Featured By: Shaidah Shafie April 6, 2020 @ 4:05pm

Ketahui 4 rahsia sihat ini, mudah sahaja

Sihat sering dikaitkan dengan fizikal yang perkasa, gagah mahupun bertenaga baik bagi wanita mahupun lelaki.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan yang memerlukan kita berada di rumah, tidak mustahil minda juga akan berasa terkurung.

Oleh itu, bagi memastikan minda sihat yang seterusnya akan mendorong pada fizikal sihat juga, lakukan sesuatu agar kita kekal cergas untuk terus bekerja dan melakukan aktiviti seharian meskipun di rumah.

Mental yang sihat akan menjadikan fizikal juga sihat – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Hijab & Heels ingin berkongsi rahsia sihat minda yang membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan sangat mudah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Ketahui empat rahsia itu:

Bangun awal pagi menjadikan minda sihat dan dapat menjalani hari dengan lebih baik – gambar hiasan. Foto: NSTP.

1. Bangun awal pagi

Pakar biologi Universiti Harvard, Cristoph Randel, membuat kajian, individu yang bangun awal pagi adalah individu yang proaktif. Sikap proaktif baik untuk merancang perjalanan harian. Kebaikan bangun pagi juga membolehkan anda menghirup udara segar dan menjadikan diri lebih tenang kerana oksigen cukup di dalam otak serta badan.

2. Maafkan semua orang sebelum tidur

Apabila anda memaafkan semua orang sebelum tidur, kebaikan akan datang ke dalam diri kerana minda yang positif adalah minda sihat. Rasulullah SAW juga sentiasa memaafkan orang. Firman Allah berbunyi: “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan makruf serta pedulikan orang bodoh.” (Al- A’raf: 199)

Hindri sikap marah kerana sikap berkenaan tidah bagus untuk kesihatan mental – Gambar hiasan. Foto: NSTP /Ihsan emel.

3. Hindari sikap marah

Tangani rasa marah sebaik mungkin kerana orang yang mampu mengawal kemarahan ialah orang yang memiliki sikap terpuji dan sangat dituntut dalam Islam. Marah juga menghilangkan aura baik dalam jiwa, oleh itu letak sikap marah paling akhir dalam senarai peribadi anda atau buang terus perkataan marah dalam hidup. Jika mampu melakukannya, anda individu hebat!

Wanita juga boleh melakukan tugas mencabar dan jangan berkata tidak selagi belum cuba melakukan tanggungjawab yang diberikan – gambar hiasan. Foto: NSTP/IHSAN EMAIL

4. Jangan berkata tidak boleh sebelum anda cuba

Kata-kata yang positif membawa aura yang positif kepada kesihatan diri. Apabila berhadapan perkara sukar ketika melakukan tugas harian, cuba tarik nafas dan tenangkan fikiran, pasti ada jalan penyelesaian kerana masalah perlu dihadapi dan bukan dihindari.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 24 Dec 2018

12 Jenis Ubat Yang Wajib Anda Simpan Di Rumah

Ubat-ubat ini boleh beli di farmasi berdekatan.

Featured Mon, 1 Aug 2022
Featured Tue, 23 Feb 2021

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Sajat

Bila agaknya kes ni nak selesai?

Featured Thu, 25 Aug 2022

[VIDEO] “Nak Ummi & Daddy” – Disoal Mahu Apa Di Syurga, Jawapan Anak Buat Shakilla Khoriri Terdiam

Alahai, bijaknya awak ni Ameena ☺️ Sebak pula, semoga dilindungi dan dipermudah segalanya ☺️🥰

Featured Mon, 15 May 2023
Events Fri, 9 Sep 2022

Terpaling Juara: Masih Tak Boleh Move On! Netizen ‘Compare’ Suara Ifa Raziah- “Part ‘Aku’ Tu Macam Bunyi Serigala…”

Walaupun sudah lima hari konsert ketiga Terpaling Juara berlalu, namun kontroversi yang melanda penyanyi dangdut Ifa Raziah masih lagi hangat diperkatakan netizen. Mungkin masih tidak boleh ‘move on’ dengan nyanyian dan ‘attitude’ yang ditunjukkan pada […]

Featured Wed, 25 Mar 2020

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April

Kerjasama rakyat mampu bendung penularan COVID-19

Featured Thu, 9 Nov 2023