Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 13, 2022 @ 4:00pm

“Kita Ada Banyak Air, Cuma Tak Ada Tempat Nak Simpan” – Kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Undang Tohmahan Netizen

Heboh di ruangan media sosial Twitter mengenai satu kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berhubung isu bekalan air bersih di negeri Kelantan.

Difahamkan, sumber air bawah tanah dan atas permukaan bumi terlalu banyak hingga melebihi keperluan sedia ada.

Susulan itu, Mohd Amar memberitahu tiada tempat simpanan air yang sesuai menyebabkan sumber air semula jadi di tidak dapat digunakan.

“Kita di Kelantan, air ini melebihi keperluan. Dalam tanah, dalam sungai, air hujan semua tu melebihi, cuma kita tak boleh nak simpan , tak ada tempat nak simpan,” luahnya yang menerima kecaman teruk oleh netizen dek kerana pendapatnya ini.

Tinjauan di media sosial mendapati, ramai netizen dipercayai penduduk di Kelantan yang berang dengan kenyataan tersebut dan menganggap ianya sebagai satu ‘jenaka’ serta tidak masuk dek akal fikiran.

Bagaimanapun, Mohd Amar menjelaskan bahawa punca tidak mempunyai air bersih daripada sumber air semula jadi adalah kerana tidak cukup loji.

“Air bawah tanah kita banyak, lebih daripada keperluan, tapi tak cukup loji.

“Bila buat loji paip pula pecah, jadi kita guna air bawah tanah lebih senang daripada guna air sungai. Masalah air sungai ni berkeladak.

“Bukan air kotor, tapi air bersih dan selamat untuk diminum. Bila masuk klorin, dia bertindak balas menyebabkannya menjadi keruh, ini yang terpaksa kita hadapi.

‘”Kalau kita buat tab (kolam takungan), kita boleh simpan air dan dari kolam atau tab dan kita boleh salur ke kawasan yang perlu,” katanya.

Ekoran itu, menurutnya cadangan projek pembinaan kolam takungan terbesar di Kelantan telah diluluskan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). ‘

Katanya, anggaran untuk membina kolam takungan tersebut berjumlah RM7 billion, iaitu melibatkan pembinaan loji rawatan air (LRA) baharu, kolam takungan serta penukaran paip lama kepada baharu.

“Sekarang ni tahun 2022, keperluan kewangan semakin meningkat sebab isu air kita tengok ialah pertambahan penduduk,” kata Mohd Amar.

Sumber: Awani, Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Mar 2019

CJ WOW SHOP三年取得辉煌成就!望再创高峰

CJ WOW SHOP三年取得辉煌成就!欢庆「精彩三年」展开一系列促销活动回馈顾客。

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

“Kita Ni Bukan Elok Sangat” – Noorkhiriah Jawab Komen Samakan Diri Beliau Dengan Beruk

Kak Noorkhiriah cantik okay! Tolong jangan samakan manusia dengan haiwan ye.

Featured Mon, 16 Jan 2023

“Acah Tersakiti & Dicurangi, Menyampah!” – Ciapan Kakak Ira Kazar Sindir Puteri Sarah?

Fuhhhh bahasa dia 🥵🥵 Dengar cerita IG & Twitter Kakak Ira Kazar dah ‘hilang’?? 🤪🤭

Hiburan Thu, 19 May 2022

Hairul Azreen ‘Ikat Perut’ Selama Lima Bulan Demi…

Hairul Azreen diet, tahan lapar demi menjayakan sebuah karakter untuk filem terbarunya.

Events Tue, 25 Sep 2018

[#WinWithxtra] List of Winners for Nights of Fright 6 Contest

Remember to read the terms and condition!

Featured Tue, 11 Oct 2022
Trending Tue, 3 Nov 2020
Hiburan Wed, 11 Oct 2023
error: Content is protected !!