Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 29, 2026 @ 2:30pm

PU Salman Dedah Kenapa Fattah Amin Pilih Nama ‘Jarir’ Untuk Anak Sulungnya – “Jarir Adalah Yusuf Umat Ini”

Pendakwah bebas, PU Salman berkongsi mengapa pelakon dan penyanyi, Fattah Amin memilih nama Muhammad Jarir Umar buat putera sulungnya yang dilahirkan pada 23 Jun lalu.

Menerusi perkongsian video pendek, PU Salman atau nama lengkapnya, Salman Maskuri berkata, nama Jarir mempunyai sejarah yang cukup istimewa dalam Islam kerana merujuk kepada nama seorang sahabat Rasulullah SAW, iaitu Jarir bin Abdullah Al-Bajali.

Katanya, Imam Az-Zahabi pernah menghuraikan, nama Jarir membawa tiga makna utama iaitu kepimpinan, kecendekiawanan dan keindahan rupa.

“Jarir disebut oleh Imam Az-Zahabi ada tiga perkataan iaitu, Amir (Kepimpinan), Nabil (Cendekiawan) dan Jamil (Keindahan Rupa). Beliau masuk Islam masa tahun yang ke-10 bulan Ramadan. Dan satu hari beliau masuk ke masjlis khutbah Nabi SAW, semua sahabat pandang Jarir, jadi dia pun hairan. Nabi SAW kata, akan masuk dari pintu ini sebaik-baik manusia daripada Yaman,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Salman (@pusalman)

Dalam hantaran sama, PU Salman juga menghuraikan, Rasulullah SAW turut memuji rupa paras Jarir dan menyifatkan wajah sahabat itu mempunyai kecantikan luar biasa yang sifatkan sebagai terdapat sentuhan malaikat padanya.

“Dan, Nabi SAW berkata, sesungguhnya di wajahnya ada sentuhan malaikat. Maksudnya ada kecantikan yang luar biasa.

“Dan satu hari beliau masuk dalam khutbah Nabi SAW, baginda berikan selendang yang Nabi pakai, dia pun cium dan letak di antara kedua-dua matanya.

“Kemudian dia meletakkan selendang tersebut dibelakang Nabi SAW kemudian baginda berkata, “Bila datang kepada kamu orang mulia di kalangan kaumnya maka, hendaklah kamu muliakan dia.

“Jarir adalah Yusuf umat ini. Jarir ini adalah kehabatan, kecantikan dan juga kepimpinan. Sebab itu Fattah Amin meletakkan nama anaknya, Muhammad Jarir Umar,” kongsinya.

Terdahulu, Fattah berkongsi mengenai berita gembira itu menerusi perkongsian di Instagram miliknya apabila memaklumkan, isterinya yang juga penyanyi, Amira Othman telah selamat melahirkan putera sulung mereka sekitar jam 6.20 petang.

Menerusi hantaran tersebut, Fattah turut menitipkan doa agar anaknya itu menjadi anak yang soleh dan penyejuk hati buat dirinya dan isteri.

“Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan baby kami jam 6.20 ptg semalam. Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati Mommy & Daddy,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 12 Oct 2019

16 Termasuk Kanak-Kanak Melecur Belon Helium Meletup

“Sedih tragedi sudah berlaku di tempat yang sepatutnya ada temasya,!

Hiburan Tue, 19 May 2026

Bukan MV Biasa, Haikal Farid Tampil Kelainan Dalam ‘Aku Klasik’ Bersama Komuniti Orang Asli

Haikal Farid kembali merancakkan industri muzik tempatan menerusi pelancaran single terbaharunya berjudul Aku Klasik (Eh Ah).

Trending Thu, 4 Nov 2021

Killa Driz Akui Perlu Ada Kelainan Untuk Diterima

Hampir setahun bergerak secara rasmi ke dunia hiburan mainstream, nama Killa Driz mungkin masih baharu bagi sebilangan besar peminat. Namun untuk underground scene, lagu-lagu nyanyiannya mendapat sambutan baik dan sudah mengumpul peminat tersendiri. Meskipun sudah […]

Hiburan Thu, 11 Jan 2024

Fathia Latiff Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga, Dedah Kekasih Hati Lebih Kacak Dari Aiman Hakim Ridza!

Fathia sound netizen terlalu backup Zahirah Macwilson, siap dakwa selebriti jelita itu ada bagi ‘duit’ 💆🏻‍♀️

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Intan Najuwa Bengang Dengan Netizen!

Jaga tepi kain sendiri dah lah ye!

Hiburan Tue, 23 Jun 2026

Pertemuan Di Lautan Biru Ubah Segalanya, Saksikan Azure Spring Di Tonton

Azure Spring menampilkan Kim Ye-rim atau Yeri daripada kumpulan Red Velvet sebagai Anna, bekas juara renang remaja kebangsaan yang terpaksa melupakan impiannya selepas kerjayanya musnah akibat kecederaan.

Featured Mon, 30 Mar 2026

“Tak Ada Salahnya Kahwin Dengan ‘Bekas’ Orang” – Fazley Yaakob

Penyanyi yang juga cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menyuarakan pandangan peribadinya berhubung persepsi masyarakat terhadap individu yang memilih pasangan berstatus janda atau duda.

error: Content is protected !!