Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom May 7, 2020 @ 1:00pm

Gandingan sri kaya, Horlicks, Milo dan coklat, kek lapis idola rasanya bikin jatuh cinta!

Enak dimakan, tetapi rumit membuatnya. Begitulah kek lapis dan ragam memasaknya.

Bak kata orang, sesuatu hidangan yang sukar disediakan dan memerlukan kesabaran dan ketelitian, biasa hasilnya lumayan!

Hari ini Hijab & Heels, ingin berkongsi resipi kek lapis idola dengan cita rasa mewah daripada Adinda Dona Kek Lapis.

Gandingan empat ramuan bercampur sri kaya, Horlicks dan coklat masakan campur Milo, sudah dapat memberi bayangan betapa enaknya kek lapis ini.

Foto: Yummi Hero

Kek lapis idola

Bahan-bahan A:

450 gram salted anchor/2 ketul mentega
150 gram gula halus
10 biji telur gred A
300 gram susu pekat
80 gram kaya tin

Bahan-bahan B:

200 gram Horlicks
50 gram serbuk santan (jenama Kara)
2 cawan tepung Hong Kong.

Bahan-bahan C:

500 gram coklat masakan (boleh gunakan Beryls Milk Coin dan double boiler)
1/2 cawan Milo
Sedikit pewarna kuning

Cara membuat :

Langkah 1:

a. Pukul mentega dan gula hingga putih menggunakan mesin pengadun pada kelajuan maksimum.

b. Kemudian masuk telur satu persatu dan putar kembang. Masukkan pula susu dan sri kaya, putar sehingga sebati.

c. Perlahankan kelajuan mesin pengadun, masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.

Langkah 2:

Adunan 1: Letak warna kuning (3 atau 4 lapisan untuk atas dan 3 atau 4 lapisan bawah)

Adunan 2: Masukkan Milo dan coklat yang yang sudah dicairkan. Lapisan coklat adalah lapisan untuk bahagian tengah. Untuk lebih memahami sila rujuk gambar kek.

Langkah 3: Seterusnya bakar pada suhu 150-170 darjah Celsius bergantung pada oven. Adunan coklat akan mengambil sedikit masa untuk masak. Pastikan adunan coklat dimasak dengan sebati.

Langkah 4: Biarkan kek sejuk terlebih dahulu, kemudian baharu keluarkan daripada loyang dan potong. Jangan potong ketika masih panas dan setiap lapisan yang telah dimasak harus ditekan-tekan menggunakan penekan kek.

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 20 Apr 2025

Nabila Taqiyyah Pertaruh Kisah Peribadi Dalam ‘Kekal Yang Sementara’

Album yang terdiri dari lapan buah lagu ini bukan sahaja sarat dengan emosi tetapi  menyayat hati.

Featured Wed, 17 Jul 2019
Featured Thu, 11 Nov 2021

“Semua Ada Pendapat Sendiri…” – Cara ‘Hosting’ Lagu Cinta Kita 3 Dikritik, Ain Edruce Tak Kisah

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce tidak mengambil kisah mengenai komen netizen yang mengkritiknya sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3). Menurut Ain, dia tidak mengambil peduli kritikan sebegitu kerana dia akan berbincang dengan pengarah […]

Featured Wed, 7 Aug 2019

1,500 pasangan dedah rahsia kebahagian jangka panjang mereka – ia bukan komunikasi

Inginkan hubungan yang tahan lama? Jom ketahui rahsianya.

Eat Travel Sun, 19 Aug 2018

Ini Rahsia Resepi Ayam Panggang Madu Yang Paling Sedap!

Cuti sekolah dah mula, jom panggang ayam bersama keluarga tercinta!

Featured Sun, 17 Nov 2019
error: Content is protected !!