Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar March 28, 2020 @ 10:22pm

Kes penularan wabak COVID-19 di AS atasi China dan Itali

Penularan wabak COVID-19 kini mencatat 596,761 kes positif COVID-19 membabitkan 25,310 kematian di seluruh dunia dengan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan peningkatan ketara iaitu 104,007 kes berbanding 83,836 kes, awal pagi semalam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan akan keadaan di AS yang mencatat pertambahan 20,181 kes positif COVID-19 hari ini, lebih-lebih lagi kes jangkitan di negara itu meningkat sebanyak 200 peratus dalam masa tiga hari iaitu dari 27,630 kes pada 23 Mac kepada 83,672 kes, kelmarin (26 Mac 2020).

Reuters melaporkan keadaan di AS semakin meruncing apabila beberapa hospital di New York, New Orleans dan Detroit dikatakan kekurangan keperluan peralatan serta perubatan bagi merawat kes jangkitan COVID-19.

Petugas kesihatan di Pusat Hospital Brooklyn membuat saringan COVID-19 di luar bangunan hospital berikutan peningkatan kes jangkitan di New York. (Gambar Spencer Platt/Getty Images/AFP)

Selain memerlukan pakaian perlindungan diri, kebanyakan hospital di negara itu memerlukan lebih banyak alat bantuan pernafasan dan mesin oksigen bagi membantu pesakit kronik yang positif COVID-19.

AS turut menggerakkan Tentera Kawalan Kebangsaan dan kapal hospital Military Sealift Command, USNS Mercy bagi membantu membendung penularan COVID-19 di negara itu. Kapal berkenaan yang kini berlabuh di San Diego, California akan dijadikan hospital rujukan untuk pesakit biasa supaya hospital utama dapat memberi tumpuan pada rawatan kes COVID-19.

Semalam, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan Kerajaan meluluskan pakej rangsangan ekonomi berjumlah AS$2.2 trilion (RM9.52 trilion) bagi memulihkan ekonomi dan rakyatnya termasuk menyalurkan bantuan tunai kepada perniagaan dan pekerja yang terjejas kerana perintah berkurung.

AS menggerakkan Tentera Kawalan Kebangsaan bagi menguatkuasakan perintah berkurung di New York. (Photo by Bryan R. Smith / AFP)

Sementara itu, negara di Eropah terus menunjukkan peningkatan membimbangkan dengan Itali yang merekodkan peningkatan daripada 80,859 kes jangkitan semalam kepada 86,498 kes hari ini membabitkan jumlah kematian tertinggi iaitu 9,134 kes.

Sepanyol turut mencatat angka kematian yang tinggi iaitu 4,858 kematian daripada 65,719 kes positif COVID-19 hari ini, berbanding 4,365 kematian dan 57,786 kes jangkitan, semalam.

Jerman merekodkan 50,871 kes jangkitan dengan 262 kematian, manakala Perancis 33,402 kes dan 1,995 kematian, diikuti United Kingdom 14,745 kes dan 759 kematian serta Switzerland 12,928 kes membabitkan 161 kematian.

Bagaimanapun, data bagi China tidak menunjukkan perubahan ketara iaitu sebanyak 81,897 kes jangkitan dan 3,296 kematian hari ini, membabitkan peningkatan hanya 15 kes daripada 81,782 kes jangkitan semalam dengan 3,291 kematian.

Di Malaysia, satu lagi kematian dicatatkan pada hari ke-11 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 sebanyak 27 kes.

Kes kematian ke ke-27 (kes ke-2,162) itu membabitkan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi dan disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 26 Aug 2022
Featured Wed, 24 Jun 2026

“Saya Nak Anak Kembar” – Noor Nabila Terbuka Jalani Rawatan IVF 

Noor Nabila Mohd Noor mengakui menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata lagi.

Featured Sun, 31 Oct 2021

Joe Flizzow Jadi Guru Bahasa Inggeris… Tukar Profesion Ke?

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow mendapat inspirasi melancarkan program pengajian Bahasa Inggeris selepas mendapat respons seorang guru di Kelantan. Guru itu berterima kasih atas usaha kumpulan rap yang dianggotai oleh Joe, Too Phat yang merakamkan […]

Featured Sun, 6 Jun 2021

Mira Filzah Kongsi Cara Tidak Dedah Lengan & Aurat Ketika Ambil Suntikan Vaksin

Pelakon dan pengacara Nona, Mira Filzah baru baru ini berkongsi pengalaman sewaktu menerima suntikan vaksin. Berkongsi perkara tersebut di laman Instagramnya, Mira mendedahkan bahawa terdapat cara bagi perempuan muslimah untuk menjaga aurat ketika menerima vaksin. […]

Featured Thu, 20 Apr 2023
Featured Fri, 17 Mar 2023
error: Content is protected !!