Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie April 11, 2020 @ 12:00pm

Cara buat daging salai tradisional, ini resipinya

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, pepatah itulah yang menjadi pegangan Shamsiah Ab Rahman, dari Kampung Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.

Beliau terkenal di kawasan sekitarnya sebagai pengusaha daging salai yang mengikut cara tradisional, iaitu menggunakan sabut sepenuhnya bagi memastikan keaslian rasa daging yang disalai terpelihara.

Baginya, meskipun tidak mudah untuk menghasilkan daging salai dan ada yang menyifatkan usahanya itu tidak berbaloi, beliau tetap dengan pegangan untuk menyalai daging mengikut cara turun temurun dilakukan ibunya.

“Ramai menyarankan saya menyalai daging dengan cara yang lebih mudah seperti menggunakan kayu manggis, rambutan atau getah, namun hasilnya tidak sama dengan menggunakan sabut.

“Saya memilih menggunakan sabut kerana daging yang disalai dengan sabut mempunyai aroma yang menyelerakan dan rasanya juga tidak pahit,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Selain menolong ibunya di warung dan menyalai daging dipesan pelanggan, Shamsiah turut melakukan kerja amal sekiranya berkesempatan. Foto: Ihsan Shamsiah Ab Rahman.

Shamsiah yang pernah menetap di Kuwait selama lapan tahun kerana mengikut suami bertugas di sana, pulang ke tanah air sekitar 2015 dan membantu ibunya menguruskan perniagaan di warung sebagai juruwang.

Beliau kemudian mengambil keputusan meneruskan perusahaan menyalai daging yang pernah dilakukan ibunya sebelum ini, namun sudah lama tidak dilakukan akibat kekangan masa di warung.

“Saya dan suami, Mohd Faeiz Mohd Nor meneruskan legasi ibu saya, menyalai daging menggunakan sabut kelapa kerana sambutan terhadap daging salai agak menggalakkan.

“Di samping itu, saya sendiri gemar memasak dan mencuba pelbagai resipi untuk kami sekeluarga menjamu selera di rumah,” kata ibu kepada tiga anak lelaki itu.

Sabut tua dan kering digunakan untuk menyalai daging. Foto: Ihsan Shamsiah Ab Rahman.

Katanya, beliau menggunakan sabut tua yang sudah kering selain memastikan waktu menyalai dimulakan pada sebelah pagi untuk mendapatkan hasil daging salai yang benar-benar bermutu.

Tempoh menyalai juga bergantung pada sabut kerana jika sabut yang digunakan kering elok, maka salaian menjadi mudah dan cepat selesai. Selain daging, Shamsiah turut menyalai burung puyuh, ikan keli dan ikan tenggiri bergantung pada permintaan pelanggan.

Daging salai masak lemak cili api. Foto: Ihsan Shamsiah Ab Rahman.

Shamsiah berkongsi resipi daging salai masak lemak dengan pembaca Hijab & Heels:

Daging salai masak lemak cili api

Bahan:
Segenggam cili api
1 gelas air
1 inci kunyit hidup / (2 sudu teh kunyit serbuk)
250 santan
2 batang serai (dititik)

Cara penyediaan:
1. Panaskan periuk, masukkan cili dan kunyit yang sudah dikisar dengan segelas air. Masukkan serai yang dititik. Masak dengan api sederhana.

2. Apabila adunan sudah mendidih, masukkan santan dan daging salai. Masak sehingga daging lembut. Tidak perlu dimask lama kerana daging salai sudah separuh masak. Perasakan dengan garam dan kemudian padamkan api.

# Untuk memberi nilai tambah, boleh masukkan kentang, mangga muda atau belimbing buluh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Nov 2024

Fattah Amin Kongsi Video Bersama Fatima, Warganet Titip Doa Terbaik – “Daddy Tak Kisah Dukung Awak…”

Fattah Amin sekali dilihat seakan meluahkan perasaannya terhadap anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.

Eat Travel Tue, 26 Mar 2019
Featured Tue, 1 Aug 2023

“Mak Nak Sangat Baju Putih… ” – Luah Rasa Sebak Di IG, Ubai MZ Reda Permergian Ibu Tercinta

Al-fatihah😥 Moga segala urusan ubai dan sha dipermudahkan🌹

Featured Wed, 16 Nov 2022

“Sayang, Itu Anak You Ke Anak Bergson?” – Gelagat Putera Sulung Eyra Hazali & Pemain JDT Curi Tumpuan

Anak pertama kepada pelakon Eyra Hazali, Hayder Qhalish sering mencuri tumpuan netizen kerana kecomelannya. Kali ini, Hayder mencairkan hati ramai dengan gelagat mesranya bersama pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Gustavo Silveira da Silva. Menerusi […]

Featured Tue, 7 Apr 2026

“Manipulasi Emosi, Sampai Mamp*slah Hidup Jadi Orang Bersalah” – Kaka Azraff

Penyanyi, Kaka Azraff meluahkan rasa kesal terhadap seorang individu yang gemar memanipulasi emosi apabila berdepan masalah.

Featured Thu, 22 Sep 2022

Anna Jobling Jadi Patung Barbie, Netizen Puji Cantik!

Wahhh memang betul lah sebijik macam Barbie doll kan? 😍

Featured Thu, 6 May 2021

BPR Fasa 2: Kadar Pembayaran Kepada Penerima Ditambahbaik Sehingga RM600

Umum maklum, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat fasa kedua telah dilakukan pada 7 Mei lalu. Justeru, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa terdapat penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima. Jika dahulu penerima daripada kategori isi rumah menerima RM300 dan […]

Featured Thu, 5 Mar 2020

Peragawati ini kekal langsing walaupun sudah beranak tiga

Kurus cara Fadzlun Abas, mudah sahaja

error: Content is protected !!