Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie April 3, 2020 @ 2:00pm

Kulot sesuai semua saiz badan, selesa pula!

Kulot atau celana berkaki lebar mungkin tidak sesuai untuk wanita bertudung kerana berbanding palazo, kulot tidak labuh ke buku lali. Bagaimanapun, kebelakangan ini, kulot kian popular, bukan sahaja dalam kalangan wanita, tetapi juga lelaki metroseksual.

Melihat kepada paparan perjalan fesyen di negara ini, kulot tidak begitu meriah pemakaiannya berbanding jeans atau celana kasual kerana ia biasanya dikaitkan dengan wanita bersaiz gempal.

Sejarah fesyen Inggeris merekodkan kulot pada permulaannya dipakai oleh kelompok aristokrat Eropah dan pasukan militari dengan labuhnya mencecah atas buku lali.

Kulot boleh digayakan dengan pelbagai cara mengikut keyakinan pemakainya. Foto: theshonet.com.

Sebelum diterima pakai dalam dunia fesyen, kulot hanya dipakai oleh ahli sukan wanita dan tidak pernah disedari akan fungsi dan kewujudannya dalam kalangan penggemar fesyen.

Kulot juga pernah menjadi perbualan yang menimbulkan kontroversi sebelum ia diterima pakai di persada fesyen.

Jurugambar yang juga pereka fesyen Perancis, Heidi Slimane menggunakan kulot sebagai pembukaan pada pertunjukan fesyen musim luruh Celine 2019 yang mengenengahkan elemen seluar kaki kembang.

Pereka dan pempengaruh fesyen Britain, mendiang Elsa Schiaparell, antara individu yang mempromosi kulot pada awal kewujudan seluar berbaki lebar itu. Foto kredit: nytimes.com.

Pada 1930, pereka dan penggiat fesyen berpengaruh di Britain, Elsa Schiaparelli, mengenakan kulot ketika berada di London dan ada suara melabelkan kulot sebagai simbol lesbianisme, namun majalah Vogue memberi label baharu dengan mentafsirkan kulot sinonim dengan fesyen tempatan.

Sejak itu, kulot mula diterima ramai kerana ia bukan sahaja selesa, malah memudahkan sebarang pergerakan pemakainya.

Kulot juga sesuai digayakan dengan sneaker. Foto: theshonet.com.

Di negara ini, kulot dilihat banyak dihasilkan dengan menggunakan fabrik kapas atau linen, mungkin juga kerana cuaca panas dan lembap sepanjang tahun, maka ia sesuai dengan dua jenis fabrik itu.

Kulot juga turut dihasilkan dengan menggunakan fabrik batik. Sumber: beautynesia.id.

Lazim juga dilihat kulot dipakai dalam penampilan santai seperti dijahit daripada sarong batik dan dipadankan dengan kemeja polos.

Dalam berfesyen, mungkin kita perlu menyarungkan apa yang selesa dengan kita dan bukannya mengenakan persalinan mengikut apa yang dipakai orang lain.

Hijab & Heels kongsikan beberapa jenis penggayaan kulot yang dipakai oleh pempengaruh dan selebriti tanah air, lihat bagaimana mereka menyuaipadankan seluar berkaki lebar ini dengan selendang, selesa sangat penggayaannya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Feb 2020
Featured Wed, 2 Oct 2019

Senaman untuk wanita pertengahan usia

Jangan biarkan usia menjadi penghalang untuk tubuh badan yang sihat

Featured Wed, 29 Apr 2020
Featured Tue, 23 Aug 2022
Featured Mon, 21 Apr 2025

Simbol Kebebasan & Sindiran Tajam, Diana Danielle Bangkit Dengan Single ‘Raja Dusta’… Cerita Soal Hubungan Toksik

Lagu ini mewakili ‘suara’ kepada wanita dan lelaki terpalit dengan hubungan toksik.

Featured Tue, 3 Jul 2018

10 Pemain World Cup 2018 Yang Paling Pandai Bergaya

Dah bergaji tinggi, mestilah pandai pilih jenama fesyen terkenal!

Featured Fri, 9 Sep 2022
Featured Thu, 28 Apr 2022
Featured Fri, 24 Apr 2026

“Duit Hanyalah Alat, Tiada Nilai Langsung Di Sisi Dia” – Alif Satar Kongsi Pesanan Penuh Makna

Alif Satar berkongsi pesanan penuh makna apabila mengingatkan bahawa mengenai nilai sebenar harta dan kehidupan, yang mencetuskan pelbagai respons dalam kalangan warganet.

error: Content is protected !!