Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar March 28, 2020 @ 11:40am

44 kes positif COVID-19 sembuh dan dibenarkan pulang

Sebanyak 44 kes yang positif COVID-19 disahkan sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada hari ke-10 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah berkenaan adalah rekod harian tertinggi sehingga kini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh sebanyak 259 kes.

“Kementerian Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 44 kes yang  pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan dibenarkan keluar wad adalah sebanyak 259 kes,” katanya dalam perkongsian menerusi akaun Facebooknya, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. (Gambar BERNAMA)

Sehingga 27 Mac 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 130 kes baharu yang dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,161 kes.

Daripada jumlah itu, seramai 54 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 34 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, dalam perkongsian terbarunya, Dr Noor Hisham menyambut baik kesediaan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) menyumbang 65 alat bantuan pernafasan bagi membantu hospital kerajaan yang menjadi pusat penempatan pesakit yang positif COVID-19.

Beliau berkata, sumbangan itu dapat membantu persediaan KKM bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan akibat penularan wabak COVID-19.

“APHM menawarkan tambahan sebanyak 65 alat bantuan pernafasan, tidak termasuk 51 alat berkenaan yang akan disumbangkan sebelum ini bagi membantu KKM memerangi wabak COVID-19.

“Kerjasama memberangsangkan antara sektor awam dengan swasta ini dapat memperkukuh sistem kesihatan di negara ini dalam usaha kita bersiap siaga akan senario yang lebih buruk.

“Lebih baik terlebih dalam persediaan (menghadapi wabak ini) berbanding terkurang kerana jika terkurang persediaan, bermakna sebenarnya kita tidak bersedia,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 14 Feb 2026

“Setidaknya Masih Banyak Jalan Yang Belum Kita Cuba…” – Muat Naik Kata-Kata ‘Galau’, Respons Fazura Pada Que Haidar Curi Perhatian

Pelakon popular, Que Haidar dan Nur Fazura semakin mencuri perhatian apabila kedua-duanya dilihat mesra terutamanya menerusi beberapa video siaran langsung seperti yang tular sejak kebelakangan ini.

Featured Mon, 24 Jun 2024
Featured Wed, 7 Nov 2018

Patutlah Kulit Duchess Of Cambridge Berseri-Seri, Rahsianya Nutella Dijadikan Mask Muka!

Jurusolek peribadi dedah rahsia penjagaan kulit Kate Middleton.

Featured Mon, 10 Jul 2023
Featured Thu, 22 Apr 2021

Janna Nick Dedah Hidap Penyakit Bipolar, Pernah Cuba B*nuh Diri

Pelakon dan pengacara Melodi, Janna Nick mendedahkan beliau mengalami ‘bipolar disorder’ yang merupakan sejenis penyakit gangguan mental melibatkan perubahan “mood” atau perasaan secara melampau sehingga menjejaskan aktiviti seharian. Menurut Janna yang mendedahkan perkara terbabit di […]

Featured Mon, 28 Apr 2025

“Soalan Macam Budak Tak Ada Otak” – Ameera Khan Sekolahkan Netizen Tanya Soalan ‘Dah Sleep Dengan J’

Ameera Khan sekali lagi mencuri tumpuan selepas seorang pengguna media sosial tampil berani bertanyakan soalan sensitif melalui aplikasi Instagram “Ask Me Anything”.

Featured Wed, 25 Sep 2024

Sebutan Kes Permohonan Cerai Fazura & Fattah Amin Tangguh 7 Oktober Depan

Sama-sama kita doakan yang terbaik nuat pasangan ini❤️🥹

error: Content is protected !!