Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie May 6, 2020 @ 3:56pm

Petua elak kaki udang bertukar hitam apabila dimasak

Udang kertas, udang minyak, udang harimau atau udang ketak, kesemuanya adalah sumber makanan laut yang kaya protein dan menjadi kesukaan ramai tanpa mengira usia.

Jika ingin menyediakan masakan Siam seperti tomyam, andai tiada udang, terasa hambar menu yang sudah sebati dengan rasa pedas, masin dan masam itu.

Namun begitu, selain tomyam, sambal tumis udang petai, udang mentega atau udang goreng kunyit juga adalah antara menu yang menyelerakan untuk disediakan.

Lebih-lebih lagi jika menggunakan udang segar bersaiz sebesar dua jari orang dewasanya, pasti rasa isinya manis, pejal dan bertekstur sempurna.

Udang mentega elok dimasak menggunakan udang segar supaya tampak menyelerakan – gambar hiasan. Foto: NSTP/Intan Eliana Zakaria.

Bagaimanapun, tidak semua udang yang dijual di pasar raya adalah udang segar yang baru dinaikkan nelayan dan jika membeli udang yang sudah siap dibersihkan kulitnya, pastikan anda melihat dengan teliti isinya bagi mengelakkan terbeli udang lama.

Oleh itu, ramai yang memilih membeli udang di jeti perikanan atau menunggu di pasar seawal yang mungkin bagi mendapatkan udang segara dan elok mutunya bertujuan untuk disimpan sebagai stok selain memudahkan tugas menyediakan lauk-pauk untuk seisi keluarga.

Udang kertas enak dimasak tomyam – gambar hiasan. Foto: NSTP/Zulfa Muhamad.

Bagaimanapun, jika disimpan terlalu lama dan tidak betul caranya udang akan bertukar warna seperti kakinya yang halus menjadi hitam dan tidak cantik pula untuk dihidangkan.

Hijab & Heels kongsikan satu panduan mudah ini bagi mengelakkan udang daripada bertukar lebam atau menjadi hitam pada bahagian kaki selain isinya juga pejal dan enak untuk dinikmati sekiranya disimpan dengan menggunakan kaedah ini.

Bersihkan udang terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk – gambar hiasan. Foto kredit: makanlena.com

Cara menyimpan udang agar tahan lama:

Bahan yang diperlukan:

2 sudu besar gula
Air secukupnya

Cara penyimpanan:

Buang janggut udang dan bersihkan udang. Susun udang di dalam bekas yang sesuai. Sekiranya udang yang dibeli agak banyak, anda boleh menyusunnya menjadi dua lapis.

Apabila siap menyusun satu lapisan, taburkan gula di atasnya dan susun lagi sehingga selesai.

Kemudian tuang air sehingga penuh dan melepasi paras susunan udang, taburkan sedikit gula, tutup dengan kemas dan simpan di bahagian dingin beku di dalam peti ais anda.

Dengan teknik penyimpanan seperti itu, warna udang akan kekal seperti warna asal dan tekstur isinya juga tetap enak selain mudah dtanggalkan daripada kulit.

Untuk menyegerakan anda menyahbeku udang ketika mahu menggunakannya, simpan di dalam bekas kecil kerana anda tidak perlu menunggu lama aisnya mencair. Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Jan 2025

Shuib & Watie Sedia Tambah Anak – “Ini Masa Yang Sesuai, Ayyash Pun Dah Besar”

“Bila saya cakap perkara tu, Watie adalah manusia paling happy haritu” – Shuib

Featured Thu, 21 Nov 2024

Terima Banyak DM Dari Peguam, Aisha Retno Bakal Bongkar Lebih Banyak Bukti

Aisha Retno mengaku menerima banyak mesej langsung (DM) daripada peguam yang ingin membantunya berhubung konflik yang berlaku.

Featured Tue, 31 Mar 2026

Puji Syed Saddiq Lelaki Budiman, Fazura Titip Doa Hubungan Kekal Ke Jannah – “Bahagia Kalian, Bahagia Kami”

Nur Fazura berkongsi momen manis ketika meraikan pertunangan pasangan popular iaitu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi Bella Astillah baru-baru ini.

Featured Thu, 24 Jun 2021

“Doakan Yang Terbaik..”- Aprena Manrose Enggan Ulas Isu Tampil Berhijab

Pelakon Aprena Manrose menjelaskan dirinya tidak ingin membuat sebarang pengumuman berikutan isu dilihat tampil mengenakan hijab sejak akhir-akhir ini. Aprena ketika ditemui di sidang media Drama Akasia Hatimu Sedingin Salju enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai […]

Featured Mon, 16 Mar 2020

Serlahkan penampilan dengan Wirdora, pakar aksesori hijab wanita

Aksesori Kristal Swarovski untuk lelaki juga ada!

Featured Mon, 30 Mar 2020
Featured Fri, 18 Apr 2025
error: Content is protected !!