Euforia Bola 2026
Acara By: Shaidah Shafie April 30, 2020 @ 6:49pm

Telekung Siti Khadijah lancar sejadah SK X AMRU

Sejadah jarang diperkatakan kerana ia bukan seperti pakaian harian yang sentiasa mahu ditukar dan mengikut arus perkembangan fesyen.

Namun begitu, bagi seorang Muslim, sejadah adalah antara ‘kain’ yang wajib dimiliki kerana ia penting untuk dijadikan alas ketika beribadat.

Peneraju telekong inovasi pertama di Malaysia, Telekung Siti Khadijah (SK) mengadakan kolaborasi dengan label pengeluar sejadah terkenal , AMRU bagi menghasikan koleksi sejadah, SK X AMRU yang selesa untuk kegunaan harian.

Pengarah Eksekutif Jualan dan Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (SK Apparel), Mohammad Munzir Aminuddin. Foto: Mohd Zulfadhli Zulkifli.

Pengarah Eksekutif Jualan dan Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (SK Apparel), Mohammad Munzir Aminuddin, berkata kolaborasi berkenaan dilakukan kerana mahu berkongsi nilai dan kebaikan yang sama iaitu mengutamakan mutu.

“Pihak SK mengadakan kajian dan pembangunan produk sejak tahun lepas sebelum memutuskan untuk mengadakan kolaborasi dengan AMRU untuk mengeluarkan sejadah.

“Tahun ini kolaborasi berkenaan terlaksana dengan pengeluaran sejadah yang dihadirkan dalam koleksi sejadah putih bersaiz mini kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

SK adalah jenama telekung nombor satu di Malaysia dengan keunikan dan rekaan inovatif pada bahagian wajah. Selain menawarkan telekung untuk kelengkapan bersolat, SK juga mengeluarkan pakaian siap untuk Muslimah.

Corak geometrik Islam yang dijahit pada sejadah kemas dan cantik. Foto: Ihsan Siti Khadijah.

Munzir berkata, sejadah berkenaan yang bermutu tinggi dihasilkan daripada bahan kapas asli yang memberikan keselesaan berganda kepada pengguna.

“Sejadah yang berkonsepkan minimalis dengan jahitan geometri Islamik pada keseluruhan sejadah sangat sesuai juga digunakan untuk perjalanan jarak jauh mahupun dekat.

“Ia dijahit dengan sulaman yang kemas selain ada reben berwarna merah hati pada bahagian tepi yang juga merupakan warna pengenalan SK,” katanya.

Sejadah mini SK X AMRU mudah dibawa ke mana-mana. Foto: Ihsan Siti Khadijah.

Ditawarkan pada harga RM59 sehelai, setiap pembelian sejadah mini itu akan disertai dengan minyak wangi untuk sejadah secara percuma dan boleh dibeli menerusi kedai dalam talian Shopee Siti Khadijah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Jan 2025

Kediaman Disewa Sejak 2019, Farid Kamil Tak Tahu Rumah Bakal Dilelong – “Sebelum Ni Tak Ada Masalah”

‘Sebelum ini penyewa membayar terus ke akaun bank pinjaman rumah ini – Farid Kamil

Featured Thu, 18 Jun 2026

Stop Fikir Pasal Kahwin, Fathia Latiff Cari Kebahagiaan Di Usia 40 – “Lain Lah Kalau Rasa Diri Masih Hot, Masih Ada Harapan”

Fathia Latiff berkongsi pendapat peribadinya mengenai jodoh apabila dia mengakui lebih memilih untuk mencari kebahagian berbanding memikirkan soal perkahwinan.

Featured Mon, 29 Nov 2021

Ebit Lew Bantu Pemuda Kudung Tinggal Di Tepi Jalan

Pendakwah terkenal, Ebit Lew bermurah hati membantu seorang pemuda kudung yang terpaksa tinggal di tepi jalan selepas mengalami kecederaan semasa bekerja dahulu. View this post on Instagram A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) Menerusi […]

Featured Fri, 29 Apr 2022
Featured Sat, 6 Aug 2022
error: Content is protected !!