Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops March 16, 2020 @ 10:00am

Petua paling mudah dan berkesan untuk miliki kulit putih gebu

Setiap wanita pasti mendambakan kulit yang putih, gebu dan berseri. Seiring dengan teknologi kecantikan yang semakin canggih, terdapat pelbagai jenis produk dan rawatan untuk memutihkan kulit.

Rawatan yang dilakukan mampu memberikan hasil yang pantas dan berkesan. Bagaimanapun, tidak semua orang mampu untuk membeli produk penjagaan kecantikan atau mendapatkan rawatan kecantikan yang mahal harganya, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi sekarang yang tidak stabil.

Jangan risau kerana terdapat petua semula jadi yang boleh diikuti. Paling penting kosnya memang tidak mahal dan boleh dilakukan sendiri sahaja di rumah.

Jom semak bahan semula jadi yang boleh digunakan dan cara untuk mencerah serta memutihkan kulit. Memang mudah dan berkesan. Selamat mencuba.

1. Aloe vera

petua dan tip mudah kulit putih gebu

Kredit gambar: All Things Hair

Aloe vera atau lidah buaya adalah tumbuhan yang sangat popular setiap kali menyentuh soal kecantikan. Lidah buaya mengandungi 96 peratus kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein. Tumbuhan semula jadi itu memang banyak khasiatnya termasuklah mampu mencerahkan kulit.

Memang ada terdapat gel lidah buaya yang dijual di pasaran, namun gel yang diambil segar daripada pokok adalah jauh lebih baik dan berkesan. Terdapat tiga cara menggunakan lidah buaya:

Foto: Onlymyhealth

  • Belah lidah buaya sehingga isinya yang putih dan jernih kelihatan. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit sebelum dibasuh.
  • Buang kulit dan ambil isi lidah buaya. Kisar sehingga halus dan jadikan ia pupur muka. Sapukan rata ke seluruh muka dan biar selama 30 minit. Kemudian, bilas muka sehingga bersih.
  • Kisar lidah buaya sehingga halus dan masukkan ke dalam bekas air. Bekukan di dalam peti ais sehingga menjadi kiub ais. Ambil satu kiub dan sapukan di seluruh muka.
petua putih semula jadi

Foto: Organic Facts

2. Kunyit

petua putih semula jadi

Foto: Klik Dokter

Kunyit mempunyai banyak khasiat, bukan sahaja untuk kesihatan badan malah, untuk kecantikan. Kunyit mampu membantu menjaga kesihatan kulit, mengurangkan penuaan dan mencerahkan kulit.

Caranya, sagat setengah inci kunyit, campurkan dengan satu sudu kecil madu serta satu sudu kecil dadih (yogurt). Kacau sebati dan jadikan ia sebagai pupur muka. Pakai selama 30 minit dan bilas bersih.

petua dan tip mudah kulit putih gebu

Kredit gambar: Dream.co.id

3. Dadih & susu

petua dan tip mudah kulit putih gebu

Kredit gambar: MIMS Malaysia

Ambil satu sudu besar dadih asli dan campurkan dengan sedikit susu segar. Pastikan kepekatannya tidak terlalu cair dan sesuai untuk dijadikan pupur. Gaul sebati dan letakkan dalam peti sejuk selama lima minit. Sapu di seluruh muka dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas bersih. Kedua-dua bahan itu boleh digunakan untuk mencerahkan kulit.

4. Sengkuang

petua dan tip mudah kulit putih gebu

Kredit gambar: Prof Hariz

Sengkuang adalah bahan yang sudah lama digunakan untuk memutihkan kulit. Ambil separuh sengkuang bersaiz kecil, potong dan kisar sehingga halus. Jadikan seperti pupur dan guna dua kali seminggu untuk melihat kesannya.

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Oct 2022
Gaya Hidup Tue, 3 Dec 2019

ISETAN The Japan Store tampil segar dengan wajah baharu

Bukan sahaja jenama Jepun, jenama tempatan pun ada

Featured Wed, 15 Mar 2023
Featured Tue, 7 Nov 2023
Featured Tue, 14 Apr 2026

“Kalau Tak Puas Mem*nt*t Jangan Kahwin” – Dayana Roza Persoal Kenapa Lelaki Melayu Suka Curang, Titip Pesan Minta Wanita ‘Angkat Kaki’ Dari Hubungan Toksik

Pelakon Dayana Roza meluahkan pandangan peribadinya mengenai isu kecurangan dalam rumah tangga yang didakwa semakin membimbangkan.

Featured Fri, 11 Nov 2022
Featured Fri, 10 Mar 2023
Featured Mon, 3 Nov 2025

“Nak Type Get Well Soon Pun Payah” – Nadia Brian Luah Rasa Terkilan, Dakwa Kawan ‘Musuh Dalam Selimut’

Pelakon jelita, Nadia Brian meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang disifatkannya sebagai ‘kawan lupa kawan’.

error: Content is protected !!