijah 2020 itu disesuaikan dengan aspirasi Siti Khadijah yang sinonim dengan konsep pemuliharaan warisan.

Kebarung klasik tampak anggun menawan apabila digayakan. Gambar SK

“Rekaan himpunan untuk Aidilfitri ini mengutamakan elemen kesopanan bersesuaian dengan tema Keanggunan Kesopanan bagi semua produk gaya hidup Siti Khadijah namun kami memastikan identiti warisan Nusantara dikekalkan dalam setiap rekaan dengan sentuhan moden.

“Setiap rekaan dalam himpunan ini masih mengekalkan ciri-ciri yang praktikal, selesa, mengikut peredaran zaman dan paling penting ada jaminan kualiti,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Butik Gaya Hidup SK, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Butik Gaya Hidup SK menampilkan pelbagai pakaian harian berimejkan sopan, tetapi moden. Gambar SK

Pelancaran butik Gaya Hidup SK itu disempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Datuk Hazimah Zainuddin, Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (Siti Khadijah Apparel), Ir Aminuddin Mohd Nasir dan Pengarah Eksekutif Jualan dan Pemasaran Siti Khadijah Apparel, Mohammad Munzir Aminuddin,

Butik Gaya Hidup SK yang pertama itu dibuka di pusat beli-belah KLCC dengan membabitkan 80 peratus pakaian harian seperti baju kemeja lelaki dan wanita, seluar kasual wanita, blaus, baju kurung, baju Melayu dan himpunan tudung Hegira, selain aksesori seperti kasut wanita, tas tangan, kerongsang serta produk penjagaan diri.

Pelbagai pilihan warna lembut sesuai dengan wanita yang menggemari gaya sederhana. Gambar SK

Himpunan #nostalgiaraya Siti Khadijah 2020 yang mengimbau kembali zaman silam kanak-kanak suatu ketika dulu itu, menampilkan rekaan tradisional dengan sentuhan kontemporari bagi menarik minat golongan muda.

Lebih menarik, himpunan itu dinamakan berdasarkan nama panggilan yang sering digunakan dalam keluarga di Malaysia, antaranya baju kurung Kak Long, baju kurung Kak Lang, baju kurung Kak Teh, baju kurung Kak Cik, kebarung Kak Lang dan baju Melayu Osman.

Potongan kemas dan segak menjadikan baju Melayu Osman SK tampak lebih maskulin. Gambar SK

Bersesuaian dengan konsep Muslimah, himpunan berkenaan memanfaatkan warna lembut seperti putih, kelabu, kuning muda, hijau neon, biru muda dan merah jambu. Selain baju kurung dan blaus, butik berkenaan turut menyediakan aneka telekung Siti Khadijah yang eksklusif dan hanya boleh didapati di butik terbabit. 

Peminat setia jenama Siti Khadijah boleh tempahan menerusi  laman sesawang jenama itu di https://sitikhadijah.com/nostalgiaraya dan berpeluang mendapatkan telekung Siti Khadijah untuk 1,000 pembeli terawal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 12 Jan 2023

“Cinta Pertama Anak Perempuan Adalah Ayahnya” – Comelnya Gelagat Anak Izara Aishah Manja Bersama Adib Khalid!

Keletah comel anak kepada pelakon Izara Aishah, Irisa Alaia yang terlalu manja bersama bapanya, Muhammad Adib Khalid mencuri tumpuan. @izaraaishahofficialNo man will ever love her more than her baba. ♬ original sound – Umer baba […]

Featured Wed, 11 Feb 2026

Tak Tolak Jodoh Dengan Lelaki Berstatus Duda, Aishah Azman Beri ‘Priority’ Kepada Yang Single

elakon Aishah Azman tidak menolak sekiranya ditakdirkan berjodoh dengan lelaki berstatus duda

Cahaya Mata Mon, 29 Aug 2022
Featured Thu, 20 Jul 2023

“Bergenang Air Mata, Very Inspiring!” – Ramai Tersentuh, Alif Satar Kongsi Cabaran & Perjalanan Tunai Haji

Masya-Allah, perkongsian yang sangat padat dengan pengajaran. Sebak min dengar!😥

Featured Tue, 19 Jun 2018
Featured Mon, 23 Aug 2021

Didakwa Enggan Ambil Vaksin, TMJ Bakal Jumpa Pengarah Pendidikan Johor & 779 Guru

Kerajaan negeri Johor melaporkan seramai 779 guru di sana dikatakan enggan menerima vaksin Covid-19. Selain itu, terdapat juga 12 guru yang masih belum mendaftar dan dua orang yang belum mengemaskini data mereka. Ekoran pendedahan ini, […]

Featured Wed, 11 Jan 2023
Featured Thu, 12 Jan 2023

Bakal Diadakan 25 Februari Ini, Pretty Ugly 21 Anniversary Hadiah Buat Peminat

Kugiran psychedelic rock, Pretty Ugly bakal menemui peminatnya di Konsert Pretty Ugly 21 Anniversary pada 25 Februari 2023 di The Paddock PJ, Kelana Jaya. Konsert ini bertujuan meraikan ulang tahun yang ke-21 Pretty Ugly sepanjang […]

Featured Mon, 29 Jun 2026

PU Salman Dedah Kenapa Fattah Amin Pilih Nama ‘Jarir’ Untuk Anak Sulungnya – “Jarir Adalah Yusuf Umat Ini”

PU Salman berkongsi mengapa pelakon dan penyanyi, Fattah Amin memilih nama Muhammad Jarir Umar buat putera sulungnya

error: Content is protected !!