Featured By: Yanie Baharom April 14, 2020 @ 4:00pm

Guna istilah popular PKP, koleksi Lebaran Larney tular!

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dilaksanakan pada 18 Mac lalu, istilah seperti Lockdown (Larangan Keluar), Stay At Home (Duduk Di Rumah), Don’t Panic (Jangan Panik), TQ Frontlines (Terima Kasih Barisan Hadapan), Social Distancing (Penjarakan Sosial), Work From Home (Bekerja Dari Rumah), Break The Chain (Putuskan Rantaian) dan Be Safe (Kekal Selamat) sering diguna pakai masyarakat tempatan juga global sehingga menjadi tular.

Ini memberikan idea kepada jenama tempatan, Larney untuk menghasilkan koleksi baju raya sedia untuk dipakai (Ready To Wear/RTW), menggunakan perkataan-perkataan tular berkenaan.

Antaranya Stay At Home Kebaya, Don’t Panic Kurung Kedah, TQ Frontliners Tutu Lace, Social Distancing Dress dan Be Safe Mini Kurung yang diambil daripada kebanyakan kata carian di laman sosial.

Koleksi Lebaran Larney yang mempunyai 21 rekaan itu mengetengahkan peningkatan kualiti meliputi jahitan, pemilihan fabrik dan rekaan yang memenuhi cita rasa wanita moden masa kini.

Kekal dengan identiti atau DNA Larney, ia disempurnakan dengan pemilihan fabrik selesa seperti sutera satin, kain kapas lembut, renda, kain bermanik dan juga songket.

Pengasas Larney, Zura Zaibidi, berkata pemilihan nama berkenaan adalah satu cara dalam meningkatkan semangat kebersamaan golongan wanita sepanjang penularan wabak COVID-19 di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

“Sebagai seorang wanita, ibu dan isteri, saya percaya wanita di luar sana terutama yang bekerja di pejabat, pastinya terkesan dengan perubahan sekitar yang memerlukan mereka tinggal atau duduk di rumah sepanjang PKP ini.

“Bersesuaian dengan situasi semasa, Larney memilih istilah berkenaan untuk disemadikan di dalam koleksi Raya Larney tahun ini,” katanya yang juga amat terkesan sejak wabak COVID-19 melanda dunia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

11 APRIL 2020 | 9 PM : Which color is yours ? . . Presenting you “Work From Home Songket Kurung” from #LarneyRaya2020

A post shared by LARNEY ® (@larneyofficial) on

Bagi menghargai sokongan pelanggan setia Larney yang telah bersama jenama itu sejak awal kemunculannya, Larney menawarkan potongan harga istimewa sebanyak 30 peratus untuk dua hari pertama pelancarannya.

Bukan itu sahaja, setiap pembelian baju raya Larney menerusi kempen ini juga, akan menerima hadiah istimewa berupa satu koleksi kasual Larney.

Pada asalnya Larney sudah merencanakan sesuatu yang lebih istimewa bagi menyemarakkan kempen Larney Raya 2020.

Bagaimanapun, katanya, kekangan akibat PKP bukanlah menjadi alasan untuk pihaknya tidak merealisasikan koleksi Lebaran buat wanita pada tahun ini.

“Saya berpendapat, dengan adanya koleksi baju raya, sedikit-sebanyak akan memberi lebih semangat atau cahaya buat golongan wanita yang telah terlalu lama duduk di rumah akibat PKP.

“Saya juga agak terkejut, sejak PKP terdapat ramai pelanggan setia dan baru yang telah membuat pembelian persalinan Larney, malah ramai juga yang bertanyakan mengenai koleksi raya tahun ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

GUESS & WIN THIS KURUNG: Guess the name of this Kurung ???? #LarneyRaya2020

A post shared by LARNEY ® (@larneyofficial) on

“Sebab itu jugalah, saya lebih bersemangat untuk terus menghasilkan koleksi Larney Raya 2020 kerana saya yakin wanita juga berhak untuk tampil dengan baju baharu dan betenaga pada pagi raya nanti,” katanya.

Koleksi Larney Raya 2020 hadir di dalam pilihan saiz S, M, L, XL dan boleh dimiliki pada harga bermula RM259 sehingga RM689.

 

Dalam pada kesibukan menghadirkan koleksi Lebaran, Larney turut terbabit dalam projek menghasilkan pakaian perlindungan diri (PPE) untuk petugas kesihatan di hospital sebagai tanda sokongan di atas usaha murni mereka untuk merawat pesakit COVID-19.

Sejak pelaksanaan PKP, Larney telah menyiapkan ratusan persalinan PPE bersama-sama jenama fesyen terkenal tempatan yang lain dan lebih banyak persalinan akan dihasilkan selepas ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 30 Aug 2022
Featured Tue, 20 Feb 2018

20 Foto Evolusi Fesyen Rihanna Dari 2005 Hingga Kini, Memang ‘Wow’!

Sejak muncul dengan lagunya Pon de Replay pada tahun 2005, Rihanna telah melakar namanya di arena seni bukan saja dengan lagu-lagu yang meletup, suara yang mantap, stage presence yang ikonik malah dia juga terkenal dengan citarasa fesyennya […]

Acara Fri, 25 Oct 2019

Parti Halloween Day of The Dead di Lost World of Tambun mengujakan!

Festival Seni Tengkorak meriahkan parti Halloween LWOT

Featured Thu, 27 Apr 2023
Oh Lawa Fri, 18 Jan 2019

Gigi Hadid wore a chic fashion item for her flights that frequent flyers recommend

The next time you’re travelling, you know what to bring.