Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar May 11, 2020 @ 9:33pm

KKM tumpu 2 strategi dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19

Kementerian Kesihatan (KKM) tidak bercadang untuk mengadakan saringan secara rawak khususnya membabitkan individu yang perlu kembali bekerja, sebaliknya memberi tumpuan pada dua strategi yang didapati berkesan membendung penularan wabak COVID-19, di negara ini.

Strategi berkenaan membabitkan pendekatan tertumpu (targeted approach) yang dilaksanakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 dan mengamalkan norma baharu atau pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setakat ini strategi pertama iaitu pelaksananaan aktiviti pendekatan tertumpu menunjukkan impak yang positif dalam mengesan lebih banyak kes COVID-19, selain mengawal jangkitan daripada merebak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah selepas sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

“Jika KKM melaksanakan saringan kepada mereka yang perlu kembali bekerja, selepas saringan itu mereka boleh bekerja. Tetapi selepas itu mereka akan tetap terdedah kepada masyarakat, justeru timbul persoalan berapa banyak saringan perlu dilakukan kerana kita tahu virus ini sememangnya sudah ada dalam masyarakat.

“Oleh itu, KKM hanya akan ambil tindakan jika ada penularan atau peningkatan kes positif COVID-19 dalam sesuatu lokaliti atau melakukan saringan ke atas  mereka yang ada gejala positif dan kontak rapat walaupun tidak bergejala, selain menumpukan kepada lapan kumpulan sasar,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai kebimbangan masyarakat terutama apabila dua kes positif COVID-19 dikesan di Perak hanya selepas seorang daripadanya melakukan saringan di tempat kerja.

Setakat ini, KKM hanya mengesan 207 kes positif COVID-19 membabitkan kes asymptomatic atau tidak bergejala seperti kes di Perak itu.

Anggota Tentera bertugas memantau ketika kerja-kerja pemasangan pagar kawat berduri di sebahagian kawasan perumahan seksyen 4 Jalan Pencala. (Gambar hiasan NSTP/OSMAN ADNAN)

Sehubungan itu, KKM akan menumpukan pada lapan kumpulan sasar yang dikenal pasti  ialah peserta perhimpunan di Seri Petaling dan kontak rapat mereka; pelajar serta kakitangan madrasah dan tahfiz yang berkait rapat dengan perhimpunan di Seri Petaling; rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan ditempatkan di pusat-pusat kuarantin serta anggota kesihatan KKM.

Selain itu, penduduk di lokaliti PKP Diperketat (PKPD); Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) dan pasar-pasar yang berkait rapat dengan PBKL; pekerja asing di tapak pembinaan di zon merah dan rumah jagaan warga emas.

Dr Noor Hisham berkata, saringan yang dilakukan ke atas lapan kumpulan sasar berkenaan, bukan sahaja berjaya mengesan tidak sampai 1 peratus kes yang positif COVID-19, tetapi juga mampu membendung penularan wabak COVID-19.

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang sekiranya mereka mengamalkan norma baharu berdasarkan SOP yang dikeluarkan KKM iaitu menjaga kebersihan diri dan mengamalkan penjarakan sosial yang selamat.

“Oleh itu, fokus KKM ialah strategi baharu iaitu masyarakat perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan KKM, insya-Allah kita dapat kawal penularan COVID-19,” katanya.

Sementara itu, sehingga jam 12 tengah hari tadi, KKM melaporkan terdapat 88 kes yang pulih sepenuhnya dan 70 kes baharu positif COVID-19 yang membabitkan 13 kes import dan 57 kes penularan tempat termasuk 31 dikesan dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Apr 2022
Featured Wed, 12 Oct 2022

Lama ‘Menyepikan’ Diri Di Media Sosial, Ameera Khan Kini Dilihat Muncul Dengan Imej Baharu!

Masya-Allah…. makin ayu min tengok Ameera sekarang 😍 Semoga terus istiqamah!

Featured Tue, 5 May 2026

Kes Nubhan & Dr Fie: Tidak Wujud Unsur Balas Dendam, Peguam Dakwa 3 Pelanggaran Perintah Berlaku

Prosiding pertama melibatkan dakwaan pelanggaran perintah antara penyanyi Nubhan dan bekas isterinya, Dr. Fie disambung pada 10 Ogos depan. Menurut Peguam Syarie, Mohd Redzuan Ramli yang mewakili Nubhan, tarikh itu ditetapkan mahkamah bagi membolehkan pihak […]

Featured Mon, 28 May 2018

6 Sebab Kenapa YB Nurul Izzah Suka Pakai Tudung Bawal

YB Nurul Izzah setia memakai tudung bawal sejak 20 tahun lalu.

Featured Fri, 14 Feb 2025

Tahniah! Syafiq Kyle, Mimi Lana Kini Sah Menjadi Pasangan Suami Isteri

Syafiq Kyle dan Mimi Lana akhirnya berkongsi berita gembira kepada seluruh peminat mereka

Eat Travel Fri, 27 Sep 2019
OMG Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Kongsi Rutin Senaman, Badan Fit Fify Azmi Jadi Tumpuan – “Wahhh Siap Ada 6 Pack Abs”

Pelakon Fify Azmi atau nama sebenarnya, Nur Afiqah Mohamed Azmi mencuri perhatian warganet apabila memuat naik satu perkongsian mengenai rutin senaman harian. Dalam perkongsian terbabit, Fify menunjukkan bentuk tubuh badannya yang mempunyai six pack abs. […]

error: Content is protected !!