Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 20, 2025 @ 5:08pm

Dakwaan Enot Kahwin P*ngkid, Individu Dikenali Sebagai Zack Tampil Respons – “Tolong Bawa Tok Kadi Datang Jumpa Saya”

“Kalau kata saya berkahwin dengan Enot, tolong bawa Tok Kadi datang jumpa saya. Saya perempuan tau, saya wanita. Jadi tidak ada haramnya.

Demikian respons  seorang wanita ‘pengkid’  yang didakwa menjalin hubungan mesra dan dikhabarkan telah berkahwin dengan pelakon, Enot sebelum ini.

Menurut wanita itu yang dikenali sebagai Zack, tuduhan yang dilemparkan masyarakat sebelum ini terhadap dirinya dan Enot adalah fitnah semata-mata.

Katanya, dia dan Enot adalah rakan baik sejak berumur 17 tahun lagi. Malah, kedua-dua keluarga juga sudah saling mengenali antara satu sama lain.

“Sebenarnya apa yang orang berikan tohmahan itu adalah fitnah semata-mata.

“Sebab bagi saya,  kami sudah berkawan sejak dari umur 17 tahun. Dan kami juga berasal daripada Negeri Sembilan.

“Jadi kalau tohmahan yang kata, bawa Enot lari, berkahwin dengan Enot,  itu dusta semata-mata.

“Orang macam kita ni selalu di tohmah orang kan… tapi, kalau kata saya berkahwin dengan Enot, tolong bawa Tok Kadi tu datang berjumpa saya. Tok Kadi  mana yang nikahkan saya. Jadi jangan judge orang macam tu,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai perasaannya pad aketika konntroversi tersebut ular, Zack berkata, dia amat sedih dengan tuduhan itu apatah lagi ia melibatkan soal air muka orang tua.

“Cakap memang boleh cakap, tapi jangan terlampau. Sebab kita ada kita punya harga diri sendiri.Jadi tak boleh cakap macam  tu.

“Saya dan Enot kawan dari sejak 17 tahun dan keluarga kami juga saling  mengenali. Anak-anak dia pun panggil saya mummy bukanlah daddy. Jangan salah ertikan, dosa.

“Saya agak kecewa bila keluarnya dakwaan sedemikian mengatakan saya membawa lari Enot dari dalam industri. Terutama sekali, kita nak jaga air muka orang tua, bila di viralkan macam ni. Tapi Alhamdulillah, keluarga berikan sokongan moral yang sangat terbaik.

“Dan, disitulah kekuatan saya dan Enot mengabaikan perbuatan itu dan tak mahu ianya berpanjangan.

“Tapi kalau ikut saya, saya memang nak berdepan sendiri dengan roang yang melemparkan tuduhan seperti itu.  Tapi, memandangkan sokongan keluarga yang berpanjangan, jadi biarkan sahaja. Jumpa saya ‘di sana’ nanti,” jelasnya.

Sebelum ini, pada 8 Ogos 2023, pelakon dan pelawak Didie Alis meluahkan rasa kecewa apabila timbul dakwaan Enot kini sedang menjalinkan hubungan ‘songsang’ dengan seorang wanita apatah lagi secara terang-terangan mempamerkan kemesraan bersama ‘kekasih’nya itu di media sosial.

“Saya cuma kata kepada individu itu supaya jagalah Enot dengan baik.

“Saya tak mahu dengar cerita dia minta bantuan kewangan kerana sebelum ini dia sudah mulakan kehidupan baru.

“Kalau dia pilih lelaki saya tak kisah, saya boleh taja majlis perkahwinan kalau dia mahu kahwin, tapi dia ada pilihan sendiri,”ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:”Kalau Dia Pilih Lelaki Saya Tak Kisah, Saya Boleh Taja Majlis Sanding Dia!” – Didie Alias Kecewa, Enggan Jumpa Enot Dalam Masa Terdekat

ARTIKEL BERKAITAN:”Semoga Makian Anda Berbalik Pada Diri Sendiri, Kifarah Tu Wujud!” – 20 Tahun ‘Pendam’ Rasa, Enot Elak Buka Aib Rakan

ARTIKEL BERKAITAN:Dah Banyak Kali Nasihat, Didie Alias ‘Frust’ Rakan Baik Masih Pilih Jalan ‘Songsang’ – “Bahagia Dunia Saja, Esok Lusa Tak Tahu…”

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Tahniah! Anzalna Nasir Selamat Lahir Bayi Lelaki

Alhamdulillah…tahniah Anzalna & Hanif!

Featured Wed, 2 May 2018

Kakinya Ada Insuran Okay? Itu Antara 5 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Rihanna

Ada beberapa perkara yang anda tidak tahu tentang Rihanna juga penerima Anugerah Grammy ini dan 5 fakta itu sangat menarik!

Hiburan Mon, 1 Sep 2025

XTRA XSTAR 2025: Nyanyi, Upload, & Menang! Pencarian Bakat Baharu Kini Dibuka, Hantar Video Penyertaan Anda Sebelum 15 September!

Kempen XTRA XSTAR 2025 kini dibuka! Hantar video penyertaan anda sebelum 15 September!

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Kiriman Bunga Tak Bermakna Bercinta

Hal ini turut diakui sendiri oleh Ruhainies namun pelakon Hello, Mr Perfect! ini menegaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan. Dengar tu, Ruhainies masih single ya!

Trending Fri, 5 Jul 2019

Pemilihan pelakon utama The Little Mermaid cetus kontroversi

Ramai tidak puas hati dengan keputusan Disney

Trending Thu, 30 Aug 2018
Hiburan Sat, 2 Mar 2019

Bertuah Dapat Standing Ovation Di Asia Got Talent, 4 Gadis Malaysia Ini Memang Power

Sekurang-kurangnya mereka berani mencuba nasib dan bakat mereka di pentas Asia’s Got Talent

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Rumahtangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila goyah?

Moga khabar angin ini tidak betul dan rumahtangga pasangan selebriti ini baik baik sahaja ya

error: Content is protected !!