Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie March 28, 2020 @ 12:34pm

Manfaatkan kebaikan telur dengan resipi pantas ini

Telur sumber protein paling murah dan mudah untuk diperoleh kerana kebanyakan pasar raya atau kedai runcit lazimnya ada menjual telur untuk keperluan harian.

Ringkasnya, sebagaimana bilis yang menjadi bahan kering wajib ada di dapur setiap suri rumah di Malaysia, telur juga adalah antara bahan wajib yang sentiasa ada di rumah.

Misalnya, jika lapar anak bujang pun tahu menyediakan menu sendiri menggunakan telur dengan mi segera.

Dalam piramid makanan yang disarankan Kementerian Kesihatan, telur boleh diambil sebanyak tiga kali sehari.

Telur sumber protein. Foto: NSTP.

Memandangkan kini tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sedang berlangsung, ramai berkongsi di media sosial ketiadaan idea untuk memasak.

Hijab & Heels kongsikan tiga idea mudah menggunakan telur sebagai bahan utama dalam menu harian anda.

1. Salad telur

Bahan:
5 biji tomato ceri dibelah 4
1 mangkuk salad campuran (salad, timun, tomato, bayam Brazil)
2 sudu sos kewpie
2 biji telur rebus (dipotong lapan)
1 sudu teh bijan atau habbatus sauda
Sedikit serbuk lada hitam

Cara penyediaan:
– Campur kesemua bahan kecuali telur, gaul rata.
– Kemudian barulah diletakkan telur di atasnya dan tabur bijan atau habbatus sauda.

Telur bungkus (bawah, kanan) enak dan mudah disediakan. Foto: NSTP.

2. Telur bungkus

Bahan:
1 keping dada ayam, dipotong kecil mengikut kesesuaian
Setengah labu bawang Holland, dipotong kiub
1 ulas bawang putih (dimayang)
Sedikit bunga kobis (dipotong sederhana besar)
1 sudu sos cili
Serbuk perisa secukup rasa.

Cara penyediaan:
– Tumis semua bahan
– Untuk telur dadar, pecahkan tiga biji telur dan buat seperti telur dadar. Biarkan ia sedikit nipis.
– Masukkan isi yang sudah ditumis, balut di dalam telur yang masih ada di dalam kuali, lekapkan pinggan dan terbalikkan kuali. Sudah siap telur bungkus yang enak dan mudah disediakan itu.

Hiris halus telur dadar ini dan tabur di atas nasi – gambar hiasan. Foto: NSTP/ZUNNUR AL SHAFIQ

3. Telur rambu

Bahan:
3 biji telur
1 ulas bawang putih
½ inci halia.
1 sudu kecil tepung gandum

Cara penyediaan:
– Tumbuk lumat bawang putih dan halia.
– Masukkan ke dalam telur, letak secubit garam dan tepung gandum.
– Kacau sebati dan biarkan seketika di dalam kuali. Pastikan ia sederhana nipis.
– Apabila sudah sejuk, gulung dan hiris halus, boleh ditabur di atas nasi ataupun bihun sebagai lauk tambahan.

Kesemua resipi ini memerlukan masa kurang daripada 20 minit untuk disediakan. Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 15 Mar 2023
Featured Thu, 2 Feb 2023
Cahaya Mata Sat, 29 Apr 2023
Eat Travel Tue, 21 Apr 2020

Resipi badak berendam unik Catrionna Brian Ross

Pupuk minat anak hargai kuih tradisional

Featured Fri, 14 Apr 2023

“Yang Mendengar Tak Ada Otak Ke?” – Reen Rahim Perjelas Tohmahan Pemalas Bangun Sahur

Siapa je yang tak marah kalau kena tuduh bukan-bukan kan😡😡😡

Featured Mon, 30 Sep 2019

Mahu rambut sihat berkilat seperti rambut artis K-Pop? Ikuti 6 panduan ini

Walaupun digayakan banyak kali, rambut mereka tetap tampak lembut.

Featured Thu, 27 Oct 2022

Kos Cecah RM167,000, Lana Nodin Jawab Sebab Bedah Hidung Di Korea – “Saya Guna Tulang Rusuk..”

Ibu bapa dan suami beri keizinan. Lana Nodin syukur selepas ini tiada lagi pembedahan hidung

Featured Sat, 8 Jan 2022
Featured Fri, 13 Jun 2025

PU Riz Tegur Tindakan Individu Beri Komen Tak Sepatutnya Terhadap Kematian Pelajar UPSI, Minta Jangan Mudah Jatuh Hukum

PU Riz tampil memberikan teguran terhadap tindakan seorang pengguna media sosial yang didakwa memberikan komen yang tidak sepatutnya berhubung kematian pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.

error: Content is protected !!