Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom April 26, 2020 @ 6:00pm

Terasa seperti aristokrat, begitulah angkuhnya perasaan bermalam di dalam kereta api mewah ini

Pernah dengar tiket kereta api berharga RM12,000 dan boleh mencecah RM35,000 hanya untuk menempuh perjalanan ke Thailand?

Tak masuk akal bukan! Apatah lagi mengambil kira kecenderungan rakyat Malaysia memilih negara jiran itu sebagai destinasi percutian, kerana faktor mata wang tidak membebankan, selain dapat melaksanakan percutian mengikut bajet.

Justeru itu, apabila dikhabarkan tiket perjalanan ke Thailand menggunakan kereta api mencecah antara RM12,000 hingga RM35,000, yakni jauh lebih mahal daripada pengangkutan udara, ramai yang ingin tahu keistimewaan dan perkhidmatan seperti apakah yang ditawarkan sehingga harganya sebegitu rupa.

Ini kisahnya mengenai kereta api mewah Eastern & Oriental Express dengan perjalanan selama tiga hari dua malam ke Bangkok, Thailand dari Singapura.

Kenapa tak pernah nampak pun kelibat kereta api mewah ini di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur?

Untuk pengetahuan anda, Eastern & Oriental Express ini hanya beroperasi dengan kekerapan dua hingga empat kali sebulan sahaja.

Menariknya, kereta api mewah bertaraf lima bintang itu menjanjikan perjalanan begitu selesa, sekali gus membuatkan anda berasa seperti golongan aristokrat (bangsawan).

Foto: Bloomberg

Rekaan dalaman dan luaran Eastern & Oriental Express menampilkan ciri klasik dan mewah lengkap pendingin hawa membuatkan penumpang berasa nyaman.

Terdapat tiga jenis kabin kesemuanya dengan ruang yang berbeza iaitu Pullmans, Staterooms dan Presidential Suite, malah setiap kabin dilengkapi katil, sofa dan bilik air.

Foto: Easybook

Lebih menarik, kereta api itu mempunyai tiga gerabak yang dikhususkan untuk anda menikmati sarapan pagi, makan tengah hari dan malam. Sebaiknya buat tempahan meja ketika membeli tiket perjalanan. Selain itu boleh minta pesanan di hantar ke bilik.

Foto: News Abs

Foto: Bloomberg

Anda juga boleh menikmati pemandangan dan menghirup udara luar sepanjang perjalanan di gerabak The Observation yang berkonsepkan terbuka (open air).

Foto: Says

Bagi anda yang ingin menikmati secangkir kopi pada waktu petang, boleh ke gerabak Observation Car Lounge.

Sementara buat si ulat buku, terdapat perpustakaan disediakan. Dinamakan sebagai Saloon Car with Reading Room & Boutique, gerabak itu siap menjual cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.

Foto: Says

Setelah melihat kesemua foto-foto menarik Eastern & Oriental Express ini, pasti anda berasa terujakan?

Bagi yang berkemampuan tentunya tidak menjadi masalah, namun mereka yang berpendapatan sederhana tetapi ingin merasai pengalaman ini, nampaknya perlulah menabung dari sekarang.

Apa pun tunggu wabak COVID-19 reda dulu dan diisytiharkan di bawah kawalan, baru rancang percutian anda. Ingat kita jaga kita!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Nov 2022

Pernah Hidup Susah, Haneesya Hanee Pakai Baju Orang Derma

Alhamdulillah sentiasa bersyukur dengan nikmat rezeki Allah bagi

Featured Fri, 25 May 2018

Nak Muka Flawless Macam Izara Aishah? Pelakon Ini Kata Jangan Lakukan Kesilapan Lazim Ini

Anda mungkin tak perasan yang teknik penjagaan kulit muka anda ada kekurangannya.

Featured Thu, 23 Feb 2023

“Ramai Penyondol Hilang Malu, Ramai Lelaki Lupa Diri” – Isteri Caprice

Jangan terlalu bergantung sebab hati boleh berbolak-balik bila-bila masa – Farra Inalis

Featured Fri, 17 Sep 2021
Eat Travel Tue, 24 Mar 2020

Resipi sushi tamago, mudah dan enak

Buat sendiri di rumah

Eat Travel Mon, 11 Mar 2019
#tilljannah Sat, 7 Jan 2023

Kongsi Detik Awal Berkenalan Dengan Sari Yanti, Ramai Puji Sikap Jep Sepahtu – “Jarang Jumpa Lelaki Tak Nervous…”

Umum mengetahui, pasangan suami isteri, Jep Sepahtu dan Sari Yanti sering mencuri perhatian ramai dengan momen romantis dan mesra mereka. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di aplikasi TikTok yang memaparkan Jep menceritakan momen-momen di awal […]

error: Content is protected !!