Featured By: Yanie Baharom April 13, 2020 @ 5:00pm

Cara rawat demam anak tanpa perlu ke klinik. Nombor 3 terbukti berkesan!

Dalam keadaan sekarang, lebih-lebih lagi sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, hendak keluar membeli barang berdekatan rumah pun jadi risau semacam.

Langkah terbaik adalah terus kekal di rumah, jaga kebersihan dan amalkan penjarakan sosial yang selamat.

Tapi bagaimana sekiranya anda berdepan dengan masalah anak demam? Ditambah keadaan klinik dan pusat perubatan jauh dari kawasan penempatan anda.

Dinasihatkan sepanjang musim COVID-19 ini sebaiknya bawa anak menjalani pemeriksaan ke hospital mahupun klinik, tetapi sekiranya anda meyakini ia cuma demam biasa, boleh mencuba kaedah perubatan tradisional ini.

Sebahagian daripada petua berkesan ini, menjadi amalan nenek moyang kita sejak zaman berzaman.

Petua turunkan suhu badan anak:

1. Lap badan

Kerap mengelap badan anak anda. Gunakan air suam, bukannya air sejuk. Lap keseluruhan badan. Basahkan kepalanya termasuk kawasan penting seperti celah ketiak, bawah leher, celah peha dan tapak kaki.

2. Pakai baju yang ringan dan nipis

Foto: Uniqlo

Jangan biarkan anak yang demam tidak memakai baju. Biasa kita lihat kesalahan ini dilakukan ibu bapa ketika anak mereka demam, dibiarkan berlampin sahaja.

Untuk pengetahuan anda, pakaian yang ringan dan nipis terutama diperbuat daripada kain kapas adalah yang terbaik.

3. Air jelum daripada bacaan doa

Masa kecil-kecil dulu, inilah cara bapa penulis rawat kami adik-beradik apabila demam. Bapa menyediakan air jelum dengan membaca surah al-Fatihah dan ayat Kursi satu kali termasuk doa demam panas yang dibaca sebanyak tiga kali pada air kosong.

Selepas sempurna doanya, kami diberi minum air ‘jampi’ tadi, separuhnya pula disapu pada badan. Alhamdulillah, sembuh tanpa perlu ke klinik!

4. Jelum air asam jawa

Menjelum dengan air asam jawa membantu untuk menurunkan suhu badan anak dengan cepat. Caranya mudah sahaja. Ramaskan asam jawa dalam air suam.

Kemudian basahkan tuala kecil dengan air asam jawa tadi sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Kemudian jelum atau lap badan anak.

5. Lendir daun bunga raya

Anda juga boleh amalkan petua anak demam menggunakan cara orang lama ini. Jika suhu badannya masih belum turun, pagi hari petik beberapa helai daun bunga raya, basuh dan kemudian rendam selama 30 minit. Kemudian daun tadi di potong kecil-kecil, tapis dan ambil lendirnya.

Lendir daun bunga raya boleh menurunkan suhu panas badan dengan melumurkannya pada tubuh ai kecil.

6. Tetapkan suhu dingin

Foto: Kidspot

Menutup kipas angin dan selubung anak menggunakan kain tebal sebagaimana amalan dilakukan orang dulu-dulu tidak lagi boleh diguna pada zaman sekarang.

Berdasarkan kajian, persekitaran yang panas akan menyebabkan suhu badan anak semakin mendadak naik, justeru pastikan suhu persekitaran di rumah sentiasa dingin.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Mon, 25 Jun 2018

Anda Ketagih Minuman Kafein? Ini Cara Untuk Hentikannya

Minum kopi ada kebaikannya tapi kalau terlalu banyak, ia boleh memudaratkan kesihatan.

Featured Mon, 20 Mar 2023
Events Sat, 22 Oct 2022

Persiapan Dah Berjalan 50%, Hael Husaini Bakal Adakan Konsert Solo Sulung Disember Ini

Buat julung kalinya penyanyi serba boleh tanah air, Hael Husaini akan mengadakan sebuah konsert berjudul Hael Husaini Live in KL (HHLIKL). Konsert yang direncanakan akan berlangsung pada 4 Disember 2022, jam 8 malam, bertempat di […]

Featured Fri, 19 Aug 2022

Susulan Tuntutan Kes Saman Puteri Sarah, Ira Kaza Kini Dipanggil JAWI

Dah start kena panggil ni… mesti lepasni makin hangat story ni!

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Isu Packaging Sambal Dikritik, Ini Respons ‘Win’ Khairul Aming – “Bila Orang Bijak Berbicara…”

Penjelasan yang cukup baik. Bagi semua orang faham…Kudos Khairul Aming!💪💪💪

Cahaya Mata Sat, 31 Dec 2022

Sewa Kereta Mewah Untuk Sehari, Madammu Mengidam Naik Ferrari

Usawahan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu yang kini sedang hamil mengidam untuk menaiki kereta mewah jenama Ferrari. @eriyca.baiduri Sanggup TP Sewa Ferraro sehari semata mata Madammu mengidam! Mengada! #noirsyukur2022 ♬ original sound […]

Featured Sun, 23 Sep 2018