Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom May 4, 2020 @ 12:00pm

Buat apa membazir kalau boleh jimat. Nah, ini cara mudah simpan santan kotak untuk elak cepat basi

Meskipun santan kotak rasanya tidak seenak atau setanding santan perah, tetapi dalam keadaan terdesak santan kotak sememangnya menjadi penyelamat.

Ada satu jenama santan kotak yang rasanya tidak kurang lazat dan jadi pilihan kebanyakan pengguna iaitu Kara. Tekstur santan kotak lebih pekat dan berkrim berbanding santan biasa. Untuk sekotak santan kotak bersaiz besar, boleh digunakan berulang-kali.

Foto: Siakap keli

Tinggal lagi, masalah santan kotak ini ia mudah basi sebaik dibuka. Untuk mengelakkan pembaziran, mungkin perkongsian Nelisa Sofea menerusi kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN), boleh dicuba. Jangan terkejut, ia meraih lebih 10,000 tanda suka tau.

“Salam nak kongsi cara simpan santan kotak. Pernah kongsi sebelum ni. Nak kongsi lagi sekali. Musim gaji ni kan hehe.

“Saya jenis beli santan kotak yang besar terus sebab lebih jimat. Sesetengah orang kalau beli santan kotak lepas bukak kalau tak pakai dalam masa tiga hari dah basi santan nya. Okay lepas ni boleh buat macam ni ya,” tulisnya.

Foto: Facebook MAHN

Jelas Nelisa, bahan yang diperlukan adalah santan dan plastik aiskrim. Caranya mudah saja, masukkan santan dalam plastik aiskrim ikut sukatan yang bersesuaian dengan hidangan yang ingin dimasak untuk menu seterusnya.

“Santan ni pekat, jadi bungkus sikit-sikit pun dah cukup untuk saya. Lepas dah masukkan santan, ikat dan terus masuk peti sejuk bahagian bawah. Jangan letak dalam bahagian sejuk beku. Letak dekat peti bawah.

“Ambil bila nak masak. Guna saja macam biasa, pastikan melabel tarikh luput pada santan, siap!,”katanya.

Foto: Facebook

Selalunya santan kena letak bahagian sejuk beku untuk tahan lebih lama, berbeza pula cara Nelisa ini. Mungkin boleh cuba, mana tahu tahan lebih lama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 Dec 2024

Merinding! Showcase Back To Basic Ekspresi Cinta Misha Omar Buat Peminat

Terbuai, sebak dan rasa intimate, pastinya peminat dan penonton yang hadir berasa puas!

Featured Mon, 21 Aug 2023
Featured Mon, 21 Oct 2024
Eat Travel Thu, 19 Jul 2018
Featured Thu, 23 Aug 2018

Lima Cara Membersihkan Kerak Kepala Bayi, Selamat Dan Tidak Menyakitkan!

Kerak ini kelihatan seperti kulit mengelupas, kulit kering dan kelemumur.

Featured Fri, 8 May 2026

Zarina Zainuddin Pertahan Aliff Syukri Mahu Bantu Remaja Kemboja – “Jangan Dengki, Tak Kira Orang Mana Pun Dah Rezeki Dia”

Zarina Zainuddin tampil mempertahankan tindakan Datuk Seri Aliff Syukri berhubung tindakannya mahu membantu seorang remaja berasal dari Kemboja yang tular menjual buah mangga di Malaysia

Cahaya Mata Wed, 14 Dec 2022

“Jarang Ayah Nak Manjakan…” – Aliff Syukri Mahu Terus Kerja Keras, Tak Kisah Kecaman Orang

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak kisah jika dirinya menjadi bahan kecaman warganet dalam mencari rezeki yang halal.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris) Menerusi […]

Featured Mon, 30 Sep 2019
error: Content is protected !!