Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 11, 2023 @ 2:35pm

Teringin Timang Cahaya Mata Lagi, Afdlin Shauki Sedar Diri Sudah Berusia

Pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki mengakui dirinya ada perancangan untuk menimang cahaya mata hasil perkahwinan keduanya bersama pengurusnya, Marcella, pada Ogos lalu.

Namun, Afdlin atau nama penuhnya Afdlin Shauki Aksan tidak mahu meletakkan harapan tinggi kerana sedar dirinya sudah berusia.

“Ada perancangan nak timang cahaya mata. Insya-Allah mencuba tetapi umur saya pun sudah tua,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Afdlin selepas sidang akhbar filem Harimau Malaya The Untold Journey, semalam.

Terdahulu, Afdlin tampil mendedahkan dirinya sudah pun berumah tangga namun mengambil masa yang lama untuk menghebahkannya pada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Afdlin Shauki Akui Sudah Akhiri Zaman Duda, Enggan Bongkar Kisah Personal

Menurut Afdlin, dia hormat akan isterinya serta ingin memberi ruang kepadanya supaya lebih bersedia ketika berita gembira itu dihebahkan.

“Saya sangat hormat isteri saya. Dia tak kisah kalau nak kongsi mengenai pernikahan kami tetapi saya mencari masa yang sesuai supaya dia okey dan betul-betul bersedia.

“Pada awalnya nak kongsi pada awal Ogos lalu tetapi sudah ada Pilihan Raya Negeri (PRN) pula, risau ganggu fokus,” jelasnya.

Enggan berkongsi tarikh pernikahannya, Afdlin turut menyatakan perkahwinan keduanya itu diraikan dalam sebuah majlis tertutup dan kecil-kecilan.

“Majlis pun memang diadakan secara kecil-kecilan sahaja. Tiada majlis yang besar pun. Kasihan juga dengan isteri saya tetapi dia okey sahaja dan tiada masalah.

“Majlis diadakan hanya nak beritahu dan menghalalkan sebuah perhubungan, itu sudah cukup bagi saya,” katanya

Dalam pada itu, Afdlin turut meluahkan rasa bahagianya bahkan menganggap dirinya kembali tenang kerana sudah ada yang menjaga makan minumnya.

“Saya gembira, seronok serta lebih tenang selain makan dan minum kembali terjaga. Isteri juga banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seni saya.

“Kami juga kongsi minat yang sama malah sangat memahami apa yang saya lakukan,” jelasnya.

Sementara itu, pelakon yang pernah membintangi filem Papadom itu menyatakan hubungan isterinya bersama anak-anaknya juga terjalin dengan baik.

“Dia dengan keluarga saya okey. Anak anak juga okey dengannya termasuk bekas isteri saya, Maria Christina Orow Abdullah.

“Anak anak beri respons yang baik. Hanya seorang anak saya hadir pada hari pernikahan namun hubungan kami semua tetap baik.

Sebelum ini, Afdlin pernah berkahwin dengan Christina pada 1997 namun bercerai pada April 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Aug 2025

“Pembuli Tak Kan Pernah Ada Rasa Insaf”- Yonnyboii

Yonnyboii berkata pembuli tidak sedar dengan apa yang mereka lakukan.

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Hiburan Sun, 18 Jun 2023

Ramai Dakwa Nampak Baby Bump, Sweet Qismina Hamil?

Comel je Sweet Qismina niii 🥰 Betul ke mengandung? 👀

Featured Fri, 1 Nov 2024
Hiburan Mon, 18 Dec 2023

Seronok Tengok Cara Amelia Christie Layan Jebat Jayden, Netizen Berseloroh: “Calon Mak Tiri Direstui”

Kekasih kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Amelia Christie sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya melayan kerenah anak aktor itu, Jebat Jayden. Menerusi video yang tular di TikTok, Amelia kelihatan sangat lembut dan […]

Featured Mon, 15 Dec 2025

Rita Rudaini Lantang Sokong Saranan Kerajaan Isu Culas Bayar Nafkah – “Kalau Tak Sampai Kiamat Pun Tak Settle”

Menurut Rita, isu nafkah bukan perkara baharu dan sudah berlarutan sejak sekian lama tanpa ada jalan penyelesaian.

Featured Tue, 8 Nov 2022
Selebriti Tue, 7 Nov 2023
Cahaya Mata Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Tue, 4 Dec 2018

#mentor7: Pasya Takut Bawa Lagu Dangdut?

Diiringi bersama penyanyi yang memainkan keyboard, Sissy Iman untuk lagu Versace On The Floor, Pasya meluahkan rasa syukur apabila persembahannya mendapat standing ovation daripada juri tetap, Mas Idayu.

error: Content is protected !!