Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 22, 2020 @ 9:33pm

PKP hanya boleh ditamatkan jika Malaysia capai 6 kriteria ini

Malaysia perlu memenuhi enam kriteria yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kesemua enam kriteria itu perlu dilihat berdasarkan acuan dan keperluan Malaysia.

“Penamatan PKP mestilah berdasarkan ketetapan WHO, namun kita juga perlu melihat kepada keperluan negara dan bagaimana cara terbaik untuk Malaysia memenuhi kriteria berkenaan.

“Sama ada PKP akan diteruskan atau ditamatkan, KKM akan memberikan data berdasarkan sains dan fakta, tetapi terpulang kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan meneruskan atau mengemukakan strategi keluar peringkat awal,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan. (Gambar/BERNAMA)

Sehingga jam 12.00 tengah hari tadi terdapat 50 kes baharu yang dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 5,532 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,987 kes.

Sehingga kini, seramai 43 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 25 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berdasarkan maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 93 kes  atau 1.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham berkata, beberapa petunjuk yang perlu dilihat sebelum PKP ditamatkan adalah kebolehjangkitan kes positif COVID-19.

“Hari ini kita lihat jumlah kebolehjangkitan kes positif COVID-19 kurang daripada 2,000 kes, iaitu 1,987 kes berbanding semalam 2,045 kes. Apa yang kita lakukan mungkin berbeza daripada negara lain kerana kita memastikan semua pesakit termasuk mereka yang asymptomatic (tidak bergejala) mahupun bergejala ringan akan dimasukkan ke hospital dan diberikan rawatan terbaik.

“Kes harian hari ini sebanyak 50 kes, iaitu dua digit, tetapi 45 kes adalah kes import dan kes jangkitan tempatan hanya lima. KKM berharap dalam masa seminggu lagi, Malaysia dapat mengurangkan jangkitan kepada satu digit,” katanya.

Berikut adalah enam kriteria yang ditetapkan WHO sebelum mana-mana negara mengambil keputusan untuk menamatkan PKP:

1. Kawalan sempadan

Malaysia perlu menyekat pelancong luar negara bagi mengelakkan kes import. (Gambar hiasan/BERNAMA)

Amat penting untuk Malaysia mengawal sempadan kerana jika sempadan dibuka kes import akan meningkat seperti yang dilihat berlaku pada beberapa negara lain. Malaysia perlu mengetatkan kawalan sempadan dan bukannya melonggarkan kawalan berkenaan.

2. Kawalan pergerakan

Pemindahan tempatan COVID-19 sudah berkurangan, namun Malaysia perlu memikirkan bagaimana cara untuk mengekalkan keadaan ini termasuk mengelakkan berlaku pemindahan COVID-19 daripada seorang individu kepada individu yang lain. Hanya dengan kekal duduk di rumah, Malaysia boleh memutuskan rantaian penularan wabak itu.

3. Keupayaan kemudahan penjagaan kesihatan

Keupayaan hospital menampung pesakit COVID-19 juga antara kriteria penting ditetapkan WHO. (Gambar NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI)

Malaysia perlu melihat keupayaan makmal untuk melakukan ujian pengesanan COVID-19 dan juga keupayaan hospital untuk menampung jumlah pesakit  sama ada membabitkan jumlah alat bantuan pernafasan, bilik yang mencukupi mahupun jumlah petugas kesihatan

4. Melindungi kumpulan berisiko

Malaysia perlu melindungi warga emas, orang kurang upaya dan mereka yang mempunyai penyakit termasuk yang sedang menjalani rawatan. Oleh itu, perlu ada mekanisme untuk memberi perlindungan kepada golongan berkenaan, misalnya kaedah bagi mengelakkan jangkitan di rumah penjagaan warga tua dan sebagainya.

5. Norma baharu

Kehidupan pasca-PKP tidak akan sama seperti sebelum ini. Masyarakat perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu iaitu tiada perhimpunan awam, penjarakan sosial yang selamat, melindungi diri ketika berada di tempat awam dan membasuh tangan dengan kerap atau menggunakan cecair pembasmi kuman.

Selain itu, norma baharu ini juga perlu diamalkan di tempat kerja. KKM akan meneruskan pendekatan bertumpu dengan melakukan saringan, pengasingan dan rawatan.

6. Pemerkasaan komuniti

Malaysia perlu melindungi zon hijau sama ada kampung, mukim, daerah mahupun negeri. Setiap pihak khususnya masyarakat bertanggungjawab untuk melindungi zon hijau dengan membudayakan amalan itu termasuk mengekalkan norma baharu yang sedang diamalkan. Contohnya, tiada lagi bersalaman, penjarakan sosial dan mengekalkan standard kebersihan diri yang tinggi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Oct 2024
Hiburan Wed, 10 Sep 2025

“Saya Yakin Amira Othman Akan Jadi Mak Tiri Yang Sangat Baik” – Pengurus Fattah Amin

Pengurus Fattah Amin berharap ikatan perkahwinan Fattah dan Amira berkekalan hingga ke syurga

familuv Thu, 2 Feb 2023

Sebak! Akhirnya Bersetuju Pindah Ke Semenanjung, Wawa Zainal Belikan Ibu Bapa Sebuah Rumah

Alhamdulillah. Semoga kita semua dapat membahagiakan ibu bapa kita macam ni

familuv Tue, 10 Jan 2023

Kongsi Foto Sentuhan Klasik, Ramai Puji Keluarga Que Haidar Macam Bangsawan!

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon, Que Haidar di aplikasi TikTok  sehingga berjaya mencuri perhatian ramai, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar memuat naik beberapa […]

Featured Sat, 3 Jul 2021

Rentas Negeri Untuk Pasangan PJJ Dibenarkan Di 5 Negeri Ini Bermula..

Fasa ke 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan mula berkuatkuasa 5 Julai ini melibatkan lima buah negeri. Menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media khas di Putrajaya hari ini, beliau […]

Trending Sun, 27 Oct 2019

Terpaksa Di Bedah Kos Cecah 17k – Mungkin Jangkitan Masa Cukur Bulu Ketiak!

Ingatkan Jerawat Biasa, Ketiak Lelaki Ini Terpaksa Dibedah, Kos Cecah RM17K

Trending Wed, 15 Jul 2020

Denda RM 150,000 & Penjara 20 Tahun Untuk Pemandu Mabuk Bakal Dilaksanakan?

Denda sehingga RM150,000 dan penjara sehingga 20 tahun bakal dikenakan kepada pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan di Parlimen. Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Menteri […]

error: Content is protected !!