Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie April 20, 2020 @ 1:26pm

Bindi ulangi sejarah manis ibu, bertemu teman hidup di zoo

Pasti ramai yang masih ingat akan Bindi Sue Irwin, gadis kecil yang lasak yang suatu ketika dahulu sering muncul bersama-sama bapanya, Stephen Robert Irwin atau Steve dalam siri hidupan liar Animal Planet.

Bindi yang kini berusia 21 tahun, kehilangan bapanya ketika berusia enam tahun apabila Steve meninggal dunia akibat sengatan pari ketika melakukan satu penggambaran di Terumbu Karang Besar, Australia pada 2006.

Meskipun kematian tragis bapanya itu, Bindi yang membesar bersama-sama adik lelakinya, Robert Clarence, 17, dan ibu, Terri Irwin tetap meneruskan kehidupan mereka di zoo yang menjadi lokasi kegemaran bapanya.

Bindi ketika kecil bersama bapanya, mendiang Steve Irwin. Foto kredit: Instagram @bindisueirwin

Bindi juga meneruskan perjuangan bapanya dengan mengendalikan pelbagai jenis haiwan di zoo, namun gadis manis itu juga hebat menari sehinggakan dia dinobatkan sebagai warga Australia pertama memenangi juara Dancing With The Star 2015 yang diadakan di Amerika Syarikat (AS).

Baru-baru ini, Bindi dilaporkan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka berusia 23 tahun, Chandler Powell di Zoo Australia pada 25 Mac lalu.

Bindi bersama-sama Chandler (kanan) dan adiknya, Robert dengan jambangan bunga untuk hari perkahwinan beliau.  Foto kredit: Instagram @bindisueirwin

Seperti kisah romantis ibu bapanya, Bindi juga bertemu Chandler di zoo, kemudian jatuh cinta dengan rakan lamanya itu yang dianggap memenuhi ciri suami yang pernah disebut mendiang bapanya ketika dia kecil, iaitu handal mengendalikan buaya.

Meskipun Bindi bukan artis ternama yang sentiasa dikejar peminat, berita perkahwinannya mendapat liputan beberapa media besar di Eropah.

Dailymail antaranya melaporkan majlis perkahwinan Bindi turut terkesan dengan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia apabila terpaksa mengadakan majlis hari bahagia dalam upacara tertutup.

Bindi Sue Irwin berama pasangan menarinya, Derek, ketika diumumkan sebagai pemenang Dance With The Star 2015 di US. Kredit foto: dailymail.co.uk

Bindi dilaporkan melahirkan hasrat untuk menyarung gaun perkahwinan yang pernah dipakai ibunya suatu ketika dahulu ketika berkahwin dengan bapanya.

Berikutan itu, gaun berkenaan diterbangkan dari AS ke Australia dan hadiah berkenaan sememangnya mengejutkan Bindi.

Gaun daripada fabrik renda berbunga kecil itu sudah berusia 55 tahun dan diwarisi ibunya daripada saudara kandung yang 19 tahun lebih tua daripada Terri.

Kejelitaan Bindi ketika memakai gaun ibunya pada hari bahagia semakin terserlah apabila dia mengenakan tiara pada rambutnya yang berwarna coklat gelap itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 30 Oct 2019

Ketahui tanda anak anda sedang mengalami kemurungan

Jangan abaikan realiti tentang penyakit mental dalam kalangan remaja di Malaysia

Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Sat, 27 Sep 2025

“Masa Dia Buat Rawatan Lutut Tu, Serangan Jantung Datang” – Ameng Perjelas Situasi A Aida

Mengulas lanjut, Ameng juga berkongsi terdapat darah beku di jantung dan paru-paru Aida.

#tilljannah Sat, 6 May 2023

Shuib, Watie Sah Bertunang… Majlis Nikah Berlangsung Pada 23 Jun 2023

Wah Alhamdulillah! Selamat bertunang Shuib & Watie! Semoga segala urusan untuk majlis pernikahan akan dipermudahkan ❤️❤️

Featured Sun, 28 Nov 2021

Ganti Siti Nurhaliza Tahun Lalu, Shiha Zikir Gembira Dapat Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36 Dengan Lagu Sendiri

Penyanyi Shiha Zikir berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 dengan membawakan lagu AEWO gandingan bersama Noki K-Clique. Shiha yang mendapat tahu berita itu bagai tidak percaya kerana kali terakhir dia membawakan lagu […]

error: Content is protected !!