Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 12, 2020 @ 5:39pm

Buang air besar setiap kali selepas makan, biasa atau bahaya?

Asal makan sahaja, terus perut rasa tidak selesa dan terasa mahu ke tandas. Mungkin segelintir daripada kita pernah mengalami keadaan itu, yang mana selepas makan sahaja akan terus bergegas ke tandas untuk membuang air besar.

Ada yang beranggapan makanan yang baru sahaja dimakan itu sudah diproses dalam sistem pencernaan dan sebab itulah kita terus rasa mahu buang air besar. Tanggapan berkenaan adalah silap!

buang air besar selepas makan

Kredit gambar: Women’s Health

Makanan yang baru dimakan akan melalui saluran pencernaan sepanjang kira-kira 9 meter bagi orang dewasa, justeru agak mustahil untuk makanan yang baru sahaja diambil dapat diproses dalam masa yang singkat.

Secara umumnya, makanan akan mengambil masa antara dua hingga lima hari untuk dicerna, diproses dan diserap nutrisinya sebelum ia menjadi najis.

Fenomena biologi yang menyebabkan seseorang itu rasa hendak buang air besar sesudah makan dikenali sebagai refleks gastrokolik (perut usus).

Apabila kita mengambil makanan pada jumlah yang berbeza, badan akan bertindak balas untuk memaksimumkan ruang penyimpanan makanan.

Hormon seperti serotonin, neurotensin, gastrin, cholecystokinin dan prostaglandin memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat berkenaan.

buang air besar selepas makan

Kredit gambar: Daily Mirror

Menerusi kajian yang dijalankan oleh Klinik Mayo yang berpangkalan di Amerika Syarikat pada 2010, mereka yang mempunyai masalah berkaitan sistem pencernaan boleh mengalami kadar cerna yang cepat.

Antara perkara yang boleh menyumbang kepada perkara berkenaan adalah disebabkan oleh alergi makanan, penyakit dan sindrom keradangan usus, masalah gastrik, pengambilan makanan minyak dan penyakit Chron.

Jika refleks gastrokolik menjadi bertambah teruk, seseorang itu boleh mengalami simptom lain seperti selalu terkentut, kembung perut, sakit abdomen, cirit-birit, sembelit dan terdapat lendiran pada najis ketika buang air besar.

Kesan refleks gastrokolik yang dialami oleh setiap individu juga tidak sama. Ada yang cuma mengalami kesan ringan, sederhana dan ada juga yang lebih kuat. Mereka yang mengalami masalah ini akan buang air besar dengan lebih kerap.

Apapun, buang air besar selepas makan adalah perkara biasa, namun jika anda risau atau terdapat simptom lain yang lebih teruk, disarankan untuk membuat pemeriksaan di klinik kesihatan dan mendapatkan khidmat nasihat kesihatan.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Jun 2024
Gaya Hidup Tue, 15 Oct 2019

Kegunaan soda bikarbonat selain untuk masakan

Dapat memudahkan kerja rumah anda!

Featured Mon, 10 Oct 2022
Featured Tue, 1 Jul 2025
Featured Wed, 1 Apr 2026

Kenyataan Berbaur Emosi Cetus Spekulasi, Pengurus Peribadi Fazura Tampil Respons – “Lidah Ular Memang Bercabang, Tapi Lidah Manusia”

Susulan hantaran yang dimuat naik pada Isnin, selebriti popular, Nur Fazura meraih perhatian apabila berkongsi posting berbaur emosi di media sosial miliknya.

Featured Mon, 29 Jul 2024

Bekas Isteri Pertama Kongsi Video Kemas Baju Datuk Red, Netizen Komen – “Dia Yang Minta Cerai, Tapi Acah Tersakiti”

Amboi netizen pun, benda tu semua kan kenangan… apatah lagi usia perkahwinan dah cecah 19 tahun. Lama tu🥺

Featured Wed, 27 Jul 2022

#WhazzupNetizen: Warganet Anggap Hukuman Denda #JusticeForAlia Tak Memadai, Wanita Dikecam Letak Syarat Tinggi Melebihi 170 cm Cari Suami & Ini Sebab Sebahagian Tempat Blackout

Denda RM20 ribu boleh hilangkan trauma terhadap #JusticeforAlia tak? Wanita dikata ‘demand’ mahu bakal suami tinggi lebih 170 cm? Haa siapa ada alami blackout tadi? Ini 3 topik menarik dalam segment #WhazzupNetizen minggu ini!

Featured Tue, 3 Dec 2024

Michael Ang Tempelak Pasangan Pempengaruh ‘Gaduh’ Di Media Sosial – “Apa Punya B*doh Manusia, Macam Budak-Budak”

Pelakon dan pengarah Michael Ang menegur tindakan pasangan pempengaruh yang bertindak berbalah di media sosial.

error: Content is protected !!