Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 30, 2023 @ 6:34am

Famili Duo: Sangkal Dakwaan Kecil Hati Dengan Komen Mas Idayu, Sissy Imann Menangis Kecewa Dengan Diri Sendiri

Penyanyi Sissy Imann menyangkal dakwaan berkecil hati dengan komen juri tetap, Mas Idayu dalam persaingan Famili Duo minggu lalu.

Jelas Sissy, dia bertindak untuk mendiamkan diri selepas insiden yang menumpahkan air matanya itu kerana rasa kecewa terhadap diri sendiri.

Terdahulu, Sissy kehilangan kata-kata dan menangis selepas mendengar kritikan Mas Idayu usai persembahannya menyampaikan lagu Jampi versi keroncong bersama sepupu, Naim Daniel di minggu keenam Famili Duo.

“Sejujurnya, saya mengalirkan tangisan kerana rasa kecewa dengan diri sendiri apabila apa yang saya persembahkan menerusi lagu Jampi yang berbentuk keroncong tidak menjadi seperti yang dirancang.

“Saya rasakan persembahan kami tak menjadi disebabkan diri sendiri dan saya seperti mengecewakan Naim kerana persembahan dia pada malam itu baik-baik sahaja,” kata Sissy.

@xtra_my Persembahan kontroversi malam ni! Apa pun min puji semangat @sissyimann @naimdanielx semoga terus semangat melangkah okay? 💖 Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 ♬ original sound – XTRA

Dalam pada itu, pelantun lagu Pesanan Ayahanda ini juga tidak membaca sebarang komen atau kritikan netizen secara serius semenjak insiden tersebut berlaku.

“Bercakap mengenai komen atau kritikan netizen, saya hanya baca sekali lalu sahaja. Selepas saya muat naik perkongsian di Instagram dalam tempoh seminggu ini, saya terus menutup aplikasi tersebut,” kata Sissy.

Ketika ditanya adakah dia bakal menghubungi Mas Idayu untuk kembali menjernihkan keadaan selepas insiden terbabit terjadi, Sissy mempunyai jawapan tersendiri.

“Dalam tempoh masa satu minggu ini, saya memang tidak menjawab sebarang panggilan telefon dan tidak membaca langsung mesej.

“Hanya mesej dan panggilan Naim sahaja yang saya berikan respons, itu pun selepas beberapa kali saya tidak mengendahkannya.

“Untuk menjawab persoalan tersebut, tengok dahulu macam mana memandangkan sejak seminggu lalu, saya memang tidak menghubungi sesiapa pun.

“Saya juga enggan terlalu memikirkan apa yang telah terjadi pada minggu lepas bagi menjaga kesihatan mental saya,” ujarnya lagi.

@xtra_my Mereka comeback gais malamni 😍 Tahniah buat naim & sissy untuk persembahan malamni. Mummy pun bagi markah tinggi tau! 🫶🏼 Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 ♬ original sound – XTRA

Dalam perkembangan lain, Sissy dan Naim berjaya melangkah ke pusingan akhir Famili Duo bersama tiga pasangan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Famili Duo: Ayda & Fyna Juara Lagi, Serahkan Kemenangan Kepada Sabhi, Fareed, Sissy & Naim.. Jom Semak Kedudukan & Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 7 Jul 2018

Anak Kylie Jenner Masih Belum Boleh Jalan, Tapi Dah Ada Koleksi Kasut Bernilai RM88,880!

Kita yang daripada golongan marhaen ini hanya boleh mimpi.

Hiburan Sun, 18 Sep 2022
Hiburan Tue, 2 Apr 2024
Hiburan Wed, 21 Aug 2024

Enggan Kongsi Rutin Peribadi, Siti Saleha Jarang Buat IG Live… Bimbang Keselamatan Terancam – “Saya Ada Stalker”

Betulll, sekarang ni kan makin membimbangkan 😭😭 Jaga diri baik baik, Saleha ❤️

Hiburan Tue, 28 Oct 2025

Didakwa Sudah Berbadan Dua, Amira Othman Tampil Respons

Amira Othman nafi sudah berbadan dua

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Nazim Othman Semakin Memilih?

Nazim Othman mengakui lebih matang berdepan pelbagai situasi jika dibandingkan dengan awal kemunculannya dahulu.

Trending Sat, 24 Mar 2018

Akhirnya…Datin Dera Amah Setuju Ke Mahkamah

“Jangan tanya bila dia akan hadir di mahkamah. Harap ia akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya kepada akhbar itu.

Featured Fri, 6 Dec 2024
Trending Mon, 23 Apr 2018

澳妈特制「小熊维尼餐」让偏食儿乖乖吃饭

来自澳洲墨尔本的Laleh Mohmedi是两个孩子的妈妈,为了让挑食的孩子能获得均衡的营养,运用巧手制作各种孩子喜欢的卡通和电影人物。

error: Content is protected !!