Featured By: Fadzlena Jafar March 27, 2020 @ 7:03pm

Kerajaan salur RM250 bilion bantu setiap lapisan masyarakat

Kebanyakan rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 sejak Januari lalu, menarik nafas lega apabila pelbagai insentif disalurkan Kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion.

Pakej rangsangan itu yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilihat mampu memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat yang sebahagian besar mula rasa terbeban dengan wabak berkenaan.

Muhyiddin Yassin berkata, pakej yang diumumkan itu adalah tambahan kepada RM20 bilion yang diumumkan dalam pakej rangsangan ekonomi sebelum ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berharap Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dapat mengurangkan beban rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19. (Gambar NSTP)

Katanya, daripada jumlah itu, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion lagi bagi memperkukuh ekonomi negara

“Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua. Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan. Anda pengusaha chalet di Cherating atau penarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpur atau pasar tamu di Kundasang.

“Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini. Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind,” katanya ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), hari ini.

Pakej rangsangan itu menyediakan pelbagai insentif khas untuk kakitangan barisan hadapan yang berkorban nyawa bagi membendung wabak COVID-19 antaranya kakitangan kesihatan dan anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Antara yang menarik perhatian masyarakat pastinya Bantuan Prihatin Nasional yang disediakan bagi meringankan rakyat di seluruh negara.

Muhyiddin berkata, Bantuan Prihatin Nasional turut disalurkan bagi membantu kumpulan M40 yang terkesan akibat penularan wabak berkenaan.

Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tidak dilupakan dalam pakej rangsangan itu apabila Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM270 juta. Peruntukan itu bagi membantu pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPT awam (IPTA) A dan IPT swasta (IPTS).

Golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya atau OKU, golongan gelandangan dan orang asal turut menerima peruntukan dalam pakej rangsangan berkenaan. Kerajaan turut membenarkan pengeluaran prapersaraan daripada akaun B Skim Persaraan Swasta.

Syarikat insurans wujud dana khas bagi bantu individu yang dijangkiti COVID-19 termasuk menawarkan penangguhan pembayaran premium atau sumbangan untuk tiga bulan bagi pencarum. 

Bagi membantu golongan B40 di kawasan bandar, Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan pengecualian pembayaran sewa bagi PPR sehingga enam bulan membabitkan 3,636 unit rumah PPR termasuk semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serba aneka dan lain-lain. Dewan Bandaraya  Kuala Lumpur turut memberi pengecualian sama bagi penyewa Perumahan Awam

Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi tujuan pemberian diskaun 15 peratus ke atas bil elektrik sektor pelancongan dan 2 peratus bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung Malaysia mulai 1 April 2020. Bagi industri telekomunikasi dan multimedia, beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi.

Kerajaan juga tidak lupa menjaga kebajikan pekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta dengan memperkenalkan Program Subsidi Upah untuk membantu majikan mengekalkan pekerja.

Bagi meringankan beban PKS termasuk usahawan mikro, Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan menyediakan dana tambahan berjumlah RM4.5 bilion yang merangkumi lima inisiatif utama.

1. Menambah dana dalam tabung Bantuan Kemudahan Khas atau Special Relief Facility untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion. Selain itu, kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan daripada 3.75 peratus kepada 3.5 peratus.

2. Meningkatkan saiz dana sebanyak RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bagi meningkatkan lagi akses pembiayaan kepada PKS.

3. Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah. Skim ini akan dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dengan menawarkan kadar faedah 2 peratus sahaja tanpa cagaran. Syarat kelayakan pinjaman juga dilonggarkan dengan minimum enam bulan operasi berbanding setahun operasi. Amaun pembiayaan juga ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan. Inisiatif ini adalah terbuka kepada semua usahawan mikro dalam semua sektor perniagaan termasuk pengusaha taska, operator bas dan teksi, industri kreatif dan peniaga atas talian.

4. PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada empat tahun juga boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.

5. Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan daripada 70 peratus kepada 80 peratus bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Feb 2023

Hafidz Roshdi Ceraikan Isteri Talak Satu Di Depan Keluarga

Mungkin ini jalan penyelesaian yang terbaik buat mereka 😢😢

Featured Tue, 2 May 2023
familuv Fri, 19 Jul 2019

Suami kaki pukul, isteri perlu bertindak!

Pertahankan hak sebagai isteri!

Gaya Hidup Tue, 15 May 2018

Nak Cantik Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki, Ladies Kena Amalkan Penggunaan Minyak Pati

Daripada insomnia sehinggalah masalah jerawat, segala kebimbangan anda tentang penjagaan kecantikan boleh diselesaikan dengan bantuan minyak pati.

Gaya Hidup Mon, 27 Mar 2023
Events Fri, 24 Jun 2022

“Takkan Lupa Asal Usul” – Wings Bakal Adakan Konsert Tour Untuk Marhaen?

Wah! Mesti ramai sayap-sayap Wings yang tak sabar nak pergi konsert kan 😍

Eat Travel Thu, 19 Jul 2018