Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops March 31, 2020 @ 4:37pm

Rabecca Nur Al Islam kongsi panduan kekalkan persahabatan

Persahabatan antara dua selebriti tanah air, Datin Rabecca Nur Al Islam dan Datin Seri Zizie Ezette sudah mula terjalin sejak lebih sedekad lalu.

Kedua-duanya memiliki persamaan yang sama iaitu minat dan tanggungjawab sebagai seorang isteri serta ibu.

Bahkan, kedua-dua sahabat itu dilihat sanggup memperlahan rentak dunia lakonan demi tumpuan kepada rumah tangga yang dibina serta keluarga tercinta. Sebagai sahabat, mereka juga saling menyokong antara satu sama lain dalam pelbagai aspek.

persahabatan rabecca nur al islam

Kredit gambar: Kaki Foto

Zizie yang juga merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata Rabecca seorang yang suka berkawan, mudah mesra dan berhati baik, malah mempunyai usaha yang luar biasa dalam mengekalkan persahabatan mereka.

“Saya mengenali Rabecca sebelum berkahwin iaitu sejak 2008 lagi. Bagi yang mengenali saya tentu tahu yang saya jenis susah untuk rapat dengan orang walaupun mudah mesra. Saya tidak sewenang-wenangnya membiarkan orang masuk dalam kehidupan saya.

“Cuma kalau sentuh bab Rabecca, dia punya usaha yang cukup luar biasa untuk berkawan. Dia selalu meluangkan waktu untuk saya, kalau saya sakit, dia akan bawakan makanan. Pendek kata, dia sangat mengambil berat dan penyayang. Saya nampak ketulusan hatinya untuk berkawan.

persahabatan rabecca nur al islam dan zizie

Kredit gambar: Jim/NSTP

“Pada mata saya, meskipun dia seorang yang lantang, tapi sebenarnya berhati baik. Saya selesa berkawan dengannya,” kata Zizie ketika ditemui pada majlis pelantikan duta produk makanan tambahan IQ Super di ibu kota, pertengahan Mac lalu.

Produk IQ Super ialah produk keluaran syarikat Rabecca, Anggun & Anggerik (M) Sdn Bhd yang melantik anak-anak Zizie sebagai duta produk berkenaan. Pada majlis itu, Rabecca turut berkongsi panduan untuk mengekalkan persahabatan yang dibina.

rabecca nur al islam

Kredit gambar: Kaki Foto

Rabecca berkata, sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa memberi nasihat dan teguran, justeru seseorang itu tidak perlu berkecil hati kerana tidak semua orang sempurna.

“Erti persahabatan begitu mendalam buat saya. Bagi saya, persahabatan adalah kasih sayang. Setiap orang yang hidup di dunia memerlukan kasih sayang; kasih sayang terhadap keluarga, ibu bapa, anak-anak, jiran dan sesiapa sahaja.

persahabatan Rabecca Nur Al Islam

Kredit gambar: Jim/ NSTP

“Selain daripada keluarga, kita juga perlu sentiasa berbahagi kasih sayang dengan rakan. Kita perlu sentiasa bertanya khabar mereka, sentiasa memberi dan menerima serta memahami. Paling penting, jadilah sahabat yang sentiasa mendengar dan menitiskan air mata bersama-sama,” katanya.

Jom lihat video di bawah untuk mengetahui panduan mengekalkan persahabatan yang dikongsi oleh Rabecca.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018

Ketahui Kegunaan Garfu Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Fikir Selama Ini

Peralatan dapur yang memiliki cabang dipanggil gigi ini juga mempunyai banyak fungsi lain.

Gaya Hidup Thu, 19 Apr 2018

Nikmati Keriangan Di Inflatable Island, Taman Air Terbesar Di Asia

Memandangkan Pulau Boracay dah tutup, anda masih boleh menikmati keriangan pantai di negara Filipina.

Featured Thu, 23 May 2019
Gaya Hidup Thu, 11 Apr 2019
Featured Thu, 21 May 2020

Bukan sahaja diarah berpatah balik, malah dikenakan kompaun serta-merta!

Kerajaan bimbang penularan wabak COVID-19 kembali rancak

Featured Thu, 18 Jan 2018

Kurus Tak Semestinya Sihat

Kurus itu cantik! Itu fakta yang tersemat di pemikiran ramai wanita. Namun, tahukah anda kurus itu tidak semestinya melambangkan seseorang itu 100% sihat. Ini disebabkan mereka yang kurus selalu merasakan mereka sihat lalu mengambil ringan […]

Gaya Hidup Tue, 16 Oct 2018

Adakah Anda Memiliki 10 Ciri Ini? Jika Ada, Sah Anda Drama Queen!

Misi dalam hidup si drama queen tidak lain tidak bukan mahu diberi perhatian juga menjadi perhatian!

error: Content is protected !!