Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 10, 2020 @ 8:15pm

Elak bersalaman, amalan baharu akibat COVID-19 penuhi tuntutan Islam

Penularan wabak COVID-19 memberi kesan kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk, antaranya menitikberatkan amalan kebersihan seperti kerap membasuh tangan, memakai topeng muka dan penjarakan sosial yang sepatutnya sudah lama dilakukan.

Satu lagi amalan yang perlu dilakukan bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 adalah mengelak daripada bersalaman, sebaliknya masyarakat disarankan supaya menundukkan kepala sebagai tanda hormat apabila bertemu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata penularan wabak COVID-19 menyebabkan kehidupan pada masa depan berubah terutama dari segi gaya hidup.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perlanjutan tempoh PKP sehingga 28 April 2020. (Gambar BERNAMA)

“Kehidupan kita untuk bulan-bulan atau tahun yang mendatang ini tidak akan kembali seperti biasa. Kita akan menjalani kehidupan dengan the new normal atau kebiasaan baharu. Apa yang biasa kita buat dahulu, tidak boleh kita buat lagi.

“Contoh mudahnya, berjabat tangan. Kalau dulu berjabat tangan bila berjumpa adalah satu perkara yang biasa dibuat. Kalau tidak dibuat ia dianggap janggal, atau tidak beradab. Tetapi sekarang ini lain.

“Kita tidak boleh berjabat tangan apabila berjumpa untuk mengelakkan jangkitan virus. Mungkin kita tunduk sahaja sebagai tanda hormat. Ini adalah the new normal atau kebiasaan baharu,” katanya pada perutusan khas berhubung COVID-19, hari ini.

Dalam perutusan khas itu, Muhyiddin turut mengumumkan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan bermula 15 April sehingga 28 April 2020.

Sejak penularan wabak COVId-19 di Malaysia, Februari lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa mempromosikan amalan gaya hidup sihat dengan mengamalkan penjagaan kebersihan diri termasuk kerap membasuh tangan.

Pemakaian topeng mulut dan hidung yang dipakai orang ramai mampu mengelakkan jangkitan COVID-19. (Gambar hiasan/NSTP/MUSTAFFA KAMAL.

Muhyiddin berkata, amalan kebersihan itu khususnya membasuh tangan menggunakan sabun dan memakai topeng muka dilihat mampu melindungi seseorang daripada jangkitan penyakit khususnya COVID-19 ketika ini.

“Begitu juga dengan perkara yang kita tidak biasa buat sebelum ini seperti membasuh tangan. Sekarang dan untuk masa yang akan datang kita mesti membiasakan (amalan) membasuh tangan dengan lebih kerap. Gunakan sabun, hand sanitizer (cecair pembasmi kuman) dan sebagainya. Juga memakai face mask (topeng muka).

“Banyak lagi contoh lain yang tidak perlu saya sebut kerana saya fikir saudara saudari faham maksud kebiasaan baharu yang mesti kita amalkan dalam menjalani kehidupan seharian untuk tempoh yang mendatang,” katanya.

Saranan Perdana Menteri itu disambut baik kebanyakan warga maya yang melihat amalan disebutkan itu adalah gaya hidup yang dituntut Islam.

Islam sentiasa menggalakkan umatnya supaya mengamalkan gaya hidup sihat khususnya kebersihan diri, malah melarang umatnya bersalaman antara bukan muhrim.

Selain itu, amalan berkenaan juga menjadi budaya bagi masyarakat Jepun yang sejak dulu dilihat amat menjaga kebersihan terutama sering mengenakan topeng muka di tempat awam selain mengamalkan budaya tunduk sebagai tanda hormat apabila bertemu dengan seseorang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Sep 2022

Heboh Cuti Bersalin Dr Amalina Setahun, Dapat 5 Bulan Gaji Penuh… Netizen Senaraikan Syarikat Tempatan Tawar Manfaat Sama

Fuhhhh, seronoknya 🥺🥺 Tapi kat Malaysia pun ada juga gais! Ramai kongsi syarikat yang tawarkan manfaat sama! 🥰🥰

Featured Wed, 16 Jun 2021

Jaringan Internet Lemah, Pelajar Terpaksa Buat Sesi PdPR Atas Tanah

Setelah kisah gadis berusia 21 tahun,  Veveonah Mosibin yang terpaksa menduduki peperiksaan atas talian di atas pokok demi mendapatkan jaringan internet di kawasan pedalaman rumahnya mendapat perhatian ramai. Terbaharu, muncul pula kisah sekumpulan pelajar dari […]

Featured Mon, 13 Mar 2023

Tahniah! Michelle Yeoh Aktres Asia Pertama Menang Anugerah Oscar

Tahniah! Tan Sri Michelle Yeoh menang Oscar

Featured Fri, 5 May 2023
Featured Fri, 23 Dec 2022

Buat Trend ‘Semakin Ku Kejar Semakin Kau Jauh’, Ramai Yang Sebak Lihat Shuib – “Kenapa Rasa Sedih Hm…”

Tular sebuah perkongsian pelawak, penyampai radio dan usahawan sensasi, Shuib Sepahtu sedang melakukan trend TikTok pasangan menggunakan lagu ‘Semakin Ku Kejar Semakin Kau Jauh’ nyanyian Five Minutes. Menerusi hantaran tersebut, Shuib yang memakai baju putih […]

Featured Thu, 27 Feb 2020
error: Content is protected !!