Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops April 15, 2020 @ 9:45am

Cuci telefon bimbit untuk kurangkan risiko jangkitan COVID-19

Anda rasa kerap mencuci tangan dengan sabun dan mengenakan topeng muka sudah memadai untuk mengekang risiko jangkitan virus COVID-19 terhadap diri?

Jangan terkejut sekiranya langkah berkenaan masih belum mencukupi. Tanpa kita sedar, ‘kawan rapat kita’ iaitu telefon bimbit sebenarnya antara yang mungkin berpotensi untuk menyebarkan virus COVID-19.

Risiko untuk virus berada pada telefon bimbit mungkin boleh berlaku apabila ia terkena titisan cecair seperti batuk dan bersin daripada seseorang yang telah dijangkiti COVID-19.

elak jangkitan virus COVID-19 cuci telefon bimbit

Kredit gambar: Business Insider

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hasil kajian awal, Pertubuhan Pesihatan Sedunia (WHO) menyatakan virus berkenaan disebarkan menerusi titisan cecair yang keluar daripada hidung atau mulut pesakit yang sudah dijangkiti.

“WHO mencadangkan COVID-19 boleh bertahan dalam persekitaran dan permukaan seperti plastik, logam, kertas, gelas, keluli tahan karat dan sebagainya selama lima jam atau lebih.

“Oleh itu, jika kita menyentuh permukaan tertentu seperti tombol pintu, butang lif, tangga atau apa sahaja ketika berada di luar, risiko virus berpindah kepada orang lain atau peralatan seperti telefon mungkin berlaku jika anda memegangnya sebelum membasuh tangan,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19, baru-baru ini.

elak jangkitan virus COVID-19 cuci telefon bimbit

Kredit gambar: Hello Doktor

Mungkin pada pandangan mata kasar, telefon seseorang itu kelihatan bersih, namun perpindahan mikroorganisma banyak berlaku daripada tangan kepada telefon bimbit.

Oleh itu, langkah penjagaan perlu diambil bagi mengelak daripada jangkitan virus COVID-19 dan paling penting, jangan lupa untuk mencuci atau membersihkan telefon bimbit setiap hari dengan mengikut panduan yang dikongsi Hello Doktor.

elak jangkitan virus COVID-19 cuci telefon bimbit

Kredit gambar: Hello Doktor

  1. Jangan gunakan semburan aerosol antibakteria atau cecair peluntur kerana ia mampu menghakis telefon bimbit.
  2. Rujuk kotak atau buku manual telefon bimbit untuk mengetahui panduan betul bagi membersihkan telefon agar tidak mendatangkan sebarang kerosakan.
  3. Gunakan kain yang lembut dan jangan sesekali menggosok telefon bimbit dengan kasar.
  4. Gunakan produk berasaskan alkohol seperti isopropyl kerana ia adalah bahan yang paling kurang berbahaya terhadap salutan oleophobic yang terdapat pada telefon bimbit.
  5. Tisu basah (alcohol swab) adalah antara produk yang mengandungi kandungan alkohol isopropyl dan boleh digunakan untuk mencuci telefon bimbit.
  6. Untuk hasil yang terbaik, gunakan larutan alkohol dengan kepekatan kandungan antara 70 peratus hingga 80 peratus dan biarkan ia pada permukaan telefon sekurang-kurangnya satu minit.
  7. Paling penting, elakkan mencuci telefon bimbit sambil mengecas bateri.

Ingat, pada saat wabak COVID-19 sedang melanda, mencuci telefon bimbit adalah antara langkah yang boleh diamalkan untuk mengurangkan serta mencegah risiko jangkitan. Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Mar 2023
Featured Wed, 15 Aug 2018

Semuanya Cantik-Cantik Belaka, Anak Selebriti Tempatan Yang Mana Pilihan Hati Anda?

Berstatus anak selebriti tempatan, lapan remaja ini membesar dengan pesona diwarisi kedua ibu bapa mereka.

Featured Thu, 2 Sep 2021

Dihujani Pertanyaan Peminat, Hannah Delisha Beri Bayangan Sedang Hamil?

Selepas pasangan selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir mengumumkan bakal menimang cahaya mata, nampaknya, kini giliran pelakon jelita, Hannah Delisha pula diasak pertanyaan peminat. Terbaru, menerusi laman Instagramnya, Hannah memuat naik foto sekuntum bunga dengan […]

Featured Mon, 17 Feb 2020
Featured Wed, 26 Oct 2022

Pemasaran Perniagaan Kecil & Sederhana Lebih Mudah Dengan REV ID!

Peluang terbaik buat peniaga kecil dan sederhana di luar sana!

error: Content is protected !!