Euforia Bola 2026
Acara By: Shaidah Shafie May 13, 2020 @ 10:25pm

Hotel Sofitel sedia penghantaran pakej iftar ke rumah

Sofitel Kuala Lumpur (Sofitel) menawarkan pelbagai jenis hidangan menyelerakan untuk berbuka puasa di rumah bersama keluarga ataupun rakan serumah sepanjang Ramadan ini.

Diinspirasikan daripada sajian tempatan dengan cetusan silam, Sofitel memanfaatkan kepakaran cef yang tidak perlu dipertikaikan lagi kehandalannya dalam menyediakan menu tradisional, iaitu Cef Datuk Ismail Ahmad untuk menyediakan menu istimewa itu.

Cef Datuk Ismail Ahmad dan Pengurus Besar Sofitel, Franck Loison. Kredit foto: Sofitel Kuala Lumpur.

Pengurus Besar Sofitel, Franck Loison, berkata pihaknya berusaha membawakan suasana berbuka puasa seperti hidangan di rumah sendiri kepada setiap pelanggan hotel.

“Sempena mengambil kebaikan Ramadan, menu kami kebanyakannya berasaskan hidangan popular dari setiap negeri.

“Hidangan tradisional Melayu ini disediakan dengan kaedah seperti memasak di dapur sendiri dengan pimpinan cef selebriti, Cef Datuk Ismail Ahmad,” katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Pelbagai jenis kuih-muih Melayu disediakan Sofitel untuk iftar. Foto kredit: Sofitel Kuala Lumpur.

Antara menu yang pastinya memecah liur ialah sup ayam berempah, daging masak lemak cili padi, ikan goreng berlada, ayam golek istana, bubur lambuk daging, murtabak dengan kari ayam, ayam percik Kelantan, sambal udang petai, telur itik masak lemak cili api dan daging salai masak lemak cili api.

Tidak ketinggalan, ada juga botak-botak ikan tenggiri, paru berlada, ayam kalio, daging masak hitam, dalca sayur, udang masak lemak nenas, asam pedas ikan pari dan pilihan panggang purba yang disediakan dengan nasi.

Hidangan pemanis mulut yang juga dianggap sebagai pelengkap juadah membariskan bubur serawa durian, kuih seri muka dan tidak ketinggalan roti canai yang digandingkan dengan kari ayam.

Sofitel menawarkan set hidangan berbuka puasa yang boleh ditempah secara dalam talian dan menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggam. Foto Kredit: Sofitel Kuala Lumpur.

Sementara itu, Cef Ismail berkata, kolaborasi berkenaan menyaksikan mereka menggunakan bahan-bahan segar dan mempraktikkan kaedah masakan tradisional untuk kepuasan pelanggan.

“Kami menggunakan teknik memasak cara tradisional bagi mengekalkan rasa asli setiap hidangan.

“Kami berusaha mengekalkan keaslian cita rasa makanan dan memasak dengan sabar serta sepenuh hati dengan pemilihan menu diambil dari setiap negeri,” katanya.

Hidangan berkenaan ditawarkan sehingga 23 Mei pada harga RM188 sekepala untuk dewasa dan RM94 (kanak-kanak).

Pesanan boleh dibuat sehari awal (24 jam) dan penghantaran adalah percuma untuk jarak tidak melebihi 10km. Sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-27206688 atau hantar pesanan ringkas ke 018 873 2028

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Sat, 24 Dec 2022

Kongsi Momen Sweet Bersama, Ramai Puji Hairul Azreen & Hanis Zalikha – “Favourite Couple!”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Hairul Azreen di laman Instagram yang berkongsi momen bersama isteri tercintanya, Hanis Zalikha sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Hairul mengucapkan terima kasih kepada isterinya […]

Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Tue, 3 Aug 2021

Siti Nordiana Hantar Writ Saman Tuntut Syura, Lan Solo & 3 Individu Bayar RM2.5 Juta Serta Mohon Maaf Di Media

Konflik yang berlaku antara penyanyi Siti Nordiana dan rakan artis Syura Badron, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam Sam Samin dilihat masih belum menemui titik penamat. Memetik […]

Featured Fri, 14 Oct 2022
Featured Mon, 30 Aug 2021

Saman Fitnah Siti Nordiana: Sam Samin & Aida G Failkan Pembelaan, Akan Lawan Tuntunan Di Mahkamah

Sam Musyadzafar Samin atau Sam Samin dan Razidah Ahmad Senusi atau Aida G. yang merupakan defendan keempat dan kelima disaman oleh Siti Nordiana atas dakwaan memfitnah beliau di laman media sosial Instagram memasuki fasa baharu […]

error: Content is protected !!