Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar March 26, 2020 @ 12:41pm

Dolce & Gabbana lancar himpunan abaya untuk Muslimah

Jenama antarabangsa, Dolce & Gabbana yang terkenal dengan rekaan busana anggun (haute couture) di pentas peragaan, tampil unik apabila menghasilkan pelbagai rekaan jubah dan tudung yang mencuri perhatian.

Kelainan yang ditonjolkan jenama itu menjadi bualan hangat dalam industri fesyen memandangkan Dolce & Gabbana lebih sinonim dengan rekaan moden terutama gaun malam yang elegan. Pelancaran himpunan itu menjadikan Dolce & Gabbana, jenama fesyen antarabangsa terbaharu yang turut menghasilkan rekaan busana Muslimah.

Jubah bermotifkan polka dot tampak cantik dan  kontemporari.  (Gambar kredit Haute Couture)

Sebelum ini, beberapa jenama terkenal seperti Christian Dior dan Chanel turut menghasilkan rekaan abaya berikutan permintaan tinggi dalam kalangan pelanggannya di rantau Arab, malah Nike turut menghasilkan pakaian sukan Muslimah serta tudung sukan beberapa tahun lalu.

Himpunan Abaya Dolce & Gabbana yang diperkenalkan pada Musim Luruh/Sejuk 2019 tahun lalu, dikatakan mendapat sambutan baik dalam kalangan wanita di rantau Asia Barat dan dipaparkan dalam majalah fesyen seperti Happer’s Bazaar Arabia dan Voque edisi Britain.

Balus dan seluar saiz besar antara yang ditampilkan dalam himpunan Muslim Luruh.Sejuk 2019 Dolce & Gabbana. (Gambar kredit Haute Couture)

Pelbagai rekaan dihasilkan merangkumi jubah yang diilhamkan daripada kaftan dan seluar saiz besar. Bersesuaian dengan imej yang membuatkan jenama itu terkenal, pelbagai corak digunakan antaranya motif floral dan corak harimau bintang.

Bagaimanapun, Dolce & Gabbana turut menghasilkan jubah polos termasuk rekaan berwarna hitam yang sinonim dengan pemakaian jubah di negara Arab.

Jubah polos antara yang mendapat sambutan hangat di Asia Barat.  (Gambar kredit Haute Couture)

Selain kaftan, Himpunan Abaya Musim Luruh/Sejuk 2019 Dolce & Gabbana itu diserikan dengan perincian yang diilhamkan daripada lengan kimono, sekali gus menjadikan rekaan berkenaan berkonsepkan sejagat.

Bagi melengkapi rekaan berkenaan, Dolce & Gabbana menyediakan aksesori yang sedondon dengan setiap rekaan, antaranya tudung, tas tangan dan kasut.

Setiap rekaan dilengkapi tudung sedondon yang menjaidkan penampilan lebih bergaya. (Gambar kredit Haute Couture)

Tas tangan bagi himpunan berkenaan diperindah dengan perincian menarik yang sarat menghiasi setiap rekaa dengan memberi tumpuan pada logo jenama itu.

Apa yang pasti, fesyen Muslimah kini bukan milik pereka fesyen tempatan di negara Islam, tetapi semakin banyak jenama antarabangsa turut menghasilkan rekaan yang lebih sopan sesuai digayakan Muslimah berikutan pasarannya yang luas di seluruh dunia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Aug 2023
Featured Fri, 27 Oct 2023
Featured Tue, 19 Dec 2023

Alami Jangkitan Jantung & Paru-Paru, Isma Aliff Terpaksa Ditidurkan

Moga dipermudahkan semu urusan abang Isma Aliff💗

Featured Mon, 16 Dec 2024

Nyanyian Mas Idayu Di Konsert Final Famili Duo 4 Dikritik Warganet, Ada Yang Komen ‘Berdesing’

Nyanyian Mas Idayu menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Featured Wed, 19 Apr 2023
Featured Sun, 19 Mar 2023
Featured Fri, 10 Jun 2022

Thailand Mula Benarkan Tanam Pokok Ganja Di Rumah, Namun…

Kalau Malaysia ‘halalkan’ tanam ganja macam Thailand, apa pendapat korang? 🤔

Featured Mon, 31 Oct 2022
Featured Fri, 19 Aug 2022
error: Content is protected !!