Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar May 3, 2020 @ 8:15pm

Pematuhan pada SOP mampu bendung penularan COVID-19

Peningkatan jumlah kes baharu positif COVID-19 yang melebihi 100 kes dua hari berturut-turut selepas Malaysia berjaya mencatat dua angka sebelumnya, secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan masyarakat menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB).

Hari ini sahaja, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sehingga jam 12.00 tengah hari ini terdapat 122 kes baharu yang dikesan, berbanding semalam dengan 105 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata masyarakat tidak perlu bimbang kerana pertambahan jumlah jangkitan baharu COVID-19 itu berpunca daripada kes import selain perlu dilihat berdasarkan pada pencapaian R Naught (nombor pembiakan asas).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

Katanya, daripada 122 kes baharu yang dilaporkan itu, 52 kes adalah kes import dan ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 70 kes.

“Jika kita lihat tindakan pada PKP fasa satu, dua dan tiga sebenarnya adalah untuk melandaikan lengkungan graf jangkitan COVID-19, iaitu mengelakkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang mendadak.

“Dalam PKP awal itu, jika ada ketidakpatuhan terhadap PKP mungkin kita tidak capai matlamat utama itu, tetapi apa yang nyata kes kita terkawal. Sebelum PKP, R naught adalah lebih kurang 3.55 dan selepas pelaksanaan PKP, R Naught jatuh pada 0.7.

“Selagi kita boleh kawal R Naught kurang daripada satu, bermakna penularan jangkitan COVID-19 dalam masyarakat adalah terkawal,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Pertambahan 122 kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,298 kes.

Kes yang sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital terus meningkat iaitu 87 kes setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 4,413 atau 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,780 kes. Sehingga kini, seramai 27 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 13 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, dua lagi kes kematian berkaitan COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 105 kes atau 1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dalam hubungan itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM menyeru masyarakat supaya mematuhi dua kaedah yang diberi tumpuan pada PKPB, iaitu pematuhan terhadap PKP dan prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, kepatuhan itu penting kerana selagi tiada vaksin atau ubat yang berkesan dalam rawatan COVID-19, virus itu akan berada dalam masyarakat untuk jangka masa yang panjang, sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun atau dua tahun.

“Sebenarnya Kerajaan tidak menamatkan PKP, sebaliknya menggunakan enam kriteria yang ditetapkan WHO untuk memberi sedikit kelonggaran menerusi PKPB. Jika dilihat negara seperti Taiwan atau Sweden tidak melaksanakan PKP, sebaliknya mereka menggunakan kaedah kedua iaitu mematuhi SOP yang mana mereka mempunyai kepatuhan dan disiplin sosial amat tinggi.

“Ini memerlukan tanggungjawab bersama. Jika ada masyarakat atau syarikat yang berasa mereka tidak dapat patuh kepada SOP, mereka perlu kembali melaksanakan PKP kerana Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) masih berkuatkuasa,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Jan 2020
Featured Thu, 13 Jan 2022

Lelaki 57 Tahun Sihat Selepas Tiga Hari Lalui Pembedahan Pemindahan Jantung Babi

Seorang lelaki warga Amerika Syarikat menjadi manusia pertama di dunia menjalani pemindahan jantung daripada babi yang diubah suai secara genetik. Lelaki yang dikenali sebagai David Bennet berusia 57 tahun disahkan sihat tiga hari selepas prosedur […]

Eat Travel Thu, 26 Mar 2020

Gedung buku, destinasi ilmu yang menarik untuk diteroka

Bawa ahli keluarga ‘bercuti’ dalam lautan ilmu

Featured Thu, 17 Nov 2022
Featured Tue, 22 Jun 2021

Bantuan Kepada M40- Pensyarah Ekonomi

Kerajaan dicadang memperluaskan bantuan kepada golongan M40 dalam fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Menurut Pensyarah Kanan Putra Business School, Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff, beberapa inisiatif jangka masa panjang boleh diambil dalam […]

Featured Mon, 5 Jul 2021

“Celakalah Kami Kalau Tak Tolong Jiran Sendiri..”- Altimet Gesa Kibar Bendera Putih, Bakal Salur Bantuan

Penyanyi hip hop terkenal, Altimet menggalakkan orang ramai yang mengalami kesempitan hidup untuk berani tampil ke hadapan dan terus mengibarkan bendera putih sebagai tanda memerlukan bantuan. Altimet menggunakan platform Instagramnya untuk terus menggalakkan orang ramai […]

error: Content is protected !!