Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops April 21, 2020 @ 4:55pm

Yatt Hamzah kongsi senarai persediaan sebelum Ramadan, salah satunya jangan mengumpat!

Ketibaan bulan suci Ramadan yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi pastinya memberi keterujaan kepada semua.

Ramadan adalah detik terbaik dan peluang untuk umat Islam menggandakan pahala dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

persiapan sambut Ramadan

Kredit gambar: Amalan

Menerusi perkongsian selebriti Yatt Hamzah dalam Instagram miliknya, wanita itu menyenaraikan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menyambut kehadiran Ramadan.

1. Pertama sekali, sebagai Muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak terlepas melakukan ibadat seperti solat tarawih.

2. Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadat yang dilalui tidak sia-sia.

3. Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-Quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

4. Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah.

5. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadan yang bermaksud “Ya Allah sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”

yatt hamzah persediaan ramadan

Kredit gambar: Instagram Yatt Hamzah

6. Mujahadah (berjuang) untuk bangun malam (beberapa kali seminggu) supaya kita tidak liat untuk bangun malam pada bulan Ramadan.

7. Menjaga lidah daripada perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap itu, eloklah mula diam daripada bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan. Begitu juga penulisan dalam media sosial.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

HARI INI ISNIN 26 SYAABAN 1441H, 20 APRIL 2020. LAGI 4 HARI SEBELUM RAMADHAN TIBA. BERSEDIAKAH KITA? . . PELUANG NAK BUAT JUTAAN PAHALA DAH NAK TIBA.. Mari kita rebut peluang ini! Nah Bonda bg CHECKLIST SEBELUM RAMADHAN????❤ . 1. Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh. . 2. Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia. . 3. Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa. . 4. Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala 🙂 . 5. Sentiasa berdoa ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN 6. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan . 7. Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan. Begitu juga penulisan di socmed. . 8. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan. . . Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. KITA BAGAIMANA? @wardahsyaukah.my JOM SHARE * TAG CHECKLIST DI ATAS. “KOMEN JOM” . #YATTMENGAYAT #RAMADHAN

A post shared by BONDA YATT . BONDA OF 4 (@yatthamzah_suci) on

8. Mengingatkan orang lain akan kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadan.

Semoga kita semua dapat bertemu Ramadan dan menjalani ibadat itu dengan tenang serta sempurna sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Nov 2025

Kilafairy Kongsi ‘Dapat Mimpi’ Sebelum Berhijab – “Mula-Mula Saya Tak Percaya, Esok Saya Terus Order Tudung & Call Neelofa”

Kilafairy secara terbuka berkongsi kisah di sebalik penghijrahannya apabila mengakui keputusan untuk bertudung datang selepas mengalami mimpi tentang syurga dan neraka.

#BabyXTRA Fri, 5 May 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Neelofa Semakin Aktif, Banyak Makan Suplemen Kalsium Elak Rasa Lenguh Badan!

Semoga urusan bersalin baby kedua Neelofa akan dipermudahkan segalanyaaa ❤️❤️

Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Tue, 30 Nov 2021
Featured Wed, 20 Oct 2021

Selepas Lebih Sedekad, Siti Nurhaliza Sunting Gadis 20 Tahun

Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyunting gadis berusia 20 tahun, Zahra Zura Aziza Zahanor untuk dijadikan duta bagi produk kosmetik miliknya, SimplySiti. Dedah Siti, pemilihan Zahra sebagai duta adalah bersesuaian dengan jenama […]

Featured Fri, 13 May 2022
error: Content is protected !!