Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie March 17, 2020 @ 7:30pm

Pengantin pun ada sambal sendiri?

Sumber foto: bigsta.net

Sambal pengantin cukup terkenal di Johor dan Singapura, namun mungkin tidak ramai yang mahu memasaknya memandangkan sambal ini memerlukan bahan yang agak banyak untuk disediakan.

Walaupun namanya sambal pengantin, hidangan ini boleh dinikmati dengan pelbagai juadah harian biasa dan amat enak dimakan dengan nasi panas.

Kenapa namanya sambal pengantin? Mengikut cerita mulut ke mulut, lauk ini dihasilkan ketika majlis kenduri kahwin bagi mengelakkan pembaziran.

Sambal pengantin enak dinikmati bersama-sama nasi panas. Sumber foto: bigsta.net

Sedia maklum, bila ada kenduri besar, pasti ada lembu yang tumbang. Selain daging yang digunakan untuk dimasak, perut, paru, hati, limpa dan lidah turut dimasak walaupun tidak semua gemar makan organ dalaman.

Oleh itu, wujud resipi lain yang menggabungkan bahan berkenaan diadun dan dimasak dengan pelbagai rempah lain bagi mengelakkan bau yang kurang menyenangkan.

Dek kreativiti orang lama-lama itu juga wujud menu sambal pengantin yang sangat sedap dan tahan lama jika dimasak dengan sempurna.

Hijab & Heels ingin berkongsi resipi sambal pengantin yang lebih mudah dan tidak memerlukan organ dalaman sebagai bahan utama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sambal pengantin, sedap dinikmati dengan nasi panas. Jom buat sendiri di rumah. #Hijabnheels #hijabnheelsofficial #sambalpengantin #sambaljawa

A post shared by Hijab & Heels (@hijabnheelsofficial) on

Sambal Pengantin versi Hijab & Heels

Bahan:
½ kg daging batang pinang (rebus, tos dan goreng separuh masak, potong ikut cita rasa)
½ kg udang sederhana besar (digoreng)

Dipotong kiub dan goreng:
2 keping tauhu
2 keping tempe
5 urat kacang panjang (dipotong serong dan tidak terlalu tebal)

Diracik halus:
4 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 ulas bawang putih
2 labu bawang merah besar
1 inci halia
3 batang serai
3 sudu cili kisar

1 cawan air asam Jawa
2 kotak kecil santan
Sedikit belacan
Gula Melaka
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Gunakan minyak lebihan menggoreng daging untuk menumis cili kisar dan bahan-bahan racik. Biarkan bahan berkenaan naik bau dan berwarna perang.
2. Apabila bahan racik itu masak sempurna, masukkan air asam, santan, belacan. Biarkan hingga pecah minyak. Kacau perlahan-lahan agar tidak berkerak pada bahagian dasar kuali.
3. Kemudian masukkan bahan utama, daging, udang, tempe dan tauhu yang sudah dimasak ke dalam adunan. Kacau hingga sebati, perasakan dengan garam dan biarkan ia mendidih seketika sebelum api dipadamkan.
4. Sambal pengantin ini juga dikenali dengan nama sambal jawa dan ada yang memberi nama moden dengan nama sambal ronggeng. Cubalah, sedap

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 22 Jan 2020
Eat Travel Fri, 1 Jun 2018

Biskut Almond London Crunchy Ini Memang Wajib Ada Pada Hari Raya Nanti, Barulah Syok!

Biskut raya Almond London ini memang wajib ada pada hari raya nanti.

Eat Travel Fri, 4 May 2018

Martabak Durian Menu Baharu Yang Perlu Anda Cuba. Aromanya Bikin Anda Cair

Pernah dengar martabak durian? Agak-agak sedap ke?

Eat Travel Tue, 24 Mar 2020

Resipi sushi tamago, mudah dan enak

Buat sendiri di rumah

Eat Travel Wed, 24 Oct 2018

Succi Sushi, Lokasi Makan Sushi Yang Bukan Saja Sedap Tetapi Dijamin Halal!

Dengan melihat foto saja sudah membuatkan kita terliur!

Eat Travel Sat, 18 Apr 2020

Adam Corrie kongsi resipi mi kicap wantan

Cuba sekali pasti nak lagi!

Eat Travel Tue, 24 Sep 2019

Panduan mudah jika ingin melancong ke luar negara

Persedian sebelum melancong yang wajib anda tahu!

Eat Travel Sat, 7 Jul 2018

Teh Tarik Lebih Ummpphh Kalau Letak Bahan Ini

Nak lebih ‘kick’ letakkan sedikit madu.

Eat Travel Fri, 17 Aug 2018
Eat Travel Mon, 4 Jun 2018

Berbuka Puasa Di Hotel Tenera Bagai Menikmati Masakan Air Tangan Ibu

Memperkenalkan tema “Sajian Nostalgia – Hargai Kenangan Lama”, hidangan yang disediakan berasa seolah menikmati masakan air tangan ibu.

error: Content is protected !!