Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 16, 2023 @ 2:06pm

“Perempuan Tak Tahu Malu” – Isteri Hafidz Roshdi Spill The Tea… Dakwa Suami Curang, Wujud Penyondol

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa berlaku curang dan kantoi menghantar mesej berbaur lucah dan menjijikan.

Namun, minggu lalu Hafidz tampil menjelaskan perkara sebenar dan menafikan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Difitnah Curang & Hantar Mesej Lucah, Hafidz Roshdi Bakal Ambil Tindakan Saman?

Terkini, nama pelakon itu sekali lagi menjadi panas apabila timbulnya dakwaan isteri Hafidz, Nur Shuhada Mat Shukri membuat perkongsian mengenai status terkini rumah tangga mereka.

Menerusi perkongsian Shuhada di ruangan Instagram Story, dia mendakwa wujud orang ketiga yang menganggu rumah tangganya sehingga retak.

“Kepada awak, thank you sebab sakitkan I dengan anak-anak I yang tak berdosa, thank you sebab runtuhkan rumah tangga I.

“Thank you sebab sesama perempuan pun you sanggup tengok perempuan lain menderita sebab nak ‘fight for your love’ haha.

“Thank you sebab kacau dan buat emosi anak-anak I menderita, thank you sebab bahagia atas penderitaan kami, thank you sebab layan dia haha.

“Thank you sebab bagi peluang dekat Allah untuk proof to us yang Dia Maha Adil. He will make you suffer berjuta kali sakit dari I and anak-anak, thank you,” tulis Shuhada.

Lebih mengejutkan, Shuhada berkata dia boleh menularkan individu tersebut dengan sekelip mata sahaja namun memilih untuk berdiam diri.

“Siapa hebat cubalah cari siapa you, haha perempuan tak tahu malu, kalau I nak jatuhkan you, sekejap saja dah boleh viral siapa penyondol tu, tapi I tak buat , I tunggu Allah balas, kifarah Allah pasti.

“Bukan hanya aku yang menderita, Humairah dan Umar lagi dahsyat derita lalui semua ni, doakan anak-anak I kuat,” jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, individu tersebut lebih teruk dari penyondol lain malah berpesan kepada wanita agar berhati-hati.

“Ni bukan set Ira Kazar, ni lagi advanced dari Ira Kazar, at least Ira Kazar tahu malu tak pernah datang rumah hahahha.

“Ni spesis terkutuk punya perempuan, beware girls out there, jangan jadi isteri bodoh macam I, bersangka baik dan husnuzon kononnya. Makanlah kau sangka baik kau tu sekarang hehe.

“Saya yang salah, saya salah sangat-sangat sebab saya bodoh, maafkan ibu ye Umar & Humairah, ibu akan cuba yang terbaik,” ujarnya.

Terdahulu, Hafidz menafikan dakwaan berlaku curang dan menghantar mesej lucah kepada wanita lain dan memberitahu perkara itu hanyalah fitnah semata menerusi muat naik di Instagram Story miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesej Lucah Dengan Skandal Terbongkar, Pelakon Lelaki Berimej ‘Alim’ Didakwa Curangi Isteri?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 May 2023
Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Events Fri, 6 Oct 2023
Trending Mon, 28 Dec 2020

Adira Suhaimi Kembali Dengan Single Terbaru!

Mesti best! Tak sabar nak dengar????

Trending Mon, 27 Apr 2020

Benarkah Penularan Wabak Covid-19 Bakal Berakhir Mei Ini?

Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik!

familuv Mon, 17 Jun 2019

8 tanda bayi anda alami alahan dengan susu formula yang diberikan

Tidak dapat dinafikan bahawa susu badan ibu adalah sumber nutrien terbaik buat seseorang bayi itu. Malangnya bukan semua ibu berpeluang untuk menawarkan susu semula jadinya setiap kali si kecil ingin menyusu. Kadangkala mereka terpaksa bergantung […]

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

‘Maaf…It’s TOO MUCH Untuk Marketing’, Fazley Yaakob Tegur Jutawan Kosmetik

Jutawan kosmetik itu perlu cara bijak untuk mempromosikan produknya bukan dengan cara melulu.

Featured Fri, 30 Mar 2018

Ini Cara Nak Buat Super Fluffy Omelet, Memang Mudah Dan Sedap!

Ramai di antara kita menganggap makan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan kesihatan kerana tahap kolesterol yang tinggi. Namun adakah benar fakta tersebut?

error: Content is protected !!